BTC USD 27,996.4 Gold USD 2,000.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

13 keluarga rumah akan diroboh berazam jadikan Komtar rumah orang tua.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,717
Points
191
Sekumpulan 13 keluarga yang membantah tindakan merobohkan kediaman mereka di Sungai Nyior, Butterworth, mengadakan protes duduk bantah depan kompleks pentadbiran kerajaan negeri di tingkat 3, Komtar.

Pegawai keselamatan Komtar telah mengunci pintu masuk ke pejabat tersebut.

Jurucakap kumpulan tersebut Samuel Walter berkata keluarga terbabit telah diarah untuk keluar pada Jumaat ini walaupun mereka mendakwa tidak diberikan pampasan yang secukupnya.

Walter berkata kumpulan itu berada di bangunan Komtar hari ini untuk bertemu Ketua Menteri Lim Guan Eng - yang merupakan ahli parlimen mereka.

Katanya, penduduk itu telah mengundi Lim tetapi setiausaha agung DAP itu didakwa tidak bertemu mereka berhubung isu itu.

ADUN Bagan Dalam A Thanasekaran hadir bersama-sama para peserta protes.

"Jika kami tidak mendapat jawapan sampai Jumaat ini, kami akan tukar Komtar jadi rumah orang tua.

"Orang tua ini yang terkesan dengan perobohan itu akan datang ke sini dengan bantal dan tilam kerana mereka tak ada tempat nak pergi," katanya.

http://www.malaysiakini.com/news/279347


80232c4da534d9f818f5d2c89ba9fbdf.jpg
 
Sponsored Post

bucks7

Fun Poster
Messages
772
Joined
Mar 22, 2006
Messages
772
Reaction score
1
Points
15
"....mereka mendakwa tidak diberikan pampasan yang secukupnya."

nak tau jugak.. banyak mana depa dpt yg kata tak cukup tu. kg buah pala leh dapat rumah hebat.. depa nak lagu tu jugak kot. :)

depa dapat RM2,000 untuk sebuah rumah

Adun kawasan tu A. Thanashekaran kata telah cuba berbincang masalah itu dengan peguam pemilik tanah Kampung Sungai Nyiur tetapi mereka enggan menambah nilai pampasan.
 
Sponsored Post

Top
Log in Register