BTC USD 17,230.8 Gold USD 1,789.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

13 berkonvoi, hanya 12 pulang selepas rakan maut nahas

hiduprakyat

Super Active Member
gem
Messages
8,196
Joined
Dec 6, 2010
Messages
8,196
Reaction score
551
Points
121
13 berkonvoi, hanya 12 pulang selepas rakan maut nahas
FB_IMG_1664091423377.jpg
FB_IMG_1664091425394.jpg

ALOR GAJAH – Perjalanan sekumpulan 13 ‘mat motor’ berkonvoi pulang ke Kuala Lumpur dari Melaka berakhir tragedi apabila salah seorang daripadanya maut di Kilometer 202.9 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 tengah malam itu, mangsa, Muhammad Nasrul Adnan, 18, yang beralamat di Hulu Klang, Selangor meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa berkonvoi bersama 12 rakannya untuk pulang ke Kuala Lumpur dari Melaka.

“Setiba di lokasi, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 telah melanggar belakang sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Pajero nombor plat tidak pasti di lorong kiri.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa telah terjatuh di lorong kiri lalu dilanggar sebuah Perodua Bezza yang tidak sempat mengelak,” katanya.

Ujarnya, akibat kemalangan itu, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dan mayat dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat.

“Pihak polis meminta pemandu kenderaan pacuan empat roda dipercayai jenis Mitsubishi Pajero terlibat untuk tampil membantu siasatan.

“Kita juga meminta rakan-rakan si mati yang turut sama berkonvoi dan orang awam yang melihat kejadian tampil memberi keterangan,” ujarnya.

Katanya, setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE.
 
Sponsored Post

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,584
Points
251
Awards
1
Innalillah
Takziah
Muhammad Nasrul Adnan, 18 tahun
 

amieshoro

Active+ Member
Messages
2,814
Joined
Mar 21, 2009
Messages
2,814
Reaction score
170
Points
43
Rasanya berkonvoi nie elok elakkan.. agak bahaya kat jalan Raya..
Aku tak suka konvoi ramai2.. sebab mcm menyusahkan pengguna yang lain..

Dulu ramai konvoi sebab tak tau arah jalan, tapi skrg ni dah ada gps .. senang nak g mana2 tanpa perlu konvoi
 
Sponsored Post

Top
Log in Register