Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 65,202
Top Poster #2
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 65,202
- Reaction score
- 7,155
- Points
- 916
- Awards
- 1
03.10.2024 - Dua belas anggota dan pegawai yang ditahan di sebuah pusat hiburan di Sungai Petani, Kedah semalam kerana positif dadah digantung tugas serta-merta, manakala penyelia mereka akan disiasat serta ditukarkan. Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata beliau sudah mengarahkan Ketua Polis Kedah, Fisol Salleh segera menggantung tugas 12 anggota dan pegawai itu.
“Tindakan mengikut Peraturan 3C Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 akan diambil. Penyelia juga akan dipindahkan dari jawatan semasa kerana mereka tidak layak menguruskan anak buah mereka, katanya menurut Harian Metro.
Beliau berkata, pihaknya tidak akan melindungi buah buruk yang boleh mencemarkan nama pasukan polis, selain mengingatkan anggotanya menjadi contoh dan teladan kepada masyarakat. Jadikan ini sebagai amaran keras. Pegawai dan anggota polis diberi amanah untuk menegakkan undang-undang, tetapi itu tidak bermakna anda berada di atas undang-undang.
Kita akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang terhadap anggota didapati melakukan sebarang kesalahan jenayah dan tidak akan berdiam diri. Sementara itu, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Azri Ahmad berkata serbuan di pusat hiburan itu susulan maklumat diterima. Dalam serbuan berkenaan, 31 individu ditahan dan 12 daripadanya pegawai dan anggota polis kerana positif dadah, katanya sambil menambah sampel kedua urin akan diambil dan dihantar kepada patologi hospital bagi proses tahanan kerja.