15 Oktober tarikh akhir perjanjian perdagangan pasca Brexit - PM Britain

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson semalam mengumumkan 15 Oktober sebagai tarikh akhir untuk perjanjian perdagangan pasca Brexit dengan Kesatuan Eropah (EU), sekali gus menghilangkan kebimbangan mengenai kekacauan 'tanpa perjanjian' sekiranya rundingan gagal.

Rundingan pusingan kelapan disambung semula di London minggu ini, dengan perbincangan antara kedua-dua pihak semakin sukar di tengah-tengah tuduhan politik tidak teratur serta kecaman.

Ketua perunding United Kingdom (UK), David Frost, tidak banyak mencatatkan kejayaan dalam rundingan itu bagi meningkatkan jangkaan mencapai untuk kejayaannya, selain menjanjikan tidak ada kompromi mengenai tarikh akhir ditetapkan untuk London, memetik wawancara diterbitkan akhbar semalam.

Rakan sejawatnya di pihak EU, Michel Barnier, minggu lalu berkata, sama ada rundingan itu berlaku atau gagal, perlu ada kesepakatan mengenai akses EU ke perairan perikanan UK dan peraturan bantuan negara, namun Britain tidak memberikan komen.

Brussels memberi gambaran bahawa pertengahan Oktober adalah tarikh di mana perjanjian seharusnya dicapai, memandangkan perlunya terjemahan dan ratifikasi oleh Parlimen Eropah.

Walaupun berbulan-bulan menolak untuk mengesahkan tarikh akhir, akhirnya Johnson bersetuju.

"Perlu ada perjanjian dengan rakan-rakan Eropah kita pada waktu persidangan Majlis Eropah pada 15 Oktober, jika mahu ia dilaksanakan pada akhir tahun ini.

"Maka, tidak masuk akal untuk berfikir melampaui titik itu. Jika kita tidak dapat bersetuju dengan tarikh itu, maka saya tidak nampak akan ada perjanjian perdagangan bebas antara kita," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Johnson, sekiranya itu berlaku, Britain akan mengadakan perjanjian 'gaya Australia' dengan EU atau perjanjian serupa seperti disepakati dengan Kanada serta negara lain.

Australia berdagang dengan EU berdasarkan peraturan dan tarif Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Namun, Johnson berkata beliau mahukan rejim 'sifar tarif , sifar kuota' sambil menegaskan ia masih akan menjadi 'hasil yang baik' bagi Britain.

Johnson sama sekali tidak menolak kesepakatan dan berjanji akan bekerja keras bulan ini untuk mencapainya.

Namun, beliau berjanji Britain 'akan siap sedia' jika perbincangan terhenti.

"Kami akan memiliki kendalian penuh atas undang-undang, peraturan kami dan perikanan kami. Kami akan memiliki kebebasan untuk melakukan perjanjian perdagangan dengan setiap negara di dunia. Sebagai hasilnya kami akan berjaya," katanya. - AFP

 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
Brexit: Boris Johnson insists UK is 'ready' and will 'prosper mightily' regardless of trade deal |


 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201

Brexit trade talks have plunged into crisis on the eve of a penultimate round of negotiations in London, after the United Kingdom warned the European Union it could effectively override the divorce deal it signed unless the bloc agrees to a free trade deal by October 15.

Tensions mounted on Monday, with chief EU negotiator Michel Barnier saying he was "worried" about negotiations, and he will seek clarification from London about plans to renege on commitments.

The UK is reportedly planning new legislation that will override key parts of the Brexit Withdrawal Agreement - a step that, if implemented, could jeopardise a treaty signed in January and stoke tension in Northern Ireland.

Sections of the internal market bill, due to be published on Wednesday, are expected to "eliminate the legal force of parts of the withdrawal agreement" in areas including state aid and Northern Ireland customs, the Financial Times newspaper said on Monday, citing three people familiar with the plans.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
UK to walk away if Brexit deal not reached


 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
In new Brexit turmoil, UK may break law in 'limited way'
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
Britain and EU hold emergency talks over Brexit deal


 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
After Covid: Will Brexit be the next shock for Britain's economy? | DW News


 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
EU takes legal action against UK over Brexit bill


 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
Scotland's trawlermen look to Brexit to save their industry.


 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
Kumpulan perniagaan EU gesa segerakan rundingan pasca Brexit

FRANKFURT: Ketua pemimpin persatuan perniagaan di Jerman, Perancis dan Itali menggesa Kesatuan Eopah (EU) dan Britain menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk mencapai persetujuan dalam perdagangan pasca Brexit.

Kumpulan berkenaan mahu perunding dari semua pihak melakukan peranan masing-masing untuk memuktamadkan 'harapan dan perjanjian komprehensif' bagi membolehkan ratifikasi dan kemasukan tenaga kerja bermula 1 Januari ini.

"Risiko tanpa persetujuan memang berlaku. Pemisahan di antara benua Eropah dan United Kingdom (UK) hanya menambah kesulitan kepada masalah yang ada dan menjejaskan ribuan pekerjaan serta aktiviti di semua negara terbabit," kata kumpulan perniagaan terbabit, semalam.

Gesaan ini disuarakan kumpulan berkenaan menjelang sidang kemuncak EU hari ini dengan agenda Brexit adalah menjadi isu utama dibincangkan.

Berdasarkan draf awal rundingan itu, pemimpin EU akan membangkitkan perkara mengenai 'perkembangan dalam isu utama yang menyentuh kepentingan kesatuan itu dan masih tidak memberi kesan kepada perjanjian yang hendak dicapai'.

Mereka akan menjemput perunding EU Brexit, Michel Barniet memperhebat rundingan bagi mencapai dan melaksanakan perjanjian perdagangan sebelum 1 Januari, ketika Britain dijangkakan keluar dari pasaran tunggal blok itu.

Sekiranya tidak ada kesepakatan dicapai, urusan perniagaan antarabangsa Britain akan kembali kepada peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), yang memberi kesan buruk kepada sektor utama seperti industri automotif, penerbangan dan kewangan.

EU awal bulan ini melancarkan prosiding undang-undang sebagai tindak balas terhadap usaha kerajaan Britain untuk membatalkan sebahagian perjanjian penarikan diri dari EU yang ditandatangani Perdana Menteri, Boris Johnson tahun lalu. - AFP
 
Sponsored Post
Top
Log in Register