BTC USD 38,558.9 Gold USD 2,038.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

12 Warga India, Bangladesh Di Tahan Dalam Bas Ekspres

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
54,374
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
54,374
Reaction score
6,161
Points
916
Awards
1
23.09.2023 - Polis menahan lapan lelaki warganegara India dan empat lelaki warga Bangladesh di dalam sebuah bas ekspres di tepi jalan berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang semalam. Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Sik Choon Foo berkata ketika menjalankan Op Cantas kira-kira 1 pagi, pihaknya menahan sebuah bas ekspres dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Kota Bharu.

"Hasil pemeriksaan terhadap semua penumpang di dalam bas terbabit mendapati lapan lelaki warganegara India dan empat lelaki warganegara Bangladesh gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah. Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Gua Musang untuk disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kejayaan tangkapan warga asing dalam operasi yang dijalankan adalah hasil daripada kerjasama antara pihak imigresen dan polis dalam mengekang pergerakan warga asing yang tiada dokumen di negara ini.
1695485557424.png
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register