15 Oktober tarikh akhir perjanjian perdagangan pasca Brexit - PM Britain

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
Rundingan Brexit tergantung di sidang kemuncak EU

BRUSSELS: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson kecewa dengan rundingan perdagangan pasca-Brexit yang tergantung, namun akan menunggu perkembangan terbaharu dalam sidang kemuncak Kesatuan Eropah (EU) sebelum membuat sebarang keputusan.

Ketua EU, Ursula von der Leyen memberi amaran kepada Johnson 'masih banyak kerja di hadapan kita' dan kesatuan itu menuntut rundingan yang lebih menguntungkan.

Jurucakap Downing Street berkata, Johnson dalam rundingan bersama von der Leyen yang dikendalikan Charles Michel itu menyuarakan kekecewaan kerana pelbagai perkara dalam urusan itu (pasca-Brexit) gagal dilaksanakan dalam tempoh dua minggu lalu.

"Perdana Menteri berkata beliau akan menunggu hasil perbincangan Majlis Negara Eropah dan akan memberi maklum balas sebelum memutuskan tindakan lanjut UK," kata jurucakap itu.

Pemimpin British itu memberi amaran bulan lalu yang beliau akan menarik diri daripada rundingan jika tiada persetujuan dicapai menjelang 15 Oktober, tetapi jurucakapnya berkata Johnson sekarang menunggu 27 pemimpin EU bermesyuarat pada Khamis dan Jumaat. - AFP
 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
UK PM Johnson's spokesman: Trade talks with EU are over


British Prime Minister Boris Johnson's spokesman said on Friday that trade talks with the EU were over.

"EU's chief Brexit negotiator Michel Barnier should only come to London next week if he is prepared to discuss all of the issues on basis of a legal text or if he is willing to discuss practicalities on travel and haulage," the spokesman added. "Otherwise, there is no point in Barnier coming."

Market reaction

The GBP/USD pair edged lower after these comments and was last seen losing 0.16% on the day at 1.2893.

 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
Boris Johnson says it's time to prepare for a no-deal Brexit


 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201

Brexit: How State Aid Became the Biggest Brexit Deal Breaker - TLDR News
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
UK must prepare for ‘no deal’ Brexit, says PM Boris Johnson


 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
EU beri amaran 'masa semakin suntuk' bagi Brexit

BRUSSELS: Ketua Perunding Kesatuan Eropah (EU), Michel Barnier, semalam menggesa Britain menggunakan masa yang semakin suntuk ini bagi menyelesaikan perjanjian pasca Brexit, dalam keadaan London enggan memulakan semula rundingan sehingga Brussel menunjukkan kesediaan bagi penyesuaian semula.

Barnier berharap kebuntuan itu akan berakhir selepas panggilan telefon dengan rakan sejawatnya dari Britain, David Frost, yang minggu lalu mengumumkan bahawa perbincangan telah berakhir selepas pemimpin EU mengarahkan Britain untuk bertindak.

"Mesej saya, tindakan segera perlu diambil kerana kita semakin kesuntukan masa.

"Pintu perbincangan masih terbuka," kata Barnier dalam ciapannya menerusi Twitter selepas perbincangan menerusi panggilan telefon berkenaan.

Frost memaklumkan perbualan itu sebagai 'perbincangan konstrutif', bagaimanapun katanya situasi semasa tidak berubah dan mereka akan terus berhubung.

Kerajaan Britain telah memberi amaran kepada Barnier supaya tidak mengunjungi London pada minggu ini bagi meneruskan perjanjian perdagangan sehingga Brussels melakukan 'perubahan asas' dalam perundingannya.

London mahu EU membuat pengesahan bahawa kedua-dua pihak akan berkompromi bagi perjanjian perdagangan itu dan bersedia untuk membincangkannya secara lebih terperinci.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengulangi mesej kepada rakan sejawatnya di Greece, Kyriakos Mitsotakis dalam panggilan telefon semalam.

Menurut jurucakapnya, Mitsotakis menegaskan EU secara efektif mengakhiri rundingan dengan menyatakan bahawa mereka tidak mahu mengubah kedudukan rundingan itu.

Dalam pada itu, jurucakap Johnson memberitahu wartawan, perundingnya, Frost ingin melihat rundingan yang adil dan tidak hanya membabitkan satu pihak sahaja.

"Kami terbuka bagi meneruskan perbincangan tetapi itu hanya boleh berlaku sekiranya EU secara asasnya mengubah pendekatan mereka untuk menerima bahawa gerakan itu juga perlu datang dari pihak mereka" dan United Kingdom," katanya.

Walaupun London menegaskan bahawa rundingan perdagangan ditangguhkan, kedua-dua pihak tetap berhubung secara konsisten dan Eropah mengharapkan rundingan penuh akan disambung tidak lama lagi.

Britain meninggalkan EU Januari lalu, sekali gus mengakhiri kerjasama empat dekad dalam aspek ekonomi, politik dan perundangan bersama jiran terdekat mereka.

Bagaimanapun, Britain masih terikat dengan kebanyakan peraturan dalam EU sehingga tempoh peralihan berakhir pada 31 Disember ini.

Sidang kemuncak EU minggu lalu menimbulkan kemarahan London ketika pemimpin Eropah menyatakan Britain mesti bersedia untuk berkompromi bagi tujuan itu.

Sekiranya kesepakatan tidak dapat dicapai sebelum 31 Disember, Britain akan menamatkan perdagangan dengan EU berdasarkan peraturan WTO, yang juga akan memberikan impak besar terhadap perniagaan di antara banyak negara.

Pada bulan lalu, Johnson mengumumkan 15 Oktober sebagai tarikh akhir untuk perjanjian perdagangan pasca Brexit dengan EU, sekali gus menghilangkan kebimbangan mengenai kekacauan 'tanpa perjanjian' sekiranya rundingan gagal. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
Britain meterai perjanjian perdagangan pasca-Brexit dengan Jepun

TOKYO: Britain hari ini menandatangani perjanjian perdagangan dengan Jepun, dilihat sebagai kesepakatan pasca-Brexit yang pertama memandangkan rundingan mengenai perkongsian dengan Kesatuan Eropah (EU) masih berjalan.

AFP melaporkan perjanjian itu, yang dicapai selepas beberapa bulan perbincangan, akan meningkatkan perniagaan antara kedua-dua pihak bernilai £15.2 bilion (RM82.6 bilion).

Kesepakatan itu juga dilihat sebagai bukti United Kingdom (UK) bakal dapat memeterai perjanjian serupa dengan negara-negara lain.

Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif UK-Jepun merangkumi sektor termasuk makanan, tekstil dan teknologi.

Sementara itu, agensi berita Kyodo melaporkan, Menteri Luar Jepun, Toshimitsu Motegi dan Setiausaha Perdagangan Antarabangsa Britain, Liz Truss memeterai perjanjian berkenaan di sini.

Kedua-dua pihak menyifatkan perjanjian itu sebagai "mercu tanda" untuk mempromosikan perdagangan bebas dan memperkukuh hubungan dua hala.

London pula menggambarkan kesepakatan itu sebagai langkah untuk bergabung dalam Perkongsian Trans-Pasifik, kumpulan dianggotai 11 negara Pasifik.

UK juga sedang berbincang dengan Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand ketika ini. - BERNAMA
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201

UK trade deals: Concern over unregulated imports
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
Korea Selatan, Britain setuju kekalkan kerjasama rapat selepas Brexit, pandemik

SEOUL: Korea Selatan dan Britain pada Isnin sepakat untuk mengekalkan hubungan perdagangan meskipun selepas berakhirnya tempoh peralihan pengunduran London dari Kesatuan Eropah (EU) dan mengukuhkan perhubungan bagi mendepani cabaran ekonomi yang dicetuskan pandemik.

Menteri Perindustrian Seoul, Sung Yun-mo bertemu Setiausaha Negara Britain, Alok Sharma untuk berbincang mengenai strategi perniagaan, tenaga dan perindustrian serta kerjasama pasca-pandemik.

Britain adalah satu daripada rakan dagang utama negara ekonomi keempat Asia dan destinasi eksport kedua terbesar di Eropah untuk Korea Selatan selepas Jerman, lapor agensi berita Yonhap.

Negara ekonomi utama di seluruh dunia, termasuk Korea Selatan, memantau perkembangan mengenai pengunduran London dari EU, kerana langkah itu juga bermakna perjanjian ekonomi dan perdagangan Britain dengan blok ekonomi tidak lagi sah.

Untuk mengelakkan kesan yang besar, Korea Selatan dan Britain menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) pada 2019 yang akan dilaksanakan walaupun London secara rasmi meninggalkan blok itu.

Perdagangan kedua-dua negara mencecah AS$9.7 bilion pada 2019, dengan penghantaran keluar Korea Selatan ke negara Eropah dianggarkan AS$5.5 bilion.

Seoul juga meminta sokongan London untuk sidang kemuncak P4G akan datang, Korea Selatan merancang menjadi tuan rumah pada tahun depan.

P4G, adalah inisiatif awam dan swasta bertujuan menangani perubahan iklim dan untuk pembangunan mampan yang lain.

Selain itu, Sung turut menyatakan harapan untuk sertai projek pembinaan loji tenaga nuklear di Britain. - BERNAMA
 
Sponsored Post
Top
Log in Register