BTC USD 49,143.7 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

11,770 rakyat asing mohon kerakyatan Malaysia

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KUALA LUMPUR 14 Dis. - Sejumlah 11,770 rakyat asing memohon status kerakyatan di negara ini dalam tempoh lima tahun lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, dari tahun 2005 hingga September 2009, permohonan yang diditerima termasuk 3,405 rakyat Indonesia, Kemboja (1,115), China (501), India (494), Filipina (461), Thailand (392) dan lain-lain (4,547).

"Permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia yang dibuat oleh rakyat asing ini adalah berdasarkan kepada peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 15(1), 15(2), 15A dan Perkara 19(1).

"Permohonan-permohonan ini tidak bermakna semuanya akan diluluskan dengan sewenangnya, sebaliknya pemohon perlu memenuhi pelbagai kriteria yang ditetapkan dan telah melalui pelbagai peringkat tapisan,” katanya.

Beliau berkata hanya pemohon yang benar-benar layak akan dianugerah taraf warganegara Malaysia.
 
Top
Log in Register