BTC USD 28,077.7 Gold USD 1,981.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

11 syarikat Malaysia pamer produk, perkhidmatan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg



PERBADANAN Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) akan menguruskan Pavalion Malaysia di Pameran Teknologi Maklumat Teluk 2014 (GITEX) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang berlangsung pada 12-16 Oktober.

Matrade dalam satu kenyataan berkata 11 syarikat Malaysia akan mempamerkan produk dan perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mereka dipameran selama lima hari itu.

"Ini termasuk peranti pengkomputeran mudah alih, aksesori teknologi maklumat, perkhidmatan pembangunan aplikasi mudah alih, penyelesaian pengurusankumpulan kenderaan, logistik rantaian sejuk beku, perkhidmatan pemudahan pelabur, penyelesaian telekomunikasi, sistem tempahan restoran, sistem kutipantambang automatik dan tempat jualan," kata perbadanan itu.

Matrade berkata syarikat Malaysia mahu mengetengahkan keupayaan mereka dalam penyelesaian dan perkhidmatan ICT kompetitif ke pasaran Timur Tengah, Afrika dan Asia Selatan.

Malaysia akan menjadi antara 61 negara yang menyertai GITEX 2014 di mana lebih 3,700 syarikat akan mempamerkan produk dan perkhidmatan. Pameran itudijangka menarik lebih 100,000 pengunjung dari 150 negara.

"Jualan bernilai RM71.6 juta dicatatkan semasa GITEX tahun lepas. Tahun ini, Matrade menyasar jualan yang lebih tinggi," kata perbadanan itu.

Matrade Dubai juga akan menyusun mesyuarat perniagaan bagi pempamer Malaysia dan mengadakan aktiviti pengiklanan dan promosi menerusi pelbagai programmedia bagi mempromosikan penyertaan syarikat Malaysia di GITEX 2014.- Bernama
 
Top
Log in Register