BTC USD 45,168.4 Gold USD 1,851.71
Time now: Jun 1, 12:00 AM

13~19 Mei: RON95 RM2.05, RON97 +0sen RM2.60, Diesel RM2.15

Sponsored Post

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
32,227
Reaction score
1,701
Points
201
Byk kenderaan kt jalan meaning permintaan myk masih tinggi.. kene buat pkp 1.0 baru mencanak turun
 

ViperX

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,830
Reaction score
613
Points
81
Byk kenderaan kt jalan meaning permintaan myk masih tinggi.. kene buat pkp 1.0 baru mencanak turun
tunggu 6-8 bulan klau masih pkp lg, kompom minyak turun kaw2... tp time tu pn mngkn ramai juga yang telah lingkup.
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
23,472
Reaction score
2,357
Points
201
Bahan-Api.png
HARGA MINYAK 30 Jan – 5 Feb 2021 (RM | PER LITER)


RON95
MYR-Malaysia-Ringgit-RM.png
1.90
Harga-Minyak-Tidak-Berubah.gif
0.00 sen
Perbandingan harga
RON95-RON97-Diesel-Oil-Price-Compare.png

23 – 29 Jan 2021
RM 1.90
RON97
MYR-Malaysia-Ringgit-RM.png
2.20
Harga-Minyak-Tidak-Berubah.gif
0.00 sen
Perbandingan harga
RON95-RON97-Diesel-Oil-Price-Compare.png

23 – 29 Jan 2021
RM 2.20
DIESEL
MYR-Malaysia-Ringgit-RM.png
2.07
Minyak-Turun-Harga.gif
0.02 sen
Perbandingan harga
RON95-RON97-Diesel-Oil-Price-Compare.png

23 – 29 Jan 2021
RM 2.09
 
  • Like
Reactions: TT

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,638
Reaction score
269
Points
51
Harga petrol tak naik tak turun, diesel turun

minyak-isi-696x430.jpg


KUALA LUMPUR – Tidak seperti sebelumnya, harga mingguan petrol RON95 dan RON97 yang bermula tengah malam ini tidak menyaksikan kenaikan.

Sebaliknya, harga petrol bagi kedua-duanya kekal pada paras RM2.20 seliter bagi RON97 dan RM1.90 (RON95).

Namun demikian, pemilik kenderaan diesel boleh menarik nafas lega sedikit apabila harga bahan bakar itu turun sebanyak dua sen seliter.

Justeru, bermula tengah malam ini sehingga 5 Februari, harga baru diesel adalah RM2.07 seliter.

minyak-29-jan-1024x536.jpg


“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.
Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).


== Utusan TV
 

stuck

Active+ Member
Joined
Apr 12, 2007
Messages
4,187
Reaction score
177
Points
33
Naik 3 sen, diesel naik 4 sen tuan2 :D :D
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,211
Reaction score
2,785
Points
206
PKP pun naik minyak ye?
nasib baiklah tak ke mana-mana.
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
32,227
Reaction score
1,701
Points
201
145198544_4127431393955360_6142583096516738604_n.jpg



naik la minyak naik...
naik la tinggi-tinggi..
padan la muke rakyat..
terima kasih kerajan pN..
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,660
Reaction score
21,174
Points
1,671
Kerajaan turunkan harga siling baharu RON95, diesel

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menurunkan had harga siling baharu bagi produk petrol, RON95 pada RM2.05, manakala diesel pada RM2.15 seliter.


Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata penetapan harga siling itu adalah bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak yang ketara di peringkat global.

"Penetapan had harga siling ini adalah lebih rendah berbanding had harga yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu pada tahun 2019 iaitu RM2.08 seliter bagi petrol RON95, dan RM2.18 seliter bagi diesel.

"Kerajaan akan menampung perbezaan harga pasaran sebenar dengan harga runcit yang ditetapkan secara mingguan melalui peruntukan subsidi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zafrul berkata, keputusan diambil berdasarkan trend harga pasaran sebenar produk petroleum yang semakin meningkat susulan peningkatan permintaan minyak mentah dunia.

Katanya, ia turut dipengaruhi oleh pembukaan semula pelbagai sektor ekonomi di seluruh dunia.

"Trend harga minyak global juga dipengaruhi oleh pelan vaksinasi COVID-19 yang mula dilancarkan secara beransur-ansur di seluruh dunia.

"Malaysia sendiri akan melancarkan Program Imunisasi Kebangsaannnya bermula hujung Februari 2021," katanya.

Justeru, beliau berkata, kerajaan tetap komited untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dan akan sentiasa memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia.

"Kerajaan juga akan mengambil langkah yang bersesuaian bagi mengimbangi tanggungan subsidi kerajaan dengan keperluan untuk terus memelihara kebajikan dan kesejahteraan rakyat," katanya.

Harga minyak mentah Brent hari ini mencecah paras AS$61.52 (RM248.79) setong buat pertama kali dalam tempoh lebih setahun.

Ia berikutan pelabur optimis mengenai permintaan susulan ekonomi global pulih daripada pandemik COVID-19.

Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik tiga sen seliter, manakala harga runcit diesel naik empat sen seliter bagi tempoh seminggu.

Harga baharu untuk ketiga-tiga bahan bakar itu adalah RM1.93 (RON95), RM2.23 (RON97) dan RM2.11 (diesel).

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
296,296
Reaction score
12,603
Points
2,376
HARGA MINYAK | Harga Siling RON95 RM2.05, Diesel RM2.15

Kerajaan bersetuju menetapkan had harga siling produk petrol RON95 pada RM2.05 seliter.

Manakala harga runcit semasa diesel dihadkan pada paras siling RM2.15 seliter. Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, ia bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak yang ketara di pasaran global.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register