15,000 bergelap Taufan Tapah badai selatan Jepun

Recommended Brokers


oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
16,736
Reaction score
3,644
Points
191

Taufan Tapah yang membawa angin berkelajuan sehingga 180 kilometer sejam. - Foto EPA










TOKYO: Lebih 15,000 kediaman terputus bekalan elektrik manakala penerbangan terpaksa dibatalkan selepas taufan kuat membadai pulau Okinawa, di selatan Jepun hari ini.

Taufan Tapah yang membawa angin berkelajuan sehingga 180 kilometer sejam itu kini bergerak ke utara dan dijangka menyeberangi laut yang memisahkan antara Korea Selatan dan barat Jepun.

Biro cuaca negara itu mengeluarkan amaran hujan lebat, banjir dan ombak besar manakala kerajaan wilayah Okinawa menasihatkan 334,000 penduduknya untuk berpindah.

Menurut pihak berkuasa, sekurang-kurangnya 18 orang cedera manakala syarikat utiliti tempatan, Okinawa Electric berkata sejumlah 9,200 isi rumah masih terputus bekalan elektrik pada jam 7.45 petang (waktu tempatan) berbanding 17,000 kediaman awal hari ini.

Tapah muncul selepas Taufan Faxai membadai dan mengkucar kacirkan Tokyo awal bulan ini sehingga menjejaskan persiapan Piala Dunia Ragbi.

Ia mengakibatkan puluhan ribu penduduk di pinggir Tokyo terputus bekalan elektrik selama lebih seminggu. - AFP










sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2019/09/609415/15000-bergelap-taufan-tapah-badai-selatan-jepun
 
Sponsored Post

oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
16,736
Reaction score
3,644
Points
191
Jepun batalkan 400 penerbangan domestik

TAUFAN Tapah melanda Jepun menyebabkan ratusan penerbangan dibatalkan. FOTO: AFP









TOKYO: Ratusan penerbangan serantau terpaksa dibatalkan selepas taufan Tapah mendekati barat daya Jepun, hari ini, dengan membawa hujan lebat berserta angin kencang.

Taufan Tapah yang membawa angin berkelajuan sehingga 162 kilometer sejam, dijangka mendekati wilayah Nagasaki semalaman, menurut Agensi Meteorologi Jepun.

Ia kini dalam perjalanan ke laut yang memisahkan Jepun dan Semenanjung Korea sebelum bergerak ke utara Jepun pada hari Isnin dan dijangka berkurangan dan perlahan, kata agensi itu.

Menurut stesen siaran rasmi NHK, ribut berkenaan menyebabkan lebih 400 penerbangan domestik dibatalkan.

Sehingga setakat ini, taufan itu menyebabkan 21 orang cedera ringan, sebahagian besar di wilayah pulau Okinawa yang dilanda badai lebih awal.








sumber: https://www.hmetro.com.my/global/2019/09/499411/jepun-batalkan-400-penerbangan-domestik
 
Sponsored Post
Top
Log in Register