BTC USD 49,090.5 Gold USD 1,843.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

14 disyaki tokan, penagih dadah ditahan

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,209
Reaction score
2,785
Points
206
1037439.jpg


PETALING JAYA - Seramai 14 individu termasuk tiga wanita disyaki tokan dan penagih dadah ditahan dalam Ops Tapis di sekitar Sungai Way dan Kelana Jaya di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kesemua individu berusia dalam lingkungan 24 hingga 37 tahun itu ditahan dalam operasi yang bermula pada jam 11 pagi.

"Sepanjang operasi tersebut, seramai 21 orang telah diperiksa. Daripada jumlah itu, seramai 11 lelaki dan tiga wanita warga tempatan telah ditahan," katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.

Mohamad Fakhrudin berkata, fokus utama operasi itu adalah untuk menguatkuasakan undang-undang bagi membanteras aktiviti penjualan dan penagihan dadah.

"Seramai sembilan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah merancang dan mengumpul maklumat sebelum operasi dilaksanakan," katanya.

Tambah beliau, hasil semakan rekod jenayah lampau mendapati seorang suspek merupakan individu yang dikehendaki polis.

"Kita turut merampas ganja anggaran berat 74 gram, selain syabu seberat 22.50 gram dan pil yaba seberat 51 gram.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 39A(2), Seksyen 39A(1) dan Seksyen 12(2) akta yang sama," kata beliau.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Mohamad Fakhrudin berkata, pihaknya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 35 tahun di hadapan sebuah hotel di sini pada jam 3.11 pagi Sabtu.

"Kita merampas 400 biji pil yaba yang dianggarkan bernilai RM4,000. Saringan awal mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

"Suspek ditahan reman selama tujuh hari dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(1)(a) akta yang sama," katanya.

 
Sponsored Post

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
11,079
Reaction score
1,484
Points
201
Waw bnyk stok lg nooo, rampas dh dekat billion pun stok xputus hebat hahaha
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register