BTC USD 104,705 Gold USD 3,368.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

11 terbunuh serangan bersenjata di Pakistan

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
7,361
Joined
Jun 21, 2021
Messages
7,361
Reaction score
1,044
Points
151


11 terbunuh serangan bersenjata di Pakistan​

pakistan-attack.jpg

  • Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
  • 14 April 2024, 8:05 pm

ISLAMABAD: Seramai 11 orang maut akibat serangan kumpulan bersenjata dalam dua serangan berasingan di wilayah Balochistan di barat daya Pakistan, Sabtu lalu.

Polis Pakistan berusaha menjejak suspek yang menyerang sembilan penumpang selepas menculik mereka dari sebuah bas di lebuh raya pada Jumaat.

Suspek sama turut membunuh dua individu lain yang berada di dalam kereta yang dipaksa berhenti ketika itu.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Pakistan, Habibullah Musakhel berkata, kumpulan lelaki bersenjata itu membuat sekatan jalan sebelum menahan bas dan mengambil kad pengenalan penumpang.

“Suspek menculik sembilan mangsa yang berasal dari wilayah Punjab dan kemudian melarikan diri ke kawasan pergunungan.

“Kesemua mangsa kemudian berjaya ditemukan di bawah jambatan kira-kira lima kilometer dari kawasan lebuh raya,” katanya lapor Al Jazeera.
Serangan yang didalangi oleh 12 lelaki bersenjata itu berlaku di Lebuh Raya N-40 Quetta-Taftan berdekatan Noshki.

Jumaat lalu, kumpulan penyerang sama melepaskan tembakan ke arah kenderaan yang cuba menghalang sekatan jalan raya itu sehingga mengorbankan dua orang dan enam yang lain cedera.

Polis kini sedang berusaha menjejak kesemua suspek berkenaan.

Insiden itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif yang mengutuk serangan berkenaan serta melahirkan simpati mendalam terhadap keluarga mangsa.

 
Back
Top
Log in Register