BTC USD 68,492.4 Gold USD 2,343.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

11 Alas Kaki Gambar Kaabah Di Rampas Di Johor

Xploit Machine

Banned
gemgem
Messages
58,230
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,230
Reaction score
6,483
Points
916
Awards
1
13.04.2024 - Jabatan Agama Islam Negeri Johor berkata pengurusan sebuah pasar raya sudah dipanggil untuk memberi kenyataan dan telah diberi amaran. Sejumlah 11 alas kaki bergambar Kaabah yang dijual di sebuah pasar raya di Batu Pahat telah dirampas oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor, sehari sebelum Aidilfitri lalu. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata tindakan itu susulan aduan orang awam terhadap tindakan pasar raya terbabit yang menjual alas kaki berkenaan sempena sambutan Aidilfitri. Menurut Fared lagi, pihaknya telah melaksanakan pemantauan sehari sebelum Aidilfitri berikutan aduan orang awam, selain ia tular di media sosial.

“Pengurusan pasar raya sudah dipanggil bagi memberi kenyataan selain diberi amaran supaya lebih berhati-hati terhadap produk jualan yang tidak menyentuh sensitiviti masyarakat. Kenyataan tidak dikeluarkan sebelum ini bagi menghormati sambutan Aidilfitri selain meredakan kerisauan awam,” katanya lapor Berita Harian.

Sebelum ini tular pengguna media sosial memuat naik gambar alas kaki bergambar kaabah yang dijual di sebuah pasar raya terkenal di Batu Pahat. Pengguna itu terkejut apabila mengamati gambar tertera adalah Kaabah atau Baitullah al-Haram yang menjadi kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram, Makkah.
1712990809497.png
 
Sponsored Post

Den raso ni mcm sejadah mini yg buek lapik utk sujud Ajo....

Den msh bwk sejadah mini klu poie solat jumaat msjd sbb kdg2 solat luar masjid sbb penuh

mungkin staff salah pergi letak kat bahagian alas kaki kot.
 
1713017232163.png

Produk papar imej Kaabah: Itu sejadah mini, bukan alas kaki - Aeon Big
Diterbitkan: Apr 13, 2024 9:48 PM
Dikemaskini: 9:48 PM

Pasar raya Aeon Big menjelaskan produk yang memaparkan imej Kaabah yang didakwa sebagai alas kaki sebenarnya adalah sejadah mini. Bagaimanapun, Aeon Big mengakui label pada produk tersebut telah mencetuskan kekeliruan namun ia telah diperbetulkan dengan menggunakan label "sejadah" pada produk tersebut.

Aeon Big berkata produk itu dibekalkan oleh A&R Fashion Collection (A&R) yang merupakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) milik bumiputera yang mengeluarkan pakaian muslimah seperti tudung dan telekung sembahyang serta sejadah, permaidani dan tikar.

"A&R telah mengesahkan produk berkenaan sememangnya merupakah sejadah mini, di mana coraknya adalah dalam format menegak yang merupakan amalan biasa.​
 
Produk Papar Imej Kaabah, Itu Sejadah Mini, Bukan Alas Kaki - Aeon BiG

13.04.2024 - Pasar raya Aeon Big menjelaskan produk yang memaparkan imej Kaabah yang didakwa sebagai alas kaki sebenarnya adalah sejadah mini. Bagaimanapun, Aeon Big mengakui label pada produk tersebut telah mencetuskan kekeliruan namun ia telah diperbetulkan dengan menggunakan label "sejadah" pada produk tersebut. Aeon Big berkata produk itu dibekalkan oleh A&R Fashion Collection (A&R) yang merupakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) milik bumiputera yang mengeluarkan pakaian muslimah seperti tudung dan telekung sembahyang serta sejadah, permaidani dan tikar.

"A&R telah mengesahkan produk berkenaan sememangnya merupakah sejadah mini, di mana coraknya adalah dalam format menegak yang merupakan amalan biasa. Bagaimanapun, selaras dengan amalan terbaik Aeon Big untuk pembekal PKS, A&R telah menggunakan kod barangan dalam sistem yang sebelum ini digunakan untuk produk-produk lain mereka. Akibatnya, label yang digantung pada produk menunjukkan pelbagai deskripsi lantas terus menyebabkan kekeliruan. Perkara ini telah diperbetulkan serta-merta dalam sistem pengurusan barangan AEON BiG dan deskripsi barangan tersebut sebagai 'sejadah' digunakan," kata pasar raya itu dalam kenyataan, hari ini.

Pada 9 April lalu, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jainj) merampas 11 produk yang dikatakan sebagai alas kaki di cawangan Aeon Big di Batu Pahat. Menurut Berita Harian, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata rampasan dibuat susulan aduan awam berkenaan dakwaan tersebut. Berkenaan rampasan itu, Aeon Big berkata pihaknya telah memberi kenyataan dan kerjasama penuh kepada Jainj dan berharap semua pihak berhenti membuat "spekulasi yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat".

"Kedua-dua pihak pengurusan Aeon Big dan A&R berharap kenyataan ini akan menjelaskan sebarang keraguan mengenai isu ini. Aeon Big dan A&R akan terus bekerjasama dengan Jainj dan mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan sekiranya terdapat sebarang maklumat lanjut yang diperlukan," katanya lagi.
1713018463309.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register