15.7 juta penduduk Malaysia adalah wanita

CG Sponsors




kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Apr 18, 2010
Messages
36,344
Reaction score
2,409
Points
206


Putrajaya: Indeks Jurang Gender Malaysia (MGGI) menunjukkan 15.7 juta penduduk Malaysia adalah wanita berbanding jumlah keseluruhan 32.5 juta penduduk tahun lalu.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, MGGI oleh Jabatan Perangkaan itu turut mengunjurkan kelahiran bayi perempuan sebanyak 235,467 daripada keseluruhan 487,957 kelahiran hidup.

Katanya, wanita sebagai ketua isi rumah juga membelanjakan RM3,666 sebulan dan perbelanjaan ke atas makanan dan minuman alkohol ialah RM690 atau 18.8 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan.

"Memperakui akan kepentingan peranan wanita, Malaysia sentiasa komited untuk mencapai kesaksamaan gender dan mempromosikan hak wanita dan kanak-kanak perempuan.

"Kerajaan terus komited dalam usaha ke arah mencapai matlamat kesaksamaan gender selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11)," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Uzir berkata, laporan itu disertakan dalam Penerbitan Statistik Pemerkasaan Wanita dalam Domain Terpilih bagi tahun keempat berturut-turut dengan mengambil kira statistik berkaitan gender di Malaysia bagi 2017 hingga 2019, selain menjelaskan jurang antara wanita dan lelaki dalam empat sub-indeks merangkumi Peluang dan Penyertaan Ekonomi, Pencapaian Pendidikan, Kesihatan dan Kehidupan, dan Penguasaan Politik.

"MGGI menunjukkan purata skor 0.709 atau 70.9 peratus pada 2019 iaitu pencapaian wanita melebihi lelaki dalam sub-indeks Pencapaian Pendidikan dengan skor 1.053, manakala, sub-indeks Kesihatan dan Kehidupan mencatatkan skor 0.958; diikuti sub-indeks Peluang dan Penyertaan Ekonomi (skor 0.717).

"Namun kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) wanita masih rendah iaitu 55.6 peratus jika dibandingkan dengan negara lain seperti

Australia (72.5 peratus) dan Singapura (69.1 peratus). Secara amnya, KPTB wanita bagi negara membangun melebihi 60 peratus," katanya.

Bagi penguasaan politik, wanita mencatat skor terendah iaitu 10.8 peratus (skor 0.108) yang menunjukkan wanita masih jauh ketinggalan berbanding lelaki dalam jawatan Menteri, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bagaimanapun, katanya, peratusan skor itu dilihat meningkat jika dibandingkan pada 2018 iaitu 0.106 peratus.

Mohd Uzir menambah, berdasarkan kepada skor berkenaan keseluruhannya, Malaysia berada di kedudukan ke-73 di dunia, jatuh sepuluh anak tangga berbanding 2018 yang menduduki tempat ke-63 (skor 0.711).

"Pada masa yang sama, dalam kalangan negara Asia Timur dan Pasifik, Malaysia kekal berada di kedudukan keenam seperti 2018, mendahului Thailand, Indonesia, China dan Brunei Darussalam.

"Bagaimanapun, kita masih di belakang New Zealand, Australia dan Singapura," katanya.

 
Top
Log in Register