13 pangkalan 'panas' dipasang kawat duri

CG Sponsors




hiduprakyat

Fun Poster
Joined
Dec 6, 2010
Messages
596
Reaction score
41
Points
20


PASIR MAS: Sebanyak 13 pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok yang menjadi lokasi panas pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan aktiviti rentas sempadan dipasang kawat duri (Concertina Wire) bagi mengekang kegiatan itu.

Pemasangan kawat duri itu yang merupakan sebahagian perlaksanaan Op Benteng COVID-19 dibuat di sekitar Kuala Jambu, lima di Jeram Perdah dan enam di Rantau Panjang

Panglima 8 Briged, Brig Jeneral Zamsari Abu Hasan, berkata pemasangan kawat duri adalah amaran tindakan tegas akan diambil kepada sesiapa yang ingkar selain bukti komitmen tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) melalui kerjasama National Task Force (NTF) bagi memutuskan rantaian COVID-19 yang berkemungkinan tersebar melalui PATI.

"Setakat ini, Rantau Panjang sehingga ke Pangkalan Kubor menjadi lokasi panas jenayah rentas sempadan apabila merekodkan tangkapan PATI dan rampasan barang seludup yang tertinggi.

"Jadi, kita berharap inisiatif pemasangan kawat duri ini mampu mengurangkan pelbagai kes di sepanjang sempadan.

"Kebanyakan PATI yang ditangkap adalah warga Thailand, Myanmar, Kemboja dan Laos," katanya dalam sidang media selepas melawat pemasangan Concertina Wira ATM dengan kerjasama Batalion 7, Pasukan Gerakan Am (PGA7) di Pangkalan Haram Pok Nik, Jeram Perdah, di sini, hari ini.

Zamsari berkata, setakat ini beberapa siri kejayaan direkodkan sepanjang Ops Benteng dilaksanakan yang mana 158 kes direkodkan membabitkan PATI dengan nilai rampasan barangan melebihi RM4juta.

"Kerjasama baik antara ATM dan PGA7 menunjukkan pencapaian yang baik dalam menangani isu pencerobohan PATI di sempadan negara sekali gus dapat mengekang penularan wabak COVID-19," katanya.

pasang_kawat_1594616640.jpg



== bharian
 
Top
Log in Register