BTC USD 43,085.7 Gold USD 1,761.52
Time now: Jun 1, 12:00 AM

11 Hektar Tanaman Sawit Haram Dimusnahkan Di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan

Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,252
Reaction score
14,993
Points
2,376

SMI6

Active+ Member
Joined
Jan 3, 2016
Messages
3,072
Reaction score
681
Points
86
IMG_20210727_082743_236.jpg

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor memusnahkan tanaman kelapa sawit seluas 11 hektar yang ditanam secara haram di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan melalui operasi bersepadu yang dilaksanakan selama empat hari bermula Isnin.

Timbalan Pengarah (Operasi Hutan) Jabatan Perhutanan Negeri Selangor Norddin Noor berkata operasi itu melibatkan seramai 50 anggota terdiri daripada kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Polis Diraja Malaysia untuk memusnahkan pokok-pokok kelapa sawit ditanam secara haram itu termasuk menggunakan tiga jengkaut.

Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com

#AWANInews
tgk pokok mcm umur 2-3 tahun

sikit lagi nak berbuah.

kalau tanah TOL pokok sayuran or tanaman kontan blh le tanam.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,252
Reaction score
14,993
Points
2,376
tgk pokok mcm umur 2-3 tahun

sikit lagi nak berbuah.

kalau tanah TOL pokok sayuran or tanaman kontan blh le tanam.

Tak kantoi awal
Leh lah merasa hasil
 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #3
Joined
Jan 13, 2009
Messages
158,440
Reaction score
21,618
Points
1,671
Sprm kena gegar pej tanah tu. Tido bantal duit sume tu
 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #3
Joined
Jan 13, 2009
Messages
158,440
Reaction score
21,618
Points
1,671
JPNS hapuskan 1,020 pokok sawit haram

KUALA LANGAT: Jabatan Perhutanan Negeri Selanogr (JPNS) memusnahkan sebanyak 1,020 pokok kelapa sawit yang ditanam secara haram dalam kawasan hutan simpan seluas 10.8 hektar yang diceroboh sejak beberapa tahun lalu.

Pengarah JPNS, Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid berkata, operasi yang dijalankan bermula 26 Julai dan tamat pada hari ini mendapat kerjasama daripada 90 anggota daripada JPNS, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat dengan Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

“Kami telah menjalankan operasi seluas 10.8 hektar di hutan tersebut dan telah memusnahkan 1,020 batang pokok kelapa sawit pelbagai saiz dan umur.

“Pemusnahan kesemua pokok ini menggunakan tiga cara, iaitu menumbangkan menggunakan jentera jengkaut sebanyak 100 batang, mesin gergaji dan parang sebanyak 210 batang dan racun (710 batang),” katanyan dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau memaklumkan, keluasan Hutan Simpan Kuala Langat adalah 6,400 hektar adalah satu-satunya hutan paya gambut yang terdapat di negeri ini yang menjadi tempat tadahan air bagi kawasan itu.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan JPNS mengadakan operasi secara besar-besaran mulai Isnin lalu bagi membersihkan semula kawasan pencerobohan itu.

Timbalan Pengarah (Operasi Hutan), JPNS, Norddin Noor memaklumkan notis pengosongan sudah dikeluarkan namun tidak diendahkan, beliau kemudian bertindak mengambil tindakan tegas dengan mengadakan operasi berskala besar

Dalam pada itu, Ahmad Fadzil memberitahu, ketika operasi anggota penguatkuasa dapat mengesan dua orang individu yang melakukan kerja penggemburan tanah ketika operasi berlangsung.

Bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan yang dibuat kerana suspek sempat melarikan diri kerana mereka berjaya mengesan kehadiran anggotannya.

“Kami berjaya merampas sebuah motosikal di lokasi kompartmen hutan tersebut. Kes ini akan disiasat JPNS di bawah peruntukan Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

https://www.utusan.com.my/terkini/2021/07/jpns-hapuskan-1020-pokok-sawit-haram/
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,252
Reaction score
14,993
Points
2,376
IMG_20210804_102007_778.jpg

Peladang kelapa sawit yang meneroka tanah secara haram tidak akan diberi lesen oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) untuk menjual hasil perladangan mereka, kata Menterinya Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Beliau berkata perkara itu telah ditetapkan oleh kementerian kerana antara syarat untuk Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) yang diperjuangkan di peringkat antarabangsa adalah, tanah bagi perladangan sawit di negara ini, wajib didaftarkan dan mempunyai geran.

Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com

#AWANInews
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register