BTC USD 60,891.0 Gold USD 1,767.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 11 lagi R&R, hentian sebelah Plus dibuka untuk 'dine-in'

hiduprakyat

Super Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
5,664
Reaction score
420
Points
91
11 lagi R&R, hentian sebelah Plus dibuka untuk 'dine-in'
FB_IMG_1631986304065.jpg
FB_IMG_1631986307003.jpg

Kuala Lumpur: Sebanyak 11 lagi medan selera di pusat Rehat dan Rawat (R&R) dan hentian sebelah di Lebuhraya Plus Malaysia Berhad (Plus) dibuka semula hari ini.

Menurut Plus dalam kenyataan hari ini, pembukaan itu adalah susulan arahan keselamatan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang membenarkan pengoperasian pada kapasiti penuh atau 100 peratus berikutan 80 peratus kakitangan dan rakan niaga syarikat itu lengkap vaksinasi.

Lokasi-lokasi terbabit ialah R&R Tapah (Arah Selatan dan Arah Utara), Rawang (Arah Utara), Dengkil (Arah Selatan dan Arah Utara) dan Pagoh (Arah Selatan).

Sementara itu, R&R Ulu Bernam (Arah Selatan) akan mula beroperasi Isnin ini, manakala R&R Seremban (Arah Selatan dan Arah Utara), Hentian Sebelah Nilai (Arah Utara) dan Serdang (Arah Utara) dijangka dibuka pada Selasa.

Medan selera di Hentian Sebelah Simpang Pulau (Arah Selatan), Mambau (Arah Timur dan Arah Barat), Sungai Buloh (Arah Selatan) dan Restoran Jejantas Sungai Buloh telah mula beroperasi semalam.

"Bagi verifikasi untuk makan di dalam premis, pelanggan yang telah menerima vaksinasi sepenuhnya dikehendaki menunjukkan status vaksinasi MySejahtera Covid-19 masing-masing semasa memesan makanan di premis yang dikendalikan oleh rakan niaga kami," menurut kenyataan itu.

Pelanggan lebuh raya yang belum menerima vaksinasi penuh boleh memilih untuk membungkus makanan atau take-away selain memesan makanan menggunakan fungsi Pre-Order di aplikasi Plus atau melalui https://orderdisini.plus.com.my/ bagi meminimumkan kontak fizikal.

Oleh BERNAMA
Gambar: Plus
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
317,616
Reaction score
15,498
Points
2,376
Tanda² rentas negeri dibenarkan makin dekat
 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,531
Reaction score
21,765
Points
1,671
Rnr pagoh wajib singgah tu
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register