BTC USD 35,887.7 Gold USD 1,816.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 11 lagi jangkitan Omicron dikesan-KKM

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,923
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,923
Reaction score
15,846
Points
2,066
Awards
1

Penemuan varian B.1.1.529, warga Malaysia dilarang mengembara ke negara Afrika​


26 November 2021

MGF26112021__PC-YB-KJ6.jpg


Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bercakap pada sidang media mengenai mengenai Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2020 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 26 NOVEMBER 2021.


PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia mempertingkatkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan sempadan susulan kemunculan varian baharu Covid-19 iaitu B.1.1.529 dengan tidak membenarkan warganegara ini melawat ke beberapa negara Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe.
Keputusan ini berkuatkuasa esok.


Selain itu, sekatan sementara kepada semua warganegara asing yang mempunyai sejarah perjalanan dalam tempoh 14 hari ke Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Afrika Selatan dan Zimbabwe.

Warganegara Malaysia dan pemegang pas penduduk tetap yang pulang ke Malaysia dari negara-negara tersebut dibenarkan memasuki negara namun dikehendaki menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di stesen kuarantin tanpa mengira status vaksinasi serta tidak dibenarkan menjalani kuarantin di rumah.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, selain itu sampel akan diambil dari individu yang tiba dari negaranegara tersebut untuk survelan genomik.



”KKM mengambil maklum berkaitan laporan berita mengenai varian baharu Covid-19 iaitu B.1.1.529. Setakat ini tiga buah negara telah melaporkan kes berkaitan varian baharu ini iaitu Afrika Selatan (77 kes), Botswana (4 kes) dan Hong Kong (2 kes).

”Kes pertama dilaporkan di negara Botswana pada 11 November 2021, manakala negara Afrika Selatan pada 14 November 2021 dan Hong Kong pada 25 November 2021. Kes yang dilaporkan di Hong Kong mempunyai sejarah melawat Afrika Selatan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut laporan, varian baharu ini mempunyai 32 mutasi spike protein iaitu dua kali ganda lebih banyak daripada varian delta.


Sehingga kini belum ada maklumat lanjut bagi tempoh inkubasi, gejala dan kebolehjangkitan bagi varian B.1.1.529 ini.

”Untuk makluman buat masa ini, WHO masih lagi membuat pemantauan yang rapi mengenai perkembangan yang berkaitan pelaporan varian baharu
B.1.1.529 yang dikategorikan oleh varian di bawah pemantauan (VOM).

Khairy berkata, KKM memandang serius dengan kewujudan varian baharu ini dan akan mempertingkatkan survelan genomik termasuk ke atas individu yang tiba
dari negara yang melaporkan varian baharu ini.

Pemantauan berterusan bagi survelan genomik dijalankan oleh konsortium yang terdiri daripada Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Institut Penyelidikan Perubatan
(IMR), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Berdasarkan survelan genomik yang dijalankan sehingga 26 November 2021, tiada virus Covid-19 varian baharu B.1.1.529 yang dilaporkan di Malaysia. – MalaysiaGazette


 

BERNAMA

· 1m ·

1f4cc.png
Omicron : KKM ramal kes melonjak sehingga 15,000 jika tiada tindakan seperti sekatan sementara mengerjakan Umrah - Khairy
1f4cc.png
4 PPV integrasi akan beroperasi di Lembah Klang mulai 15 Jan, tingkat pemberian dos penggalak - Khairy

1641458428126.png

BERNAMA

· 20m ·

1f4cc.png
Omicron: 245 kes dikesan dengan 233 kes import dan 12 penularan tempatan - Khairy
1f4cc.png
Varian Omicron : 157 kes daripada keseluruhan 245 kes atau 64 peratus dikesan daripada jemaah umrah pulang dari Arab Saudi - Khairy
1f4cc.png
Penangguhan sementara kebenaran mengerjakan umrah diteruskan untuk tempoh sebulan bagi penilaian risiko - Khairy
----------------------------------------------------------
1f4cc.png
Omicron: 245 cases detected comprising 233 imported cases,12 from local transmission - Khairy
1f4cc.png
Omicron: 157 out of 245 cases detected involve returning umrah pilgrims - Khairy
1f4cc.png
Suspension of umrah travel to continue for a month for risk assessment purposes - Khairy

1641458306436.png

4 kes Omicron dikesan di Kelantan​

Januari 5, 2022 @ 9:51am

1641440920805.png


KOTA BHARU: Empat kes COVID-19 varian Omicron dikesan di Kelantan, kata Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin.

Dr Zaini berkata, empat kes itu adalah mereka yang pulang dari Arab Saudi iaitu tiga daripadanya yang tiba pada 22 Disember dan seorang lagi pada 19 Disember lalu.

"Tiga individu dijangkiti COVID-19 varian Omicron kategori satu dan mempunyai gejala, manakala seorang lagi kategori satu tidak mempunyai gejala.

"Semua mereka menjalani kuarantin seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) yang dipantau oleh Pejabat Kesihatan Daerah," katanya ketika dihubungi hari ini.





Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan daripada KKM yang dipaparkan di Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang mengesahkan empat kes varian Omicron membabitkan penduduk dari Kelantan.

Dr Zaini berkata, individu yang baru pulang dari luar negara disarankan supaya terus menjalani kuarantin wajib dan mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan.

"Langkah itu bagi mengelakkan penularan COVID-19, terutama varian Omicron kepada individu lain dan pada masa sama dapat mencegah penularan dalam komuniti," katanya.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/01/907882/4-kes-omicron-dikesan-di-kelantan

#KotaKinabalu Pesakit adalah seorang lelaki warganegara Malaysia yang menunaikan umrah di Arab Saudi bersama isteri, antara 9 Disember hingga 18 Disember lepas.
https://www.hmetro.com.my/.../kes-pertama-omicron-di-sabah

Kes pertama Omicron di Sabah​


1641440536839.png


Kota Kinabalu: Sabah semalam mengesahkan satu kes import COVID-19 varian Omicron pertama yang dikenal pasti di daerah Tawau.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, pesakit adalah seorang lelaki warganegara Malaysia yang menunaikan umrah di Arab Saudi bersama isteri, antara 9 Disember hingga 18 Disember lepas.

"Mereka kembali ke Malaysia pada 19 Disember melalui Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur. Pesakit bersama isteri tiba di Tawau pada 20 Disember lepas.

"Setibanya di Tawau, pesakit dan isteri diarahkan menjalani kuarantin di rumah mereka. Keputusan ujian penjujukan genome pada 4 Januari lepas menunjukkan lelaki itu positif varian Omicron.

"Isteri pesakit yang juga sedang menjalani kuarantin pada masa yang sama dengan suami dikesan positif Covid-19 melalui ujian PCR pada 24 Disember lepas.

"Keputusan penjujukan genome untuk isterinya masih belum didapati," katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Mengulas lanjut, Masidi berkata kedua-dua pesakit sudah menerima vaksin lengkap seawal bulan Jun tahun lepas.

"Keadaan kedua-dua pesakit pada masa ini adalah sihat. Semasa disahkan positif Covid-19, pesakit adalah pesakit kategori dua manakala isterinya adalah pesakit kategori satu

"Mereka berdua selesai menjalani kuarantin pada 1 Januari dan sudah pulih daripada jangkitan virus Covid-19," katanya.

Disiarkan pada: Januari 6, 2022 @ 8:09am


Noor Hisham Abdullah

7m ·

Sehingga 30 Dis 2021, 9 kluster berlaku melibatkan jemaah umrah:
•5 kluster melibatkan kes2 indeks yg disahkan varian Omicron;
•1 kluster melibatkan kes indeks Presumptive Omicron–menunggu keputusan Whole Genomic Sequencing
•3 kluster melibatkan kes2 indeks bukan Omicron

1641008769960.png

Kes berkenaan dikesan semalam selepas jemaah umrah itu melalui KLIA dan kini mereka sedang dipantau dalam kuarantin.
#AWANInews #AWANI745

Dua kes Omicron mula direkod di Pulau Pinang​

Astro Awani
Disember 27, 2021 14:46 MYT
Dua kes Omicron mula direkod di Pulau Pinang

Kon Yeow turut mengingatkan rakyat Pulau Pinang agar segera mengambil suntikan dos penggalak dan mengamalkan pematuhan SOP sepanjang masa bagi mengelak dijangkiti COVID-19. - Foto: Buletin Mutiara

GEORGE TOWN: Pulau Pinang merekodkan dua kes Omicron terawal dari jemaah umrah yang pulang dari Arab Saudi.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang memaklumkan, kes berkenaan dikesan semalam selepas jemaah umrah itu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.


“Pesakit dijangkiti varian itu selepas kembali dari menunaikan umrah dan kedua-dua mereka sedang dikuarantin di hospital bagi pemantauan rapi.

“Setakat ini baru dua kes varian Omicron direkodkan di negeri ini dan kerajaan negeri mengambil serius perkara ini serta akan memastikan ia tidak merebak ke dalam masyarakat,” katanya hari ini.
Sementara itu, Kon Yeow turut mengingatkan rakyat Pulau Pinang agar segera mengambil suntikan dos penggalak dan mengamalkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang masa bagi mengelak dijangkiti COVID-19.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum ini memaklumkan, sebanyak 49 kes baharu varian Omicron dikesan di negara ini sehingga Jumaat lepas.
Beliau dilaporkan berkata, 30 kes varian Omicron adalah melibatkan warganegara Malaysia yang tiba dari Arab Saudi bermula 13 hingga 17 Dis lalu, manakala kes selebihnya adalah ketibaan dari luar negara membabitkan United Kingdom, Qatar, Amerika Syarikat, Nigeria, Turki, Itali, Ghana dan Emiriah Arab Bersatu.


Kenyataan Akhbar KPK 18 Disember 2021 – Perkembangan Semasa Varian Baharu Omicron (B.1.1.529) dan Langkah-Langkah Kawalan Serta Pencegahan di Malaysia​

BY DG OF HEALTH ON DECEMBER 18, 2021


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa daripada 18 kes yang disyaki berkemungkinan varian Omicron seperti yang diumumkan oleh YB Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada 16 Disember 2021, 11 kes telah disahkan varian Omicron. Kesemua 11 kes varian Omicron yang dilaporkan ini adalah kes import, di mana:

  • Tiga (3) kes dari United Kingdom, tiga (3) kes dari Amerika, dua (2) kes dari Nigeria, dua (2) kes dari Arab Saudi dan satu (1) kes dari Australia;
  • Sembilan (9) kes adalah warganegara Malaysia manakala dua (2) kes adalah warganegara Nigeria;
  • Lapan (8) kes mempunyai gejala namun hanya pada tahap kategori 2, dan tiga (3) lagi kes tidak bergejala;
  • Lima (5) kes telah menjalani kuarantin di rumah manakala enam (6) kes menjalani kuarantin di stesen kuarantin.
  • Kesemua kes ini sedang dalam siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca jangkitan dan kontak rapat.
Tujuh (7) lagi sampel bagaimanapun tidak dapat disahkan varian Omicron memandang ujian jujukan genom penuh tidak berjaya dijalankan. Ini disebabkan tahap viral load yang rendah dalam sampel-sampel yang diterima. Ketujuh-tujuh sampel didapati mempunyai nilai kitaran ambang (CT value) yang tinggi iaitu enam (6) sampel dengan CT value melebihi 30 dan satu (1) sampel mempunyai CT value 28.47.

Ini sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes import yang disahkan varian Omicron adalah 13 kes. Dalam pada itu, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) juga telah mengesan 13 lagi kes import yang menunjukkan kemungkinan varian Omicron pada 17 Disember 2021 dan kini sedang menunggu keputusan pengesahan daripada jujukan genom penuh (WGS). Maklumat lanjut mengenai perkara-perkara di atas akan dimaklumkan kepada umum dari semasa ke semasa.

KKM juga ingin memaklumkan bahawa sebanyak 222 kes baharu varian dilaporkan daripada 11 Disember 2021 sehingga 17 Disember 2021. IMR telah mengenal pasti sebanyak 128 kes baharu yang kesemuanya adalah Variant of Concern (VOC) iaitu 117 varian Delta (B.1.617.2) dan 11 varian Omicron (B.1.1.529) (seperti dilaporkan di atas), manakala Malaysian Genome & Vaccine Institute (MGI) telah mengenalpasti sebanyak 48 kes baharu yang kesemuanya adalah varian Delta (B.1.617.2). Di samping itu, UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI) juga telah mengenalpasti 46 kes baharu yang kesemuanya adalah VOC iaitu varian Delta (B.1.617.2).

Sehingga kini, jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 5,213 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 5,193 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, bagi VOC terdapat sebanyak 4,933 kes varian Delta, 233 kes varian Beta, 14 kes varian Alpha dan 13 kes varian Omicron. Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak 13 kes varian Theta, empat (4) kes varian Kappa dan tiga (3) kes varian Eta.

Dengan peningkatan kes import varian Omicron di Malaysia ini, KKM mempertingkatkan lagi aktiviti kawalan dan pencegahan COVID-19 termasuk varian Omicron di semua Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) dan di dalam komuniti. Justeru, KKM menggalakkan supaya setiap individu mengambil dos penggalak vaksin COVID-19 agar tahap perlindungan yang optimum dapat dicapai bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di Malaysia. Terus amalkan norma baharu dan pematuhan kepada SOP sedia ada.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA


18 Disember 2021 @ 1:00 petang

Jadual 1: Maklumat Kes-Kes Omicron Yang dilaporkan pada 17 Disember 2021


KesBertolak Dari NegaraNegara TransitNegeri Daftar KesWarganegaraTarikh KetibaanCT ValueGejalaKategori
1United KingdomSingapuraSarawakMalaysia12 Disember 202116Ada2
2United KingdomSingapuraWP Kuala LumpurMalaysia12 Disember 202126.1Ada2
3United KingdomSingapuraWP Kuala LumpurMalaysia12 Disember 202126.41Ada2
4Amerika (USA)Doha, QatarSarawakMalaysia12 Disember 202128Tiada1
5Amerika (USA)Doha, QatarWP Kuala LumpurMalaysia11 Disember 202115.38Ada2
6Amerika (USA)Doha, QatarWP Kuala LumpurMalaysia11 Disember 201217.21Ada2
7NigeriaDoha, QatarWP Kuala LumpurNigeria11 Disember 202129.89Ada2
8NigeriaDoha, QatarWP Kuala LumpurNigeria10 Disember 202123.38Ada2
9Arab SaudiMale, MaldivesPerlisMalaysia10 Disember 202123.03Tiada1
10Arab SaudiTiada transitSelangorMalaysia12 Disember 202123.1Tiada1
11AustraliaSingapuraSelangorMalaysia11 Disember 202123Ada2

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
PERKEMBANGAN SEMASA VARIAN BAHARU OMICRON (B.1.1.529) DAN LANGKAH-LANGKAH KAWALAN SERTA PENCEGAHAN DI MALAYSIA

1639627081473.png

1639627089007.png

1639627096813.png

1f534.png
KKM kesan kes kedua #Omicron libatkan kanak-kanak perempuan warganegara berusia 8 tahun
1f534.png
Nigeria dimasukkan dalam senarai negara berisiko tinggi pembawa varian Omicron
Sumber: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin

1639626380690.png

Pelajar perempuan Afrika Selatan kes pertama varian Omicron di Malaysia​


MGF27092020_KLIA-SWAB-TEST-2-1.jpg


Kesemua lapan kontak rapat kes pertama varian Omicron telah dipanggil untuk menjalani saringan.


PUTRAJAYA – Seorang pelajar perempuan dari Afrika Selatan disahkan kes pertama positif Covid-19 varian Omicron di negara ini.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kes merupakan seorang pelajar berusia 19 tahun yang menuntut di sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak.

Katanya, dia tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November lalu dan telah menjalani ujian RT PCR Covid-19 sejurus tiba di Pintu Masuk Antarabangsa Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Beliau, Sejak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan varian yang dibimbangi (variant of concern – VOC) Omicron pada 24 November 2021, IMR mula menjalankan ujian PCR Genotyping Assay ke atas semua sampel positif yang disaring di pintu masuk antarabangsa (PMA) KLIA sebagai inisiatif tambahan kepada kajian berterusan jujukan genom penuh (whole genome sequencing – WGS).

“Sehubungan itu, IMR telah menjalankan ujian PCR Genotyping Assay ke atas 74 sampel positif COVID-19 yang dikesan di KLIA dari tempoh 11 November 2021 hingga 28 November 2021. Ujian PCR Genotyping Assay dijalankan bagi mendapatkan keputusan awal jenis varian.
“Hasil daripada ujian PCR Genotyping Assay, satu daripada sampel (pelajar Afrika Selatan) telah dikesan berkemungkinan besar adalah VOC Omicron. Jujukan genom seterusnya dilaksanakan mendapati keputusan positif bagi varian Omicron pada 2 Disember 2021,” katanya dalam sidang media khas perkembangan Omicron di kementerian hari ini.

Menurut Khairy, kes tersebut telah diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di bawah Seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) dan menjalani kuarantin wajib di penginapan sebuah apartmen yang disediakan oleh pihak universiti di Ipoh.
Tambah beliau, perjalanan kes dari KLIA ke Ipoh adalah menggunakan bas yang disediakan khas oleh pihak universiti.
“Kes menjalani kuarantin wajib seorang diri selama 10 hari di penginapan tersebut dan berdasarkan siasatan yang dijalankan, beliau patuh kepada perintah yang dikeluarkan kes juga telah menerima vaksinasi lengkap dan tidak bergejala sepanjang tempoh kuarantin itu dan tidak keluar mana-mana.

“Institut Penyelidikan Perubatan (Institute for Medical Research – IMR) telah mengesahkan sampel ujian saringan tersebut positif Covid-19 dengan CT Value 26.68 pada 20 November 2021.” katanya lagi.Tambah beliau, pelajar itu meneruskan pengasingan di rumah yang sama selama 10 hari dan diberi pelepasan pada 29 November 2021 yang mana telah dipotong gelang di Pejabat Kesihatan Darah Kinta, Ipoh.
Ujar Khairy, pengesanan kontak rapat telah dijalankan ke atas semua penumpang bas dan pemandu iaitu seramai lima orang.

Menurut beliau, mereka telah menjalani saringan ujian Covid-19 dan kuarantin wajib dan ujian sampel pertama dan kedua ke atas semua kontak rapat disahkan negatif.Jelasnya, dua pelajar yang merupakan rakan serumah (pelajar) kes berkenaan juga telah diarahkan untuk tinggal rumah lain elak bercampur dengan kes supaya tidak berjangkit.

“Kes juga lengkap dua dos vaksin Pfizer di Malaysia pada 23 September lalu sewaktu beliau belajar di sini sebelum balik ke Afrika Selatan untuk melawat keluarganya.“Malah sepanjang tempoh kuarantin kendiri di apartmen penginapan itu, tidak ada apa apa simptom atau gejala yang dikesan pada pelajar tersebut.

“Hari ini kita telah memanggil semula kesemua lapan orang yang dikenalpasti sebagai kontak rapat kes berkenaan iaitu pelajar Afrika Selatan itu, pemandu bas, kakitangan pengurusan univerisiti pelajar serta kedua-dua rakan serumah untuk menjalani saringan RT-PCR dan kesemua mereka masih tidak bergejala,” ujarnya.

Ahli Parlimen Rembau itu juga menegaskan bahawa pihaknya juga telah mengesan kontak rapat penumpang yang ada bersama kes dalam pesawat semasa tiba di KLIA untuk tindakan lanjut.-MalaysiaGazette



KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

1j ·

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
PERKEMBANGAN SEMASA VARIAN BAHARU OMICRON (B.1.1.529) DAN LANGKAH-LANGKAH KAWALAN SERTA PENCEGAHAN DI MALAYSIA

1638508365847.png

1638508375141.png

1638508383449.png



SIDANG MEDIA MENTERI KESIHATAN

Kes pertama Omicron dikesan di Malaysia​


COVID-19_logo_1638504120.jpg


KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan kes pertama varian dibimbangi, Omicron, membabitkan seorang pelajar yang mempunyai rekod perjalanan dari Afrika Selatan.

Perkara itu disahkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata pada sidang media hari, sambil memaklumkan individu itu sudah diarah menjalani kuarantin diri.

Katanya, semua saringan kepada kontak rapat individu berkenaan juga sudah dijalankan dan keputusannya adalah negatif.


Kementerian Kesihatan (KKM) menyenaraikan 13 lagi negara yang dikenakan sekatan perjalanan sementara berikutan berisiko tinggi berlaku penularan varian Omicron

Varian Omicron: 13 Lagi Negara Dikenakan Sekatan Perjalanan – KP Kesihatan​



02/12/2021


61623109968_DrNoorHisham.jpg

-

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) menyenaraikan 13 lagi negara yang dikenakan sekatan perjalanan sementara berikutan berisiko tinggi berlaku penularan varian Omicron.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, negara berkenaan adalah United Kingdom, Portugal, Belanda, Australia, Kanada, Korea Selatan, Hong Kong SAR China, Israel, Itali, Jerman, Denmark, Sweeden dan Nigeria.

“Pengembara dari negara yang disenaraikan itu atau mempunyai sejarah perjalanan ke negara berkenaan dalam tempoh 14 hari tidak dibenarkan untuk menyertai Gelembung Pelancongan Langkawi (GPL).

“Bagi penduduk Langkawi (warganegara dan pemegang pas lawatan panjang) dari negara yang disenaraikan atau mempunyai sejarah perjalanan ke negara itu dalam tempoh 14 hari, mereka perlu melalui pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Mereka wajib menjalani kuarantin 14 hari di stesen kuarantin ditetapkan sebelum dibenar meneruskan perjalanan ke Langkawi.

Penerbangan terus ke Langkawi tidak dibenarkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, pengembara dari negara yang berisiko tinggi tetapi tidak melaporkan kes Omicron turut tidak dibenarkan menyertai GPL.

Beliau berkata, negara terbabit dari Benua Eropah (Rusia, Georgia, Poland, Ukraine, Romania, Slovakia, North Macedonia, Guernsey, Croatia), Amerika Syarikat (French Guiana), Pasifik Barat (Filipina), Mediterranean Timur (Libya, Jordan), Asia Tenggara (Bangladesh), Afrika (Angola, Botswana, Eswatini).

Katanya, KKM sentiasa menjalankan penilaian risiko berdasarkan beberapa kriteria yang ditetapkan bagi menentukan tahap risiko sesebuah negara itu sebelum dibenarkan menyertai GPL antaranya insiden Covid-19 dan liputan imunisasi negara berkenaan. – Hmetro



Berikutan penularan varian baharu Omicron (B.1.1.259) beberapa langkah kawalan dan pencegahan telah diambil termasuk sekatan perjalanan kepada beberapa negara berisiko tinggi.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memantau perkembangan varian baharu ini dan membuat kemaskini dari semasa ke semasa.

Penilaian risiko terhadap negara-negara mengambil kira tiga perkara;
1. Jangkitan tempatan
2. Bilangan kes
3. Liputan vaksinasi
————————————————————————————
In light of the new Omicron (B.1.1.259) variant, some prevention and control measures were taken including travel restrictions for some high risk countries.

The Ministry of Health (MOH) will continue to monitor the development of the new variant and amend any measures from time to time.
The risk assessment on countries take three things into account;
1. Local transmission
2. Number of cases
3. Vaccination coverage



1638412847273.png
1638412860828.png

1638412873515.png
1638412882025.png









https://www.facebook.com/stories/11...ujhrixm6L-woYheCcDed6qzB632uxY0&__tn__=<<,P-R

Hasil itu diperoleh berikutan aktiviti kajian penjujukan genom yang dilakukan oleh tujuh makmal termasuk Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI). -BeritaMkini

1638373789133.png


Tiada varian Omicron dikesan melalui kajian setakat ini - Dr Adham
bernama.png

Bernama
Diterbitkan: Dec 1, 2021 11:39 PM

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengesahkan tiada varian Omicron COVID-19 dikesan di Malaysia sehingga kini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba berkata hasil itu diperoleh berikutan aktiviti kajian penjujukan genom yang dilakukan oleh tujuh makmal termasuk Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI).

“Sehingga semalam, sebanyak 5,651 sampel telah dianalisis dan 3,885 sampel dikenal pasti sebagai varian jenis Delta manakala dua sebagai subvarian AY4.2 yang dikesan bulan lepas.


Sehingga kini, tiada varian Omicron COVID-19 dikesan di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas hadir Hari Graduasi MYHackathon 2020 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata MOSTI akan meneruskan kajian penjujukan genom untuk pemantauan agar tiada kemasukan varian baharu ke dalam negara.

Dr Adham turut berkata MGVI akan melaksanakan kajian penjujukan genom terhadap individu yang didapati positif COVID-19 di pintu sempadan negara.

Sementara itu, beliau berkata MOSTI melalui agensinya Cradle Fund Sdn Bhd memberikan geran bersyarat berjumlah RM4.5 juta kepada 18 pemenang MYHackathon 2021 yang mengemukakan solusi dalam penambahbaikan sistem penyampaian kerajaan secara digital.

Beliau berkata setiap pemenang akan menerima geran sehingga RM250,000 secara berperingkat bagi membangunkan idea penyelesaian digital mereka ke peringkat projek rintis.

Katanya, MOSTI dan Cradle Fund memastikan penerima geran dipilih secara telus berdasarkan merit masing-masing.

Mengulas lanjut, beliau berkata Cradle Fund memainkan peranan untuk memantau serta memastikan projek rintis yang dibangunkan itu dilaksanakan dalam tempoh setahun oleh semua penerima geran.

Pertandingan MyHackathon yang dianjurkan sejak Oktober 2020 itu telah menerima sebanyak 1,853 penyertaan daripada seluruh negara sementara hanya 435 kumpulan telah disenarai pendek untuk diberi peluang membentangkan idea di peringkat separuh akhir sebelum 123 kumpulan dipilih ke peringkat akhir.

MYHackathon direka agar semua pihak dapat mengembleng usaha dalam mencari penyelesaian digital bagi permasalahan yang diketengahkan golongan sasar dan sebanyak 18 penyelesaian berjaya dibangunkan yang berpaksikan rakyat daripada pernyataan masalah yang dikenal pasti di semua peringkat kerajaan.

Dr Adham turut menyampaikan Anugerah Impak Sosial Terbaik kepada Ruzaimi Mohamed daripada Ozel Sdn Bhd dan Anugerah Projek Pengkomersialan Terbaik kepada Chai Kok Chin daripada NEUON AI dan mereka antara 18 pemenang pertandingan itu.
- Bernama


1f538.png
VOC Omicron disyaki berkembang semasa jangkitan kronik dalam individu mempunyai sistem imun rendah - Khairy
1f538.png
KKM akan sediakan senarai negara diiktiraf berisiko tinggi jangkitan varian Omicron secara harian untuk edaran agensi berkaitan - Khairy
1f538.png
Omicron: Warga emas, individu yang mempunyai komorbiditi disaran tidak ke luar negara, elak kawasan sesak buat masa ini - Khairy
1f538.png
Sekatan perjalanan untuk pengembara bukan warga Malaysia dari negara melaporkan varian Omicron bersifat sementara sehingga maklumat lanjut varian itu diperoleh - Khairy
-----------
1f538.png
Govt to postpone entry of international students, foreign workers from countries listed as at risk of Omicron variant infections - Khairy
1f538.png
MOH will prepare list of countries recognised as high risk of Omicron variant infection on a daily basis for distribution to relevant agencies - Khairy
1f538.png
Omicron: Senior citizens, individuals with comorbidities advised to avoid crowded places, not to travel overseas for now - Khairy
1f538.png
Interval for booster dose remain for six months as for now - Khairy
1f538.png
Temporary travel restriction against foreign travellers from countries that report Omicron until further information on the variant is obtained - Khairy
Khairy Jamaluddin Noor Hisham Abdullah KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

1638347876485.png

Istana Negara

37m ·

1 DISEMBER 2021 - KENYATAAN MEDIA ISTANA NEGARA.
#royal #malaysia #istananegara

1638340805876.png

1638340820138.png

-sambungan diatas

1638339221538.png

1638339232952.png

1638339243625.png

Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia
Perkembangan Semasa Varian Baharu Omicron (B.1.1.529) dan Langkah-Langkah Kawalan Serta Pencegahan di Malaysia


1638338213450.png

1638338220467.png

1638338227554.png

1638338232592.png

Peralihan fasa ke endemik ditangguhkan kerana Omicron​

PETALING JAYA: Fasa peralihan daripada pandemik ke endemik ditangguhkan ekoran penularan varian Omicron.

Pengerusi Mesyuarat Menteri Kuartet Covid-19, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, keputusan itu dibuat kerana Omicron sedang menular di seluruh dunia dan varian tersebut lebih berisiko kerana ia boleh merebak dengan lebih mudah dan pantas.

Menurut beliau, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang membuat pemantauan rapi termasuk mengetatkan semula kawalan sempadan.

“Semua ahli mesyuarat Kuartet sudah diberi taklimat oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengenai tindakan segera dan pendekatan KKM. Walaupun tiada kes varian ini dilaporkan di negara kita, KKM sudah melaksanakan tindakan awal bagi menghalang varian ini merebak di dalam negara seperti yang diumumkan oleh kementerian tersebut pada 27 November lalu.

“KKM juga sedang mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai varian tersebut dan sementara waktu kerajaan akan mengenakan kawalan sempadan antarabangsa yang lebih ketat ke atas negara-negara yang menghadapi penyebaran varian Omicron,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Terdahulu, Utusan Digital melaporkan, varian Omicron sudah ditemukan di beberapa negara termasuk Australia, Belgium, Botswana, Britain, Denmark, Jerman, Hong Kong, Israel, Itali, Belanda, Perancis, Kanada dan Afrika Selatan.

Hishammuddin berkata, prosedur operasi standard (SOP) semasa dalam negara untuk negeri-negeri dalam fasa tiga dan empat masih kekal.

Jelasnya, Mesyuarat Kuartet memutuskan supaya usaha untuk peralihan ke endemik ditangguhkan seketika sehingga kementerian mengetahui lebih lanjut mengenai varian Omicron.

Tambahnya, masyarakat perlu sentiasa berwaspada dalam menjaga diri kerana semakin ramai orang dijangkiti, peluang untuk virus Covid-19 mengalami mutasi menjadi semakin tinggi dan varian baharu boleh terhasil.

“Saya harap masyarakat terus berdisiplin dalam menjaga keselamatan diri dan orang sekeliling. Saya nasihati rakyat untuk mengamalkan SOP ditetapkan oleh KKM untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada virus,” tegasnya. – UTUSAN ONLINE

Berikut ialah senarai negara yang sudah melaporkan kes setakat ini.


Afrika Selatan: 77 kes
Botswana: 19 kes
Belanda: 13 kes
Portugal: 13 kes
United Kingdom: 9 kes
Jerman: 3 kes
Kanada: 3 kes
Hong Kong: 3 kes
Denmark: 2 kes
Australia: 2 kes
Austria: 1 kes
Belgium: 1 kes
Republik Czech: 1 kes
Israel: 1 kes
Itali: 1 kes
Sepanyol: 1 kes


Baca Penuh: https://www.hmetro.com.my/global/er...gara-yang-sudah-melaporkan-kes-varian-omicron


Harian Metro
t.me/Covid_19Malaysia
#KeluargaMalaysia
#EndemikMalaysia
#Covid19MasihAda
30 November 2021

Vaksin belum tentu dapat lawan Omicron - KKM​

dbdbdbbb_1638155486.jpg
Petugas kesihatan menunjukkan vaksin keluaran Pfizer digunakan bagi suntikan dos penggalak COVID-19. - Foto NSTP/MIKAIL ONG
KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan (KKM) belum dapat memastikan tahap keupayaan vaksin dan ubat sedia ada dalam usaha mengekang penularan varian baharu COVID-19, Omicron.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata rakyat perlu mengambil sikap lebih waspada dengan kemunculan varian baharu, termasuk bertindak segera dengan mengambil dos penggalak.

"Sebab itu, pentingnya untuk kita ambil dos penggalak. Contoh dengan kemunculan Omicron ini. Ia dikatakan satu varian yang mungkin lebih bahaya kerana dikatakan mempunyai 32 mutasi protein berbanding sembilan oleh (varian) Delta.

"Omicron juga sudah menjadi varian membimbangkan (VOC). Kita belum pasti sejauh mana vaksin sedia ada boleh menangkis varian ini dan ubat yang diberikan dapat merawat varian ini.

"Biarpun kita sudah bebas bergerak dan sampai fasa empat (Pelan Pemulihan Negara), rakyat mesti menyedari perkara ini (kemunculan varian VOC), supaya kita dapat hindarkan dari dijangkiti COVID-19 sekali lagi," katanya menjawab soalan tambahan Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, dos penggalak penting kerana kajian banyak negara menunjukkan selepas enam bulan, imuniti seseorang akan mula berkurangan, dan dengan dos penggalak, imuniti dapat ditingkatkan seterusnya mengurangkan risiko jangkitan dan tahap serius.

"Saya rasa di negara kita, sudah mula ada kelekaan berlaku. Sebab bila hampir 80 peratus sudah dapat dos vaksin lengkap, ada kelekaan sedikit. Sebab semua rasa sudah ok.

"Kita kena faham, dengan kewujudan varian baru yang ditemui di Afrika Selatan dan terkini di Hong Kong, sebab itu kerajaan sudah mula melaksana kawalan ketat dengan tidak membenarkan mereka dari negara tertentu, datang ke sini," katanya.

Terdahulu menjawab soalan asal Ahmad Johnie mengenai tahap vaksinasi di Sarawak, beliau berkata, Sarawak kini menjadi negeri yang menerima jumlah dos penggalak tertinggi setakat kelmarin.

Dalam pada itu, menjawab soalan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, beliau berkata, KKM sememangnya berusaha untuk memberi pelindungan vaksin kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

"Kanak-kanak lima hingga 11 tahun, apabila kita benarkan pergerakan, kita lihat mereka juga dibawa ke Langkawi dan majlis kahwin. Anak-anak kita ini, mereka tidak dilindungi (vaksin). Sebab itu kerajaan berusaha adakan vaksin kepada anak-anak berusia lima hingga 11 tahun ini," katanya.

dfbgdfbdb_1638155489.jpg
Orang ramai menerima suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 di Pulau Pinang. - Foto hiasan NSTP/DANIAL SAAD

Omicron Sudah Semakin Dekat Dengan Malaysia - Dr Azmi
#malaysiagazette


KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

16j ·

KENYATAAN AKHBAR MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
STATUS DI MALAYSIA MENGENAI COVID-19 VARIAN BAHARU B.1.1.529

1637976198759.png

1637976207340.png

1637976217388.png

Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,923
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,923
Reaction score
15,846
Points
2,066
Awards
1

Medical Mythbusters Malaysia

2j ·

VARIAN PALING BARU ; B.1.1.529

Menurut WHO, varian baharu ini mempunyai 32 mutasi spike protein iaitu dua (2) kali ganda lebih banyak daripada varian delta.
Ianya dikategorikan sebagai VUM (Variant under monitoring). Sehingga kini belum ada maklumat lanjut bagi tempoh inkubasi, gejala dan kebolehjangkitan bagi varian B.1.1.529 ini.

Setakat ini tiga (3) buah negara telah melaporkan kes berkaitan varian baharu ini iaitu Afrika Selatan (77 kes), Botswana (4 kes) dan Hong Kong (2 kes).

Saya puji tindakan KKM yang sangat pantas dalam mengekang penyebaran virus varian B.1.1.529 ini ke dalam negara kita.

Apa yang KKM tingkatkan dalam pencegahan mutasi baharu ini?

Berkuatkuasa 27 November 2021;
1. Pengembara Warganegara Malaysia yang merancang melawat ke negara seperti Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe, adalah tidak dibenarkan untuk meneruskan perjalanan mereka.
2. Sekatan sementara kepada semua warganegara asing yang mempunyai sejarah perjalanan dalam tempoh 14 hari ke Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Afrika Selatan dan Zimbabwe.
3. Warganegara Malaysia dan pemegang pas penduduk tetap yang pulang ke Malaysia dari negara-negara tersebut dibenarkan memasuki negara namun dikehendaki menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di stesen kuarantin tanpa mengira status vaksinasi serta tidak dibenarkan menjalani kuarantin di rumah.
.
.
Hampir pasti varian ini lebih ganas dan membimbangkan kesannya pada manusia kerana mutasi spike lebih banyak berbanding varian Delta sekarang.

Apa kita perlu buat sekarang?
1. Tetap patuh SOP sedia ada 100%
2. Pastikan dos vaksin kita lengkap. Jika layak, dapatkan dos penggalak untuk tingkatkan sistem imun kita melawan virus Covid-19 ini.
3. Sentiasa kekal aktif fizikal dan ambil diet yang sihat.
4. Dapatkan berat badan ideal atau BMI normal.
Jangan biarkan berat badan kita obesiti.
5. Kawal status asma jika ada. Dapatkan konsultasi dan pemantauan rapi dengan doktor lebih awal.
6. Kawal status bacaan gula dan tekanan darah tinggi jika ada. Jangan main-main dengan bacaan tekanan darah tinggi yang tak normal.
Antara korban kematian Covid-19 paling banyak adalah mereka yang ada masalah hipertensi (tekanan darah tinggi).
.
.
Dr. Arisman, MD.
Sumber: KKM

1637976468918.png

.
.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,923
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,923
Reaction score
15,846
Points
2,066
Awards
1

Najib Razak

20m ·

Variant Covid baharu yang dikatakan adalah variant paling bahaya dengan jumlah mutasi luar biasa tinggi telah dinamakan Omicron.

Syabas juga kepada kerajaan hari ini yang bertindak segera dengan sekatan terhadap warga asing dari 7 negara terbabit.

Ini jauh berbeza dengan apa yang berlaku di bawah kerajaan PH dan PN terdahulu masa saya terpaksa berkali-kali mendesak kerajaan bertindak segera sehingga saya dan followers FB saya bosan sebab saya asyik ulang dan ulang perkara sama sebab saya rasa ianya amat penting masa itu.

Masa Covid bermula, kerajaan PH bertindak sangat lambat untuk sekat pelawat dari China.

"26 Jan 2020: Najib: Apa halang k'jaan gantung pengecualian visa warga China?"
https://www.malaysiakini.com/news/508467

Masa mutasi UK yang dinamakan variant Alpha sedang merebak pada bulan Disember 2020, kerajaan PN pula langsung tidak bertindak.
Sebaliknya mereka turunkan tempoh kuarantin bagi pelawat asing dari 14 hari ke 7 hari. Satu tindakan yang amat bodoh dan telah jahanamkan negara sebab masa itu, tiada seorang pernah diberi vaksin.

"23 Disember 2020: PN akan ‘dihukum’ jika mutasi baharu COVID-19 UK masuk ke Malaysia. Kembalikan tempoh kuarantin wajib 14 hari bagi pelawat asing - Najib."
https://ismaweb.net/.../pn-akan-dihukum-jika-mutasi.../

Dan semasa varian Delta mula menular di India pada bulan April 2021, kerajaan PN masih enggan naikkan semula tempoh kuarantin ke 14 hari dan bertindak amat lambat untuk sekat pelawat dari India.
"20 April 2021: Varian mutasi Covid-19 dari India, kerajaan PN masih 'relax'"
https://www.sinarharian.com.my/.../Berita-Semasa/Covid-19

Akibatnya, Rakyat seluruh negara dihukum dengan kadar kes baharu Covid dan kadar kematian Covid per kapita paling tinggi di ASEAN dan dunia biarpun negara melaksanakan PKP/Lockdown separuh masak yang antara paling panjang tempohnya dalam dunia.

Sesiapa pun tidak boleh menafikan fakta-fakta di atas sebab ianya sejarah dan benar-benar telah berlaku.


1637976643845.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,923
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,923
Reaction score
15,846
Points
2,066
Awards
1
WHO said Omicron may spread more quickly than other forms, and preliminary evidence suggested there is an increased risk of reinfection.

New COVID variant Omicron triggers global alarm, market sell-off​


  • Saturday, 27 Nov 2021
    7:01 AM MYT
1637976773292.png


The World Health Organisation (WHO) said Omicron what-we-know-about-covid-19-variant-detected-south-africa-2021-11-26 may spread more quickly than other forms, and preliminary evidence suggested there is an increased risk of reinfection.

WASHINGTON/GENEVA: The discovery of a new coronavirus variant named Omicron triggered global alarm on Friday as countries rushed to suspend travel from southern Africa and stock markets on both sides of the Atlantic suffered their biggest falls in more than a year.
The World Health Organisation (WHO) said Omicron what-we-know-about-covid-19-variant-detected-south-africa-2021-11-26 may spread more quickly than other forms, and preliminary evidence suggested there is an increased risk of reinfection.

Epidemiologists warned travel curbs may be too late to stop Omicron from circulating globally. The new mutations were first discovered in South Africa and have since been detected in Belgium, Botswana, Israel and Hong Kong.

The United States https://www.reuters.com/world/us/us...frican-countries-over-new-covid-19-2021-11-26 will restrict travel from South Africa and neighbouring countries effective Monday, a senior Biden administration official said.

Going further, Canada https://www.reuters.com/world/ameri...hern-african-nations-over-covid-19-2021-11-26 said it was closing its borders to those countries, following bans on flights announced by Britain https://www.reuters.com/world/uk/br...iant-is-most-significant-yet-found-2021-11-26, the European Union https://www.reuters.com/world/afric...avel-places-with-new-covid-variant-2021-11-26 and others.


But it could take weeks for scientists to fully understand the variant's mutations and whether existing vaccines and treatments are effective against it. Omicron is the fifth variant of concern https://www.reuters.com/business/he...riday-designate-new-variant-b11529-2021-11-26 designated by the WHO.

The variant has a spike protein that is dramatically different than the one in the original coronavirus that vaccines are based on, the UK Health Security Agency said, raising fears about how current vaccines will fare.

Scientists issued similar warnings.

"This new variant of the COVID-19 virus is very worrying. It is the most heavily mutated version of the virus we have seen to date," said Lawrence Young, a virologist at Britain's University of Warwick.

"Some of the mutations that are similar to changes we've seen in other variants of concern are associated with enhanced transmissibility and with partial resistance to immunity induced by vaccination or natural infection."

Those worries pummelled financial markets, especially stocks of airlines and others in the travel sector, and oil, which tumbled by about $10 a barrel.

The Dow Jones Industrial Average closed down 2.5%, its worst day since late October 2020, and European stocks had their worst day in 17 months.

Cruise operators Carnival Corp, Royal Caribbean Cruises and Norwegian Cruise Line plunged more than 10% each, while shares in United Airlines, Delta Air Lines and American Airlines slumped almost as much.

'MOST SIGNIFICANT VARIANT'
Several other countries including India, Japan, Israel, Turkey, Switzerland and the United Arab Emirates also toughened travel curbs.
In Geneva the WHO - whose experts on Friday discussed the risks that the variant, called B.1.1.529, presents - had earlier warned against travel curbs for now.

"It's really important that there are no knee-jerk responses here," said the WHO's emergencies director Mike Ryan, praising South Africa's public health institutions for picking up the new variant of the coronavirus that causes COVID-19.

Richard Lessells, a South Africa-based infectious disease expert, also expressed frustration at travel bans, saying the focus should be on getting more people vaccinated in places that have struggled to access sufficient shots.

"This is why we talked about the risk of vaccine apartheid. This virus can evolve in the absence of adequate levels of vaccination," he told Reuters.

Less than 7% of people in low-income countries https://www.reuters.com/markets/asi...-property-waiver-covid-19-vaccines-2021-11-22 have received their first COVID-19 shot, according to medical and human rights groups. Meanwhile, many developed nations are giving third-dose boosters.

TOO LATE FOR TRAVEL CURBS?
The coronavirus has swept the world in the two years since it was first identified in central China, infecting 260 million people and killing 5.4 million https://tmsnrt.rs/34pvUyi.

One epidemiologist in Hong Kong said it may be too late to tighten travel curbs against the latest variant.

"Most likely this virus is already in other places. And so if we shut the door now, it's going to be probably too late," said Ben Cowling of the University of Hong Kong.

Brazilian health regulator Anvisa recommended that travel be restricted from some African countries, but President Jair Bolsonaro appeared to dismiss such measures.

Bolsonaro has been widely criticized by public health experts for his management of the pandemic, railing against lockdowns and choosing not to get vaccinated. Brazil has the world's second-highest death toll from the virus, behind only the United States.

Discovery of the new variant comes as Europe and the United States enter winter, with more people gathering indoors in the run-up to Christmas, providing a breeding ground for infection.

Friday also marked the start of the holiday shopping period https://www.reuters.com/markets/eur...-friday-early-birds-head-us-stores-2021-11-26 in the United States, but stores were less crowded than in years past.
Realtor Kelsey Hupp, 36, was at the Macy's department store in downtown Chicago on Black Friday.

"Chicago is pretty safe and masked and vaccinated. I got my booster so I'm not too concerned about it," she said.- Reuters

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,923
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,923
Reaction score
15,846
Points
2,066
Awards
1
The World Health Organisation (WHO) on Friday cautioned countries against hastily imposing travel restrictions linked to the new B.1.1.529 variant of Covid-19, saying they should take a "risk-based and scientific approach".

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,923
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,923
Reaction score
15,846
Points
2,066
Awards
1
The World Health Organisation (#WHO) on Friday classified the B.1.1.529 variant detected in South Africa as a SARS-CoV-2 "variant of concern," saying it may spread more quickly than other forms.

Preliminary evidence suggested there is an increased risk of reinfection and there had been a "detrimental change in #Covid19 epidemiology," it said in a statement after a closed meeting of independent experts who reviewed the data.

Infections in South Africa had risen steeply in recent weeks, coinciding with detection of the variant now designated as #omicron, WHO said.
Read more: https://www.thestar.com.my/.../who-meeting-on-friday-to...
#TheStar #News

1637979098841.png
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,177
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,177
Reaction score
17,813
Points
2,536
Awards
1
Mek buka thread baru ye
Beres 😉

Varian baru lak
Tak lama lagi ada baru lagi kot
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register