BTC USD 102,502 Gold USD 2,705.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

11 Warga Korea Selatan Ditahan Di Pusat Hiburan Tanpa Lesen

Md Hanif

Fun Poster
Messages
814
Joined
Jun 13, 2023
Messages
814
Reaction score
58
Points
25
ddce47339bf410d333e3aff71c2414f2671afd1880fad


Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur menahan 11 individu warga Korea Selatan, termasuk lima wanita dalam serbuan Op Gegar di sebuah pusat hiburan tanpa lesen, di sini, awal pagi tadi.

Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata individu yang ditahan berusia antara 20 hingga 40 tahun, dengan seorang daripada wanita tersebut dipercayai bertindak sebagai pengurus premis berkenaan.

"Pusat hiburan ini dipercayai eksklusif untuk warga Korea dan berselindung di sebalik perniagaan restoran. Premis ini menawarkan perkhidmatan karaoke dalam bahasa Korea, dan pelanggan juga boleh membuat tempahan awal melalui telefon.

"Selain itu, premis ini turut dipercayai menawarkan perkhidmatan pelayan wanita dengan bayaran antara RM300 hingga RM500 untuk tempoh tiga jam," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Wan Mohamed Saupee berkata serbuan sekitar 1 pagi tadi dibuat selepas risikan selama dua minggu, dan pihaknya terpaksa memecahkan pintu masuk premis selepas pengurusan premis enggan memberi kerjasama untuk membuka pintu.

Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 39(b), Seksyen 6(1)(c), dan Seksyen 6(1c) Akta Imigresen 1959/63 dan semua yang ditahan dibawa ke Depoh Imigresen Bukit Jalil untuk tindakan lanjut.

 
Back
Top
Log in Register