BTC USD 35,991.2 Gold USD 1,813.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 11 lagi jangkitan Omicron dikesan-KKM

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,188
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,188
Reaction score
17,813
Points
2,536
Awards
1
kaya btol org bwt vaksin
msia dh otw aritu bwt vaksin
setakat ni dh smpai peringkat mne la ntah

Post in thread 'Malaysia sedang bangunkan vaksin COVID-19'


Tak banyak lagi didedahkan
 
Sponsored Post

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,314
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,314
Reaction score
3,209
Points
261
Awards
1

Omicron makin hampiri Malaysia​

NURUL HUDA HUSAIN | | 29 November 2021
Isnin | 29 November 2021
1326994.jpg

Varian baharu yang ditemui di Afrika itu Selatan telah memasuki Hong Kong. Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Rakyat diingatkan agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk disaran mengambil dos penggalak Covid-19susulan varian baharu Omicron semakin menghampiri negara ketika ini.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, ini kerana varian baharu yang ditemui di Afrika Selatan itu telah memasuki Hong Kong.
"Sebab itu kerajaan hari ini sangat prihatin dan telah memulakan langkah kawalan ketat dengan tidak membenarkan individu daripada kawasan tertentu yang ada jangkitan Omicron ini datang ke Malaysia.

"Mereka yang datang akan dibuat ujian calitan dan akan dikuarantin selama 14 hari.
Jadi saya hendak terangkan sekali lagi bahawa pentingnya kita mengambil dos penggalak demi keselamatan bersama," katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Ahmad Johnie Zawawi (GPS -Igan) yang mahu tahu apakah tindakan diambil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menyakinkan orang ramai untuk menerima dos penggalak Covid-19 bagi membendung jangkitan varian baharu Omicron.

Mengulas lanjut, Dr Noor Azmi berkata, dos penggalak sangat penting kerana ujian menunjukkan setelah enam bulan imuniti berkurangan dan kajian di luar negara turut menunjukkan dengan adanya dos penggalak ia meningkatkan imuniti.
"Jadi dengan ini (ambil dos penggalak), maka kuranglah jangkitan semula atau kesan teruk yang diterima.
"Saya percaya di negara kita ada sedikit kelekaan berlaku kerana (apabila) kita sudah mencapai hampir 80 peratus populasi yang dapat dos lengkap hingga menyebabkan mereka rasa Covid-19 sudah semakin berkurangan.

"Tapi kita kena faham dengan kewujudan varian baharu yang disebut Omicron ini telah dijumpai di Afrika Selatan dan terkini di Hong Kong, maka sudah dekat dengan kawasan kita," katanya.
Pada 26 November, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan pengembara warga Malaysia yang merancang lawatan ke tujuh negara iaitu Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe tidak akan dibenar meneruskan perjalanan mereka.
Beliau berkata, ia merupakan inisiatif kerajaan dalam mempertingkatkan langkah pencegahan dan kawalan sempadan termasuk bagi pengembara yang tiba di pintu masuk negara.

Katanya, tiga negara telah melaporkan kes membabitkan varian Omicron iaitu Afrika Selatan (77 kes), Botswana (empat) dan Hong Kong (dua).
Baca Artikel Penuh
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,188
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,188
Reaction score
17,813
Points
2,536
Awards
1

Omicron makin hampiri Malaysia​

NURUL HUDA HUSAIN | | 29 November 2021
Isnin | 29 November 2021
1326994.jpg

Varian baharu yang ditemui di Afrika itu Selatan telah memasuki Hong Kong. Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Rakyat diingatkan agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk disaran mengambil dos penggalak Covid-19susulan varian baharu Omicron semakin menghampiri negara ketika ini.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, ini kerana varian baharu yang ditemui di Afrika Selatan itu telah memasuki Hong Kong.
"Sebab itu kerajaan hari ini sangat prihatin dan telah memulakan langkah kawalan ketat dengan tidak membenarkan individu daripada kawasan tertentu yang ada jangkitan Omicron ini datang ke Malaysia.

"Mereka yang datang akan dibuat ujian calitan dan akan dikuarantin selama 14 hari.
Jadi saya hendak terangkan sekali lagi bahawa pentingnya kita mengambil dos penggalak demi keselamatan bersama," katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Ahmad Johnie Zawawi (GPS -Igan) yang mahu tahu apakah tindakan diambil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menyakinkan orang ramai untuk menerima dos penggalak Covid-19 bagi membendung jangkitan varian baharu Omicron.

Mengulas lanjut, Dr Noor Azmi berkata, dos penggalak sangat penting kerana ujian menunjukkan setelah enam bulan imuniti berkurangan dan kajian di luar negara turut menunjukkan dengan adanya dos penggalak ia meningkatkan imuniti.
"Jadi dengan ini (ambil dos penggalak), maka kuranglah jangkitan semula atau kesan teruk yang diterima.
"Saya percaya di negara kita ada sedikit kelekaan berlaku kerana (apabila) kita sudah mencapai hampir 80 peratus populasi yang dapat dos lengkap hingga menyebabkan mereka rasa Covid-19 sudah semakin berkurangan.

"Tapi kita kena faham dengan kewujudan varian baharu yang disebut Omicron ini telah dijumpai di Afrika Selatan dan terkini di Hong Kong, maka sudah dekat dengan kawasan kita," katanya.
Pada 26 November, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan pengembara warga Malaysia yang merancang lawatan ke tujuh negara iaitu Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe tidak akan dibenar meneruskan perjalanan mereka.
Beliau berkata, ia merupakan inisiatif kerajaan dalam mempertingkatkan langkah pencegahan dan kawalan sempadan termasuk bagi pengembara yang tiba di pintu masuk negara.

Katanya, tiga negara telah melaporkan kes membabitkan varian Omicron iaitu Afrika Selatan (77 kes), Botswana (empat) dan Hong Kong (dua).
Baca Artikel Penuh

Menda payah nak halang
Masuk jugak ni nanti sini
 

azham

Super Active Member
gem
Messages
7,644
Joined
Dec 20, 2012
Messages
7,644
Reaction score
2,219
Points
216
Awards
1
Menda payah nak halang
Masuk jugak ni nanti sini
Paling mudah ianya masuk melalui team hoki remaja Malaysia yang sekarang main WC kat India.
Malaysia satu group dengan South Africa.
Semoga semua selamat dan dijauhi dari penyakit ini.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,934
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,934
Reaction score
15,848
Points
2,066
Awards
1

Varian Omicron: Rakyat perlu lebih waspada

30 November 2021

1638234582532.png


Rakyat tidak boleh ambil mudah tentang varian Omicron walaupun dalam keadaan kita bebas bergerak ketika ini. - Foto Bernama


VARIAN baharu Covid-19, Omicron yang kini sudah mula menjangkiti penduduk Hong Kong pastinya membuatkan rakyat Malaysia juga perlu lebih berwaspada.

Ekoran keadaan itu, kerajaan juga telah mengingatkan rakyat agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak itu.

Bahkan, kerajaan turut menyarankan rakyat mengambil dos penggalak Covid-19 sebagai langkah melindungi diri.


Peringatan itu disuarakan Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali pada Isnin susulan varian baharu yang ditemui di Afrika Selatan itu telah memasuki Hong Kong dan semakin menghampiri negara ketika ini.

"Sebab itu kerajaan hari ini sangat prihatin dan telah memulakan langkah kawalan ketat dengan tidak membenarkan orang daripada kawasan tertentu yang ada jangkitan Omicron ini datang ke Malaysia.

"Mereka yang datang akan dibuat ujian calitan dan akan dikuarantin selama 14 hari. Jadi saya hendak terangkan sekali lagi bahawa pentingnya kita mengambil dos penggalak demi keselamatan bersama," katanya di Dewan Rakyat.

Malah, pelbagai langkah segera lain juga telah dilakukan kerajaan untuk mengelakkan varian yang cepat bermutasi dan dikatakan lebih berbahaya daripada varian Delta itu daripada memasuki negara ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) pada Isnin juga dilaporkan akan meningkatkan pengawasan genomik di pintu-pintu masuk antarabangsa untuk memastikan kewujudan varian baharu Omicron dapat dikesan dengan cepat.


Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, setakat ini kerajaan berjaya meningkatkan kapasiti analisis jujukan genom penuh kepada 1,500 sampel sebulan.

Tindakan pantas yang dilakukan KKM itu bagi memastikan gelombang baharu penularan Covid-19 yang berpunca daripada varian baharu berkenaan dapat dielakkan.

Negara sememangnya tidak mahu lebih ramai nyawa terkorban akibat penularan varian Omicron apatah lagi berdasarkan laporan media, jumlah mutasi luar biasa dikesan pada varian baharu B.1.1.529 terbabit.

Varian itu menimbulkan kebimbangan kepada penyelidik berikutan sistem imunisasi manusia berkemungkinan sukar untuk mengawal jangkitannya.

Pakar Mikrobiologi, Jabatan Mikrobiologi dan Imunologi, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Umi Kalsom Ali berkata, walaupun jumlah mutasi bukan penentu kepada tahap bahaya sesuatu varian, namun jumlah mutasi luar biasa mewujudkan kebimbangan.

Berikutan penularan varian baharu itu juga, banyak negara telah melakukan sekatan kemasukan dari Afrika Selatan dan negara sekitarnya kerana ia berpotensi memberi tamparan hebat kepada usaha dunia untuk menamatkan pandemik Covid-19.

Negara-negara yang melakukan sekatan itu termasuklah Amerika Syarikat, Brazil, Kanada dan Arab Saudi.

Oleh itu, rakyat tidak boleh ambil mudah tentang varian berkenaan walaupun dalam keadaan kita bebas bergerak ketika ini kerana jika alpa kemungkinan kebebasan itu hanya seketika.

Daftarlah nama dalam senarai menunggu pusat pemberian vaksin (PPV) fasiliti kesihatan swasta sebagai ikhtiar untuk terus meningkatkan sistem imuniti badan.

: https://www.sinarharian.com.my/arti...f_2OA3CgoddkP_ABJ1WNGkEQVFcuOd0VbRE57mj-h3yY0
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,188
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,188
Reaction score
17,813
Points
2,536
Awards
1
Paling mudah ianya masuk melalui team hoki remaja Malaysia yang sekarang main WC kat India.
Malaysia satu group dengan South Africa.
Semoga semua selamat dan dijauhi dari penyakit ini.

Tu la tuan
Menda tak nampak ni
Payah nak halang
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,934
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,934
Reaction score
15,848
Points
2,066
Awards
1
#london Berikut adalah senarai negara yang sudah melaporkan kes setakat ini. https://www.hmetro.com.my/.../senarai-negara-yang-sudah...

Senarai negara yang sudah melaporkan kes varian Omicron​


1638238013194.png



London: Kemunculan varian Omicron ternyata memberi kesan kepada banyak negara untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
CNN melaporkan, setiap hari negara-negara di seluruh dunia berlumba-lumba untuk mengenal pasti berapa jumlah kes kerana
kebimbangan terhadap varian baharu itu memaksa kerajaan menyemak semula langkah kawalan.

Varian baharu itu pertama kali ditemui di Afrika Selatan, dan sejak itu telah dikesan di beberapa negara.

Berikut ialah senarai negara yang sudah melaporkan kes setakat ini.
Afrika Selatan: 77 kes
Botswana: 19 kes
Belanda: 13 kes
Portugal: 13 kes
United Kingdom: 9 kes
Jerman: 3 kes
Kanada: 3 kes
Hong Kong: 3 kes
Denmark: 2 kes
Australia: 2 kes
Austria: 1 kes
Belgium: 1 kes
Republik Czech: 1 kes
Israel: 1 kes
Itali: 1 kes
Sepanyol: 1 kes

Disiarkan pada: November 30, 2021 @ 9:28am


 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,314
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,314
Reaction score
3,209
Points
261
Awards
1

Kes COVID-19 Afrika Selatan melonjak akibat varian Omicron​

SAFRICA-HEALTH-VIRUS-TRAVEL_1638193749.jpg
Kakitangan perubatan melakukan ujian reaksi rantaian polymerase (PCR) bagi COVID-19 terhadap pengembara di Lapangan Terbang Antarabangsa OR Tambo di Johannesburg, Afrika Selatan ketika beberapa negara melarang penerbangan dari negara itu akibat penemuan varian baru, Omicron. - Foto AFP
JOHANNESBURG: Varian COVID-19 Omicron yang baru ditemui mungkin mencetuskan lonjakan kes di Afrika Selatan, menyaksikan jangkitan harian meningkat tiga kali ganda minggu ini.

Amaran itu dikeluarkan pakar epidemiologi terkemuka, Dr Salim Abdool Karim, pada taklimat media dengan Kementerian Kesihatan secara dalam talian.

Pasukan Pemantau Kesihatan melaporkan lebih 2,800 jangkitan semalam, meningkat daripada purata harian 500 kes berbanding minggu lalu dan 275 kes pada minggu sebelumnya.

"Kami boleh menjangkakan kemungkinan penularan yang lebih tinggi dan kami akan mendapat lebih banyak kes dalam tempoh yang singkat.

"Saya menjangkakan kita mengatasi lebih 10,000 kes sehari menjelang akhir minggu dan tekanan ke atas hospital dalam tempoh dua, tiga minggu akan datang," katanya.

Khamis lalu, saintis Afrika Selatan mengumumkan penemuan varian baru yang sangat cepat bermutasi dan peningkatan kes mendadak disebabkan jangkitan di negara paling teruk terjejas di benua Afrika itu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan Omicron sebagai varian yang membimbangkan (VOC) dan masih menilai sejauh mana ia memudaratkan, walaupun pakar bersetuju ia berkemungkinan merebak dengan pantas.

Wujud juga kebimbangan varian itu mungkin lebih tahan terhadap antibodi tertentu, walaupun keupayaannya untuk bertindak balas terhadap vaksin masih dinilai.

Setakat ini, kesan teruk penyakit daripada varian ini masih belum dapat ditentukan, walaupun bukti awal menunjukkan simptom agak ringan.

"Walaupun Omicron tidak secara klinikal lebih teruk, dan pastinya ia tidak menimbulkan sebarang tanda merah lagi... kita akan melihat (peningkatan kes) dalam semua kemungkinan kerana kepantasan penularan," kata Karim.

Berpuluh negara kini melaksanakan larangan perjalanan ke atas Afrika Selatan dan negara jirannya dalam usaha untuk menghalang Omicron, walaupun varian itu kini dikesan di sekurang-kurangnya 11 negara lain. - AFP
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,934
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,934
Reaction score
15,848
Points
2,066
Awards
1
Ketahui kenapa WHO memilih untuk tidak menggunakannya abjad "Nu" dan "Xi", sebaliknya memilih huruf ke-15 "Omicron".
#AWANInews #AWANIpagi
https://www.astroawani.com/.../ini-sebab-mengapa-who...

Ini sebab mengapa WHO langkau dua huruf dalam abjad Yunani untuk namakan 'Omicron'​

Astro Awani
November 30, 2021 07:00 MYT
Ini sebab mengapa WHO langkau dua huruf dalam abjad Yunani untuk namakan 'Omicron'

Sejak Mei lalu WHO telah menggunakan huruf dalam abjad Yunani bagi menamakan varian baharu COVID-19. -Gambar hiasan

PENAMAAN varian baharu COVID-19 "Omicron" mencetuskan kekeliruan dalam kalangan penduduk dunia.
Sejak Mei lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menggunakan huruf dalam abjad Yunani bagi menamakan varian baharu COVID-19.

Paling dominan merupakan "Delta" diikuti lapan lagi iaitu "Epsilon", "Iota" dan "Lambda".


Selepas penemuan varian baharu dengan nama saintifik B.1.1.529 minggu lepas di Afrika Selatan, pemerhati kesihatan menjangkakan WHO menamakan varian tersebut huruf seterusnya dalam abjad Yunani iaitu "Nu".

Namun agensi kesihatan tidak menggunakannya juga abjad seterusnya iaitu "Xi" dan beralih kepada "Omicron", huruf ke-15.
Abjad Yunani mempunyai 24 huruf.

Abjad Yunani mempunyai 24 huruf.

Abjad Yunani mempunyai 24 huruf.

Dalam satu kenyataan bertulis kepada agensi berita CNN, WHO menjelaskan "Nu" sering digunakan untuk menyatakan sesuatu yang baharu atau "new".

"'Xi' mempunyai ejaan yang sama dengan kebanyakan nama keluarga penduduk dunia.

"Amalan terbaik WHO dalam menamakan penyakit baharu adalah untuk tidak menggunakan perkataan yang mungkin akan menyentuh perasaan mana-mana kumpulan dari segi kebudayaan, sosial, kebangsaan, rantau, profesional atau etnik," jelas kenyataan itu.

Walaupun sebutannya berbeza, huruf "Xi" dieja sama dengan nama keluarga pemimpin China, Xi Jinping.
"Nama saintifik sesuatu penyakit mungkin sukar untuk disebut dan diingati.

"Oleh itu ramai lebih suka memberi nama tempat sesuatu varian atau penyakit itu ditemui.
"Namun amalan ini boleh dilihat sebagai satu penghinaan kepada tempat tersebut," katanya.
Terdapat sembilan lagi huruf dalam abjad Yunani dan yang seterusnya adalah "Pi".

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,934
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,934
Reaction score
15,848
Points
2,066
Awards
1

#BHdunia
Babit seorang lelaki berusia 51 tahun itu yang baru tiba dari Afrika Selatan
https://bit.ly/3FYf8pZ

Sepanyol catat kes pertama Omicron

November 30, 2021 @ 9:31am

1638240167213.png


MADRID: Sepanyol mengesan kes pertama varian baharu COVID-19, Omicron di negara ini membabitkan seorang lelaki yang baru tiba dari Afrika Selatan.

Menurut kerajaan wilayah Madrid dalam satu kenyataan, semalam, lelaki berusia 51 tahun itu menjalani ujian saringan COVID-19 ketika tiba di lapangan terbang di Madrid melalui Amsterdam, kelmarin, sebelum disahkan positif.

"Pesakit berkenaan mengalami gejala ringan dan sedang menjalani kuarantin," katanya.

Terdahulu semalam, Hospital Gregorio Maranon di Madrid memaklumkan melalui Twitter, perkhidmatan mikrobiologi mereka berjaya mengesan kes pertama varian Omicron di Sepanyol, namun tidak memberikan butiran lanjut.



Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan Omicron sebagai varian membimbangkan (VOC), manakala negara di serata dunia kini menyekat perjalanan dari selatan Afrika dan melaksanakan pelbagai langkah baharu untuk mengekang penularan virus berkenaan.
Beberapa negara Eropah yang lain, termasuk Belgium, Britain dan Jerman juga telah melaporkan kes Omicron yang kali pertama dikesan di Afrika Selatan.
Setakat ini, Sepanyol merekodkan hampir 88,000 korban dan 5.1 juta jangkitan sejak dilanda pandemik COVID-19. - AFP


 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register