10 Tips Mengatasi Pening Kepala Tanpa Perlu Ke Doktor

Recommended Brokers


chulax12

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Jun 17, 2012
Messages
5,401
Reaction score
635
Points
151
Seringkali kerja harian kita terganggu dengan hadirnya anasir sakit kepala. Kita boleh telan beberapa biji ubat tahan sakit dan hilangkan kesakitan tersebut. Namun, penggunaan ubat tahan sakit secara berterusan dapat menjejaskan kesihatan organ dalaman kita pada suatau jangka masa yang panjang. Terdapat beberapa petua untuk mengurangkan ketidakselesaan sakit kepala ini tanpa perlu menelan ubat-ubatan.

10 tips mengatasi pening kepala tanpa perlu ke doktor


  1. Gunakan pek sejuk
Sekiranya anda sakit kepala atau migrain, letakkan pek sejuk di dahi anda. Anda boleh beli pek-pek sejuk ini sama ada jenis pakai buang atau pek yang boleh digunakan berulangkali. Atau, sekiranya anda tiada barang-barang tersebut, anda boleh bungkus beberapa ketul ais menggunakan tuala kecil. Tekapkan ke kepala atau dahi anda selama 15 minit dan berehat 15minit kemudian. Ulang sehingga kesakitan berkurang.

  1. Gunakan pek panas pula
Sekiranya anda mengalami sakit kepala kerana stress, anda boleh cuba menggunakan pek panas atau suam ke leher atau belakang kepala anda. Sekiranya anda mengalami sakit kepala disebabkan sinus pula, anda boleh letakkan tuala hangat ke tempat yang sakit. Anda boleh rendamkan tuala ke air yang panas atau suam.

  1. Kurangkan tekanan di kepala dan dahi
Kadang-kadang, sakit kepala adalah disebabkantekanan fizikal ke kepala. Mungkin anda boleh longgarkan sedikit ikatan rambut sekiranya terlalu ketat. Pemakaian topi, headband dan goggles juga boleh mengundang sakit kepala.

  1. Malapkan lampu
Lampu atau cahaya yang terlalu terang atau berkelip boleh mengundang sakit kepala atau migrain. Asingkan diri anda buat sementara waktu daripada situasi tersebut sekiranya anda berada dalam keadaan tersebut pada jangka masa yang panjang seperti skrin komputer di tempat kerja anda. Pakai cermin mata hitam ketika keluar ke tempat yang panas terik. Anda juga boleh memasang skrin gelap ke skrin komputer anda.

  1. Cuba untuk tidak mengunyah
Perlakuan mengunyah yang berterusan seperti mengunyah gula-gula getah, menggigit kuku dan bibir boleh mengundang sakit kepala. Kurangkan makanan yang terlalu rangup dan melekit atau ambil suapan yang kecil.

  1. Minum minuman berkaffein
Minum minuman yang berkaffein seperti teh dan kopi. Tetapi jangan terlalu banyak kerana kaffein yang berlebihan dalam badan juga akan menyebabkan sakit kepala juga.

  1. Cuba aktiviti yang menenangkan
Lakukan aktiviti-aktiviti yang mengundang ketenangan jiwa, seperti regangan badan, yoga, meditasi dan juga latihan pernafasan secara aktif.

  1. Urutan
Langkah yang paling mudah adalah dengan mengurut bahagian yang sakit sendiri. Ini akan dapat mengurangkan sedikit tekanan di kepala.

  1. Haliakan dirimu
Kajian menunjukkan dengan pengambilan halia dalam diet dapat mengurangkan migrain dan sakit kepala. Anda boleh campur sedikit halia dalam minuman anda atau beli tablet halia daripada farmasi.

  1. Pengambilan ubatan secara berkala
Sekiranya langkah-langkah diatas masih tidak dapat mengurangkan kesakitan anda, anda bolehlah beralih kepada pengambilan ubat tahan sakit. Tetapi sekali lagi diingatkan terdapat risiko disebalik kelegaan segera itu. Pastikan anda ikut arahan doktor sekiranya ubat tersebut adalah atas saranan mereka.

Sumber: WebMD
 
Sponsored Post

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,135
Reaction score
1,526
Points
596
ada yang tak sebut

bila pening kepala runsing sangat

mengadu pada Allah

cerita semua masalah pada Allah

berharap pada Allah

Hanya Allah Taala bleh sembuhkan apa saja penyakit kita di dunia nie
 
Last edited:

azham

Active+ Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
4,076
Reaction score
404
Points
56
Kalau ikut teman2 Indonesia, mereka ambil duit syiling 20/50 sen, mereka gosokkan di leher mereka.
Mereka gosok dari atas ke bawah. Nampah buruk sebab bekas gosok tu macam love bite.
Mereka kata ia dapat kurangkan sakit kepala.
Mereka juga akan picit di bahagian atas lengan untuk kurangkan sakit kepala.
Saya dah cuba kaedah ke 2 tu dan ia berkesan.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register