12 individu dan 7 warga asing ditahan akibat perjudian dalam talian

CG Sponsors




Sponsored Post

hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,054
Reaction score
154
Points
33
12 operator judi 'online' dicekup

GAMBAR HIASAN


Kuching: Seramai 12 ahli sindiket perjudian dalam talian, dengan 11 daripadanya adalah warga asing, ditahan dalam serbuan polis di sebuah rumah teres di Batu Kawa, di sini, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Denis Leong Soon Kuai berkata, rumah terbabit dikenal pasti menjadi pusat panggilan bagi aktiviti perjudian dalam talian sejak lima bulan lalu.

Beliau berkata, sindiket berkenaan dipercayai meraih pendapatan antara RM100,000 hingga RM150,000 sebulan.

"Daripada 11 warga asing itu, enam adalah wanita dan lima lagi lelaki, manakala seorang lagi yang ditahan adalah wanita tempatan. Mereka berusia antara 18 hingga 28 tahun.

"Serbuan itu dilakukan oleh anggota D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak hasil risikan dan intipan," katanya sambil memaklumkan sebanyak 11 komputer riba turut dirampas.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 9 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 4 (1) (C) akta sama.

Dalam pada itu, Leong berkata, antara 1 Januari hingga 17 Oktober lalu, sebanyak 676 premis yang terbabit dalam aktiviti judi diserbu pihak berkuasa.

Katanya, bekalan elektrik di premis terbabit juga dipotong dengan bantuan Sarawak Energy Berhad (SEB).


== hmetro
 
Sponsored Post
Top
Log in Register