BTC USD 96,644.7 Gold USD 2,696.03
Time now: Jun 1, 12:00 AM

101 murid keracunan makanan selepas makan makanan di kantin sekolah

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
18,163
Joined
Dec 6, 2010
Messages
18,163
Reaction score
1,246
Points
201
6316648165490673200_121.jpg


101 murid keracunan makanan selepas makan makanan di kantin sekolah


Ipoh: Kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Chepor di sini, yang dipercayai menyebabkan 101 murid mengalami keracunan makanan, diarah tutup 14 hari sehingga 8 Oktober depan.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Feisul Idzwan Mustapha berkata, penutupan kantin itu dilakukan mengikut Seksyen (11) Akta Makanan 1983.

Menurutnya, hasil siasatan awal, pihaknya mendapati, kejadian keracunan makanan itu berpunca daripada minuman bancuhan berperisa coklat, dan ayam goreng yang disediakan di dapur kantin itu.

"Murid mengadu bahawa minuman berperisa coklat yang dijual pada 24 September lalu, berbau masam semasa diminum.

"Selain itu, ayam goreng yang dijual didapati tidak dimasak dengan sempurna dan sebahagian daging ayam masih mentah.

Berdasarkan gejala yang ditunjukkan mangsa dan tempoh inkubasi, disyaki agen yang menyebabkan keracunan ini adalah Salmonella spp.

"Pemeriksaan premis kantin SK Chepor, semalam, turut mendapati penilaian premis makanan berasaskan risiko adalah tidak memuaskan dengan tahap rating 67.9 peratus," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan 101 murid SK Chepor membabitkan 50 perempuan dan 51 lelaki menunjukkan gejala muntah, cirit, sakit perut dan demam.

Mengulas lanjut, Feisul Idzwan berkata, seorang murid dimasukkan ke wad kanak-kanak Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, untuk rawatan dan stabil.

"Seramai 62 murid lagi menerima rawatan sebagai pesakit luar di klinik kesihatan dan klinik swasta yang berhampiran dengan kawasan rumah masing-masing.

"Baki pelajar lain didapati hanya mengalami simptom ringan dan berehat di rumah masing-masing," katanya memberi jaminan semua kes berada dalam keadaan stabil.

Bagi penilaian lanjut, beliau berkata, 10 sampel klinikal diambil dalam kalangan pelajar yang bergejala dan dihantar ke Makmal Kesihatan Awam, Ipoh (MKAI) semalam, untuk dianalisis.


Sumber : Harian Metro
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register