11 Sekolah Tahfiz belum daftar di WP

CG Sponsors




akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,005
Reaction score
1,371
Points
151
walaubagaimanapun menteri beragama hindu akan mendaftarkan sekolah tahfiz tersebut :D

11 sekolah tahfiz belum berdaftar di Wilayah Persekutuan
| | 12 Ogos 2020
Khamis | 13 Ogos 2020
793214.jpg

KUALA LUMPUR - Hanya 30 daripada 52 sekolah dan madrasah tahfiz di ibu negara, Putrajaya dan Labuan berdaftar manakala 11 lagi sedang dalam proses untuk didaftarkan.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Santhara Kumar berkata, pihaknya sedang gigih berusaha memastikan semua madrasah dan tahfiz berdaftar dengan pihak berwajib kerana mahu menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai kawasan pertama yang bersih dari sekolah dan madrasah tahfiz tidak berdaftar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Apresisasi Penyumbang dan Petugas Covid-19 anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di sini hari ini.

Majlis itu dianjurkan sebagai penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam usaha Misi Musa'adah Covid-19 dan Inisiatif Wilayah Cakna sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - Bernama


© 2018 All Rights Reserved • Karangkraf Group • © 2018 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf
 
Top
Log in Register