11.3 peratus rakyat sakit mental

CG Sponsors




zack2terer

Legendary Member
Joined
Dec 11, 2007
Messages
13,627
Reaction score
193
Points
123
11.3 peratus rakyat sakit mental

Oleh Suhana Roslan

2010/11/14

MCPF minta kementerian sebar maklumat sindrom, cara tangani penyakit

KUALA LUMPUR: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci termasuk mengenal pasti tahap kesihatan mental suspek lelaki kes amuk menggunakan pedang samurai yang mencederakan sepasang suami isteri dan seorang kanak-kanak lelaki di Rumah Pangsa Alor Akar, Kubang Buaya, Kuantan, kelmarin.

Naib Presidennya, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata sekiranya laporan kesihatan mendapati lelaki itu menderita kerana penyakit kemurungan, Kementerian Kesihatan harus mengambil perhatian serius dengan menyebar maklumat lebih meluas mengenai sindrom itu serta langkah bagi menangani pesakit mental.

Beliau berkata, kajian menunjukkan 11.3 peratus daripada 26 juta rakyat di negara ini mempunyai masalah mental dan sekiranya golongan itu tidak diberikan rawatan sempurna, dikhuatiri lebih ramai akan menjadi mangsa.

Saya perhatikan trend jenayah dilakukan golongan itu (tertekan dan kemurungan) sering dilaporkan kebelakangan ini. Difahamkan, mereka akan bertindak ganas tanpa disedari sekiranya tidak makan ubat kerana mungkin tidak cukup wang atau lupa mengambilnya.

Ahli keluarga juga perlu lebih peka dengan tahap kesihatan saudara mereka yang mempunyai masalah kemurungan dan kelihatan suka bersendirian. Nasihatkan mereka mengambil ubat pada masa ditetapkan bagi mengelak pesakit bertindak di luar kawalan, katanya kepada Berita Minggu, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi kelmarin, sepasang suami isteri dan seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun parah dengan ibu jari tangan kirinya hampir putus selepas ditetak dengan pedang samurai oleh seorang lelaki tidak dikenali di rumah mereka.

Sumber



Kirenye 2.93 juta org kita ade ciri pesakit mental?...walawei...bahaye nih...tu tak campur lagik dgn pendatang asing, pelarian, pati....adakah anda salah seorang tersebut?
:-?
 
Sponsored Post

astrowan

CG Top Poster Club
Joined
Aug 26, 2009
Messages
22,317
Reaction score
249
Points
128
saya normal lagi jangan risau............ehehehehe
 

geesya

Super Active Member
Joined
Aug 6, 2009
Messages
7,456
Reaction score
243
Points
73
apa puncanya??adakah pemakanan kita sekarang?
 

akukurt

Legendary Member
Joined
Feb 9, 2010
Messages
10,592
Reaction score
60
Points
120
sure ramai budak2 sekolah n student2 ,,, asik test je.. mana tak mental..
 

GABAN_Z

Active Member
Joined
Jan 31, 2008
Messages
1,601
Reaction score
22
Points
25
WALAUWEI... mesti banyak yg muda2...

tertekan isap syabu, ice baby, fit nees n berbagai2 lg
 

Hang B Hang F

Active+ Member
Joined
Apr 24, 2010
Messages
3,305
Reaction score
11
Points
25
macam biasa..buat statement pastu buat peruntukan baru untuk bina pusat sakit mental di seluruh malaysia...
Klinik 1Malaysia Mental:))..
baru masyuk kroni2 skalian:))
 

panarol

Fun Poster
Joined
Mar 26, 2010
Messages
554
Reaction score
7
Points
15
setau aku dari segi bahasa biasa semua orang ader masalah mental...
cuma waras x waras je...
tapi kalau dari segi "sakit mental" xtau nak kabo...
 

musashibest

Active Member
Joined
Dec 23, 2007
Messages
1,375
Reaction score
4
Points
25
banyak punca orang sakit mental ni. ataupun lebih tepat masalah mental?
 

arul57

Super Active Member
Joined
Jul 21, 2008
Messages
6,173
Reaction score
71
Points
80
ramai gak yg mental kat malaysia ni, yg normal sekali sekala terjadi gak sakit mental yg tak kekal, hehehe. tgh bulan je poket dah nak keringgg, adess, mental kena kuat da.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register