BTC USD 37,950.7 Gold USD 1,829.72
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 11 lagi jangkitan Omicron dikesan-KKM

Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,546
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,546
Reaction score
15,811
Points
2,066
Awards
1

#kualalumpur
Penyelidik mendapati imuniti dari vaksinasi Covid-19 mampu membantu mencegah jangkitan teruk termasuk daripada varian lain dan walaupun bukan 100 peratus.
https://www.hmetro.com.my/.../omicron-jangan-panik-terus...

Omicron: Jangan panik, terus ikut amalan norma baharu​

hmhiasomi-afp_1638587262.jpg

Kuala Lumpur: Kebanyakan kes yang membabitkan jangkitan Covid-19 varian Omicron dilaporkan di luar negara masih berada di peringkat ringan dan sederhana.

Pakar Perubatan Kesihatan Keluarga, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Rosnah Sutan berkata, Omicron juga dimaklumkan sangat mudah menjangkiti tetapi belum pasti tahap agresif atau keterukan jangkitan.

Beliau berkata, di Malaysia belum dipastikan lagi adakah varian yang dibimbangi (VOC) itu sudah berada dalam komuniti atau sebaliknya.

"Adakah ia sama seperti apa yang dilaporkan di luar luar negara? Itu belum dapat dipastikan.

"Apa pun, sedia maklum bahawa populasi kita ramai mempunyai risiko yang tinggi seperti penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang kurang berfungsi, penyakit hati, anemia dan risiko gaya hidup tidak sihat seperti kurang aktif, kegemukan, merokok selain risiko kesihatan mental yang tinggi di atas keruntuhan ekonomi keluarga yang memberi tekanan hidup.

"Kesemua risiko dan penyakit ini mengundang stress (tekanan) kepada daya tahan imuniti badan dan menyebabkan kita mudah terkena penyakit serta kurang kuat untuk melawan semula jika kita tiada vaksin lengkap," katanya.

Beliau mengulas mengenai varian virus B1.1529 atau Omicron sudah dikesan masuk Malaysia.

Dr Rosnah berkata, walaupun vaksin yang sudah diterima merujuk kepada jangkitan varian terdahulu, namun, penyelidik mendapati imuniti dari vaksinasi Covid-19 mampu membantu mencegah jangkitan teruk termasuk daripada varian lain dan walaupun bukan 100 peratus.

"Oleh itu sebagai individu teruslah amalkan dengan baik norma baharu dalam kehidupan seperti pemakaian pelitup muka, menjauhi diri untuk keluar jika tiada keperluan, mengamalkan penjarakan di luar rumah, sentiasa memastikan kebersihan diri, amalkan membasuh tangan dengan betul dan kerap atau menggunakan sanitasi yang sesuai.

"Kita tidak perlu panik jika kita mengamalkan norma baharu sebaik mungkin dan hakikatnya negara perlu terus menggiatkan sektor ekonomi tetapi dengan memastikan setiap aktiviti kerja mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sebaik mungkin," katanya.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam sidang media semalam memberitahu kes pertama positif varian yang dibimbangi (VOC) Omicron dikesan di Malaysia membabitkan pengembara bukan warganegara berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November lalu.

Khairy dilaporkan berkata, penuntut di sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak itu menjalani ujian RT-PCR Covid-19 setibanya di pintu masuk antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mengesahkan sampel ujian saringan berkenaan positif Covid-19 dengan CT Value 26.68 pada 20 November lalu," kata Khairy dalam sidang media semalam.

Omicron dikenalpasti oleh penyelidik di Afrika Selatan, beberapa negara lain dan dilaporkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada pertengahan November 2021.
Setakat ini, Omicron sudah merebak di 26 negara termasuk Singapura.

Disiarkan pada: Disember 4, 2021 @ 11:07am

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,353
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,353
Reaction score
17,676
Points
2,536
Awards
1
#kualalumpur Penyelidik mendapati imuniti dari vaksinasi Covid-19 mampu membantu mencegah jangkitan teruk termasuk daripada varian lain dan walaupun bukan 100 peratus.

9157898.jpg

Tenang aje​
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,546
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,546
Reaction score
15,811
Points
2,066
Awards
1
Risau² sangat tak guna jugak sampai terganggu kerja harian
aah ye, lagipun klu dah full dose, insya Allah tak perlu bimbang

dikatakan bhw omicron ni senang merebak tapi takde kronik sangat

malah ada dikatakan bhw omicron ni menunjukkan covid diambang fasa terakhir nya
 
TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,353
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,353
Reaction score
17,676
Points
2,536
Awards
1

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,353
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,353
Reaction score
17,676
Points
2,536
Awards
1
VARIAN OMICRON | Tiada Kontak Rapat Baharu Dikesan

Pengesanan terhadap kes pertama Omicron di negara ini mendapati, tiada kontak rapat baharu dikesan menerusi pesawat sama dinaiki pelajar berusia 19 tahun yang mempunyai rekod perjalanan dari Afrika Selatan.

#vivoY76 #vivoY76MobileLegends #IncredibleGamingExperience

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,546
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,546
Reaction score
15,811
Points
2,066
Awards
1
#BHnasional Merangkumi pelbagai aspek penting termasuk kadar jangkitan, virulens dan imuniti
https://bit.ly/3xPFp7a

Maklumat, data jelas Omicron diperoleh 1-2 minggu lagi​

Disember 4, 2021 @ 4:01pm

BN120359232_1638608091.jpg

(Gambar fail) Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. - FOT BERNAMA

SUBANG: Maklumat dan data yang lebih jelas mengenai varian baharu COVID-19, Omicron, dijangka diperoleh dalam tempoh satu hingga dua minggu lagi.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata ia merangkumi pelbagai aspek penting termasuk kadar jangkitan, virulens atau kemampuan mengundang penyakit teruk, dan sama ada varian membimbangkan (VOC) itu 'kalis' kesan vaksin.

Beliau menjelaskan sementara menunggu data dan maklumat berkaitan daripada negara lain, kerajaan akan meneruskan pelaksanaan langkah pencegahan melalui pendekatan kawalan kesihatan awam yang hingga kini disifatkan sebagai 'senjata' ampuh dalam mengekang penularan COVID-19.

"Kita perlu memantau serta memahami dengan lebih terperinci mengenai aspek jangkitan, imuniti dan virulens varian Omicron.

"Diharapkan data serta maklumat lebih jelas daripada negara yang mempunyai prevalen lebih besar (jangkitan Omicron) akan kita peroleh dalam tempoh seminggu dua ini.

"Sementara itu, kita akan meneruskan pelaksanaan langkah yang diumumkan sebelum ini, iaitu kesihatan awam, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan vaksinasi, terutama pemberian dos penggalak kepada kumpulan berisiko tinggi," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Luka Global Asia Ketiga 2021, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Hospital Kuala Lumpur, Dr Rohana Johan, dan Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Medical Centre Velocity Kuala Lumpur, Derrick Chan.

Dalam pada itu, Khairy memaklumkan, perancangan asal untuk negara beralih ke fasa endemik ialah menunggu hingga semua negeri berada dalam fasa empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Apabila matlamat itu dicapai, beliau berkata, kerajaan melalui jawatankuasa kuartet bersedia mengumumkan beberapa langkah praendemik.

"Namun disebabkan penularan varian Omicron, kita akan melakukan penelitian semula dalam tempoh seminggu dua ini dan membuat penilaian mengenai peralihan ke fasa endemik," katanya.

Mengenai usaha vaksinasi pula, Khairy berkata, pengumuman berhubung keputusan mengisytiharkan pengambilan dos penggalak sebagai status pelalian lengkap, akan dibuat pada minggu depan.

Selain itu, beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan pemberian dos penggalak kepada 75 peratus populasi di Malaysia, mampu diselesaikan menjelang Mac tahun depan.

"Usaha ini akan mengambil masa sedikit, melainkan kita memendekkan sela masa untuk pemberian suntikan dos penggalak," katanya.

Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register