BTC USD 61,201.0 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral 103 penduduk Kemensah Heights dipindahkan

hiduprakyat

Super Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
5,740
Reaction score
425
Points
91
103 penduduk Kemensah Heights dipindahkan
FB_IMG_1631986454221.jpg
FB_IMG_1631986456182.jpg
FB_IMG_1631986458298.jpg
FB_IMG_1631986460745.jpg
FB_IMG_1631986462962.jpg

Ampang Jaya: Seramai 103 penduduk kejadian tanah runtuh di dua lokasi di Jalan Kemensah Heights di sini, sudah dipindahkan dari kediaman mereka sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kesemua penduduk dipindahkan sejak malam tadi demi keselamatan mereka kerana dikhuatiri runtuhan berulang.

Menurutnya, pihak berkuasa tempatan (PBT), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menutup kawasan tanah runtuh dengan kanvas terlebih dahulu sebelum sebarang kerja dapat dilakukan.

"Jabatan Mineral dan Geosains juga turut melakukan pemeriksaan dan kajian untuk mengetahui penyebab tanah runtuh.

"Seramai sembilan pegawai dan 39 anggota polis ditempatkan di lokasi kejadian ini bagi mengawasi sebarang pergerakan dan keselamatan penduduk," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Mohamad Farouk berkata, langkah itu juga adalah bagi menjamin keselamatan semua termasuk mereka yang mendiami kawasan berhampiran dan kita tidak membenarkan sebarang pergerakan kepada mereka yang datang dari luar kawasan ini.

Menurutnya, beliau berharap orang ramai dapat memberikan kerjasama sepenuhnya dalam hal ini dan mematuhi segala arahan yang ditetapkan sehingga keadaan disahkan selamat untuk didiami.

Semalam Harian Metro melaporkan 28 keluarga dari 19 rumah teres dua tingkat di Kemensah Height di sini, dipindahkan ke pusat pemindahan sementara susulan tanah runtuh.

@hmetro.com.my
 
Sponsored Post

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
8,973
Reaction score
909
Points
121
Nampak macam tak boleh diselamatkan dah banglo kat atas tu.
Bertabahlah, ada harga yang tinggi perlu dibayar untuk mendapatkan privacy.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register