125 paus mati terdampar

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
WELLINGTON 28 Dis. - Sebanyak 125 ekor ikan paus pandu mati di pantai Colville, dekat semenanjung Coromandel di Pulau Utara selepas terdampar di pantai pada hujung minggu lalu.

Bagaimanapun pelancong yang bercuti dan para aktivis berjaya menolak kembali 43 daripada ikan paus itu ke laut.

Para penyelamat mengawasi paus yang berjaya kembali ke laut ketika ia berenang dari pantai ke laut dalam dan menjelang hari ini, semua paus tersebut telah berenang ke laut lepas.

Kakitangan Jabatan Pemuliharaan dan beratus-ratus sukarelawan membantu mengapungkan semula 43 paus pandu itu semasa air pasang.

Sukarelawan turut menyelimuti badan paus dengan kain bagi membiarkan ia kekal lembap sepanjang hari.

"Kira-kira 63 paus pandu terkandas, namun keadaan agak baik kerana sebanyak 43 lagi masih hidup,'' kata renjer Jabatan Pemuliharaan, Steve Bolten ketika paus tersebut berenang ke laut.

Bolten berkata, satu daripada ikan paus tersebut mungkin sakit atau medium komunikasi mereka atau sonar telah membawa mereka ke pelabuhan yang cetek, membuatkan kumpulan paus itu tidak dapat mencari jalan keluar.

Sementara itu, di Pulau Selatan, sebanyak 105 paus pandu bersirip panjang, mati kelmarin, lapor pegawai pemuliharaan, hari ini.

Pengurus program biodiversiti Golden Bay, Hans Stoffregen berkata, paus-paus itu dikesan oleh sebuah pesawat pelancong dan hanya 30 daripada mereka masih hidup ketika kakitangan pemuliharaan sampai di tempat kejadian.

"Keadaan mereka teruk. Semasa kami sampai, dua pertiga daripada mereka telah mati. Jadi kami terpaksa 'membunuh' bakinya melalui suntikan kerana ia telah terdedah terlalu lama tanpa air.

"Keadaan paus-paus ini agak panas dan ia berada dalam keadaan menderita. Anda boleh nampak kesakitan dan penderitaan dalam mata mereka,'' kata Stoffregen yang dipetik oleh akhbar Southland Times. - AP
 
Sponsored Post

NEMO

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,179
Reaction score
1,041
Points
1,101
kesian paus tu..sik baik xde pic
 

NEMO

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,179
Reaction score
1,041
Points
1,101
:(:)(:)(:)(:)(:)(:)(:)(( pesal letak pic
 

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
ini namanya rezeki datang bergolek.

byk tanya dorang ni.
 

nazim5123

Active+ Member
Joined
Apr 9, 2007
Messages
4,698
Reaction score
41
Points
30
orang kat palestin mati tergolek tak jadi hal paus yang sedap dimakan mati kecoh satu dunia betapa mahalnya harga paus berbanding nyawa manusia
 

ulam

CG Top Poster Club
Joined
Apr 30, 2008
Messages
22,373
Reaction score
59
Points
120
Tanda2 awal nie.. :-?
 

saveMe

Active Member
Joined
Jul 28, 2009
Messages
1,456
Reaction score
37
Points
30
aah la...myb tanda2 awal... dulu mase sblm thunami pon habis sume ikan xbrani dok kat laut...huhuhu..tntu da pe2 nt..tgk smgu nie...pe akan jd....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register