akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 57,177
Top Poster #9
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 57,177
- Reaction score
- 6,705
- Points
- 881
- Awards
- 1
Antara wanita warga asing yang ditahan dalam Op Noda Mega.
Anggota polis bersama sebahagian wanita warga asing yang diperiksa dalam Op Noda Mega di sekitar Lembah Klang, semalam. - Foto PDRM
KUALA LUMPUR: Polis menyerbu 13 pusat urut di sekitar Lembah Klang yang disyaki menawarkan 'khidmat tambahan' berbentuk khidmat seks dan urutan batin selain menggaji pekerja asing secara haram.
Dalam serbuan menerusi Op Noda Mega oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bermula jam 3 petang semalam, polis turut menahan 64 individu terdiri daripada 11 warga tempatan dan 53 warga asing termasuk 48 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pekerja seks.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata, semua serbuan dilakukan di Serdang dan Gombak serta Sentul, di sini.
Beliau berkata, 64 individu yang ditahan terdiri daripada 11 lelaki tempatan dan tiga wanita warga asing berperanan sebagai pengurus premis, 48 wanita warga asing disyaki pekerja seks serta dua pelanggan lelaki warga asing.
"Tangkapan wanita warga asing terdiri daripada 38 warga Thailand, tiga China dan tujuh Vietnam. Dua pelanggan lelaki yang ditahan pula, masing-masing warga Pakistan dan Nepal didapati tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah.
"Siasatan mendapati 13 premis yang berselindung sebagai pusat urut itu menggajikan wanita warga asing bagi menawarkan aktiviti tidak bermoral," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Mohd Shuhaily, pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat urut boleh datang secara 'walk-in' selain membuat tempahan melalui WhatsApp di premis yang beroperasi setiap hari bermula pada 11 pagi hingga 11 malam itu.
Katanya, premis yang diserbu itu kebanyakannya menyasarkan pelanggan dalam kalangan warga asing selain pelanggan tetap warga tempatan.
"Pakej khidmat seks yang ditawarkan dengan harga sekitar RM150 hingga RM320, manakala caj urutan batin ditetapkan antara RM50 hingga RM80.
Untuk urutan badan, caj antara RM60 hingga RM120 dikenakan.
"Siasatan lanjut mendapati kebanyakan wanita asing ini bekerja dengan menggunakan pas lawatan sosial malah ada yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri," katanya.
Dalam serbuan itu, katanya polis turut merampas pelbagai barangan antaranya wang tunai RM4,796, kamera litar tertutup (CCTV), alat kawalan jauh pintu masuk premis, kondom, jadual kerja wanita asing, risalah iklan, tisu basah, minyak urut dan gel pelincir serta telefon bimbit.
"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 372A/Seksyen 372B/Seksyen 373/Seksyen 377D Kanun Keseksaan dan Akta Imigresen 1959/63," katanya.
Mohd Shuhaili berkata semua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berhampiran untuk proses dokumentasi dan siasatan selanjutnya.