BTC USD 54,913.1 Gold USD 1,792.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

11 Pelajar Maut Terjatuh Ke Dalam Sungai

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
323,453
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
323,453
Reaction score
16,412
Points
2,376
TRAGEDI | 11 Pelajar Maut Terjatuh Ke Dalam Sungai

11 pelajar berusia antara 13 hingga 15 tahun lemas ketika menyertai kempen membersihkan sungai di Jawa Barat, Indonesia.

Menurut pihak berkuasa tempatan, kempen berkenaan disertai kira kira 150 pelajar.

JAKARTA: Sebelas pelajar lemas dan 10 yang lain berhasil diselamatkan semasa satu lawatan sekolah ke sebatang sungai untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di wilayah Jawa Barat, Indonesia, menurut para pegawai pada Sabtu (16 Okt).

Para pegawai tempatan berkata 150 pelajar daripada sebuah sekolah menengah Islam menyertai kerja-kerja pembersihan itu pada Jumaat di tebing sungai Cileueur apabila 21 daripada mereka tergelincir ke dalam sungai.

“Cuaca baik dan tiada banjir kilat," kata Deden Ridwansyah, ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat Bandung.

"Budak-budak yang lemas itu saling berpegang tangan. Seorang daripada mereka tergelincir dan yang lain ikut sama," kata Encik Ridwansyah.

Para penduduk berdekatan dan sebuah pasukan penyelamat berhasil menyelamatkan 10 pelajar yang kemudian dibawa ke hospital berhampiran.

Menurut AFP, dua daripada pelajar itu dalam keadaan kritikal.

Para penyelamat menggunakan sebuah rakit besar berwarna jingga yang boleh mengembung untuk mencari para mangsa dan semua pelajar berjaya diselamatkan apabila usaha menyelamat berakhir pada sebelah malam hari Jumaat.

Para pelajar tidak memakai alat pengapung. Beberapa laporan menyatakan mereka cuba menyeberangi sungai itu, yang popular untuk berakit ketika mereka tergelincir.

Hujan menyebabkan tanah runtuh dan banjir kilat sering berlaku di Indonesia, di mana berjuta-juta penduduk tinggal di kawasan pergunungan atau berdekatan dataran banjir.

- Agensi berita/FZ/fz

Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,452
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,452
Reaction score
22,029
Points
1,671

eizzbizz

Super Active Member
Messages
9,564
Joined
Sep 2, 2009
Messages
9,564
Reaction score
954
Points
126
al- fatihah utk para pelajar semua..

pihak sekolah kena tgok SOP ..

berita sungguh detail ..siap ada bgtau rakit besar berwarna jingga
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register