BTC USD 102,502 Gold USD 2,705.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

10 Suspek Kes Pengubahan Wang Haram Berbilion Dolar Tiada Dalam Senarai Interpol

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
64,480
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
64,480
Reaction score
7,074
Points
916
Awards
1
03.10.2023 - Sepuluh individu yang diberkas dan didakwa berkait siasatan kes pengubahan wang haram melibatkan berbilion dolar merupakan pemegang pas pekerjaan atau pas tanggungan di Singapura. Tiada seorang pun daripada mereka berada dalam senarai notis merah Interpol ketika mereka memohon bagi pas tersebut. Demikian menurut Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Josephine Teo pada Selasa (3 Okt). Interpol, iaitu sebuah badan polis antarabangsa, mengeluarkan notis merah untuk meminta pegawai penguatkuasa undang-undang di merata dunia supaya mengesan dan memberkas individu yang diburu sementara menunggu ekstradisi, melakukan penyerahan atau mengambil tindakan undang-undang yang serupa. Cik Teo, yang juga Menteri Perhubungan dan Penerangan, berkata demikian semasa menyampaikan satu kenyataan menteri di Parlimen sebagai respons kepada pertanyaan Anggota Parlimen (AP), yang sebilangannya bertanya bagaimana 10 suspek tersebut memasuki Singapura dan mendapat pas imigresen.

Pertanyaan para AP itu sebahagian besarnya tertumpu kepada bagaimana Singapura menyemak permohonan bagi pas-pas tersebut dan bagaimana negara ini boleh memperketat pemeriksaan terhadap individu berisiko tinggi, termasuk mereka yang mempunyai rekod jenayah atau yang sedang diburu pihak berkuasa asing, atau mungkin menggunakan identiti palsu. Sepuluh suspek tersebut, yang berusia antara 31 dengan 44 tahun, memegang pasport dari pelbagai negara. Siasatan sedang dijalankan ke atas lebih ramai individu, termasuk warga Singapura, penduduk tetap dan individu pemegang pelbagai jenis pas imigresen, jelas Cik Teo kepada Dewan pada Selasa. Apabila polis pertama kali mengumumkan tentang pemberkasan itu pada 15 Ogos, pihaknya menyatakan bahawa lagi 12 orang sedang membantu dalam siasatan dan lapan lagi sedang diburu polis.

Cik Teo juga menarik perhatian bahawa satu soalan yang dibangkitkan oleh para AP adalah sama ada Singapura bekerjasama dengan pemerintah dari luar negara untuk mengesahkan maklumat yang disediakan oleh pemohon bagi pas imigresen. Apabila agensi-agensi tersebut berasa curiga, pengesahan akan diminta, jelas Cik Teo, tetapi memandangkan terdapat jumlah permohonan yang banyak, tidak mungkin untuk agensi-agensi menjalankan pemeriksaan bagi pengesahan ke atas semua permohonan. Tiada proses pemeriksaan yang kalis cuai, tambah beliau sambil menyatakan bahawa pemerintah akan menyemak semula bagaimana untuk mengetatkan pemeriksaan pengesahan di beberapa peringkat. Dalam ucapannya, Cik Teo juga memberi kemas kini kepada Parlimen mengenai butiran berhubung kes berkenaan. Beliau menyatakan bahawa nilai keseluruhan aset yang dirampas dan dikeluarkan dengan perintah larangan pelupusan oleh polis kini berjumlah lebih S$2.8 bilion.

Ia hampir tiga kali lebih tinggi daripada jumlah awal yang dianggarkan oleh polis bernilai S$1 bilion apabila kes tersebut didedahkan pada Ogos. Pihak polis kemudian memberi kemas kini pada 20 Ogos bahawa jumlah tersebut sudah meningkat kepada lebih S$2.4 bilion.



HAB KEWANGAN LEBIH TERDEDAH KEPADA PENGUBAHAN WANG HARAM

Pada Selasa, Cik Teo juga berkata bahawa kedudukan Singapura sebagai hab kewangan utama, juga menjadikannya sebagai sasaran menarik bagi para pengubah wang haram. Sektor kewangan menyumbang sekitar 14 peratus daripada ekonomi Singapura dan menggajikan kira-kira 200,000 pekerja, sekali gus menjadikan ia satu industri penting di sini. Singapura mengendalikan jumlah besar urus niaga setiap hari, jelas Cik Teo. Jumlah besar itu secara tidak langsung "memudahkan muslihat" bagi kegiatan haram. Disebabkan itu, beliau menggariskan berapa kerap urus niaga yang mencurigakan dikesan di Singapura: Pejabat Laporan Urus Niaga Mencurigakan, iaitu sebuah badan di bawah Pasukan Polis Singapura yang memberi tumpuan kepada perisikan kewangan, menerima purata 43,000 laporan urus niaga mencurigakan setiap tahun dari 2020 hingga 2022, atau lebih 150 setiap hari bekerja.

Malah, institusi kewangan memfailkan 80 peratus daripada laporan-laporan tersebut. Dalam tempoh yang sama, sekurang-kurangnya 240 individu didakwa atas kesalahan pengubahan wang haram, sebahagian besarnya berkaitan dengan pengubahan hasil penipuan domestik, dan aset bernilai S$1.2 bilion dirampas.

"Malah, semua hab kewangan utama, bukan sahaja Singapura, juga terdedah," tekan Cik Teo. "Ciri-ciri sama yang membuatnya menarik sebagai sebuah hab kewangan juga menjadikan ia sasaran bagi pengubahan wang haram."​

1696338163212.png
 
Sponsored Post

Polis SG Lancar 'Siasatan Risikan Menyeluruh' Pada Awal 2022

03.10.2023 - Pada awal 2022, Pasukan Polis Singapura (SPF) memperolehi maklumat tentang beberapa kegiatan mencurigakan lalu melancarkan satu "siasatan risikan menyeluruh dan diselaraskan". Apa yang dibongkar ternyata satu kes pengubahan wang haram rentas sempadan yang melibatkan berbilion dolar, terang Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Josephine Teo di parlimen pada Selasa (3 Okt). Kes tersebut awalnya dikendalikan satu pasukan sangat kecil demi tidak menimbulkan syak wasangka para suspek. Para pegawai dalam pasukan itu mahu menjalankan siasatan secara menyeluruh dan mendapatkan gambaran penuh sebelum bertindak. 10 warga asing akhirnya diberkas dalam satu siri serbuan yang dijalankan secara serentak di merata Singapura pada 15 Ogos, tambah Cik Teo yang menyampaikan kemas kini kes kepada Dewan.

Sejak kes berkenaan pertama kali mendapat sorotan, nilai aset yang dirampas atau dibekukan meningkat kepada lebih S$2.8 bilion - tiga kali lebih tinggi berbanding aset berbentuk kereta, rumah, wang tunai dan lain-lain lagi yang awalnya dianggarkan bernilai S$1 bilion. Operasi antipengubahan wang haram yang dijalankan kini menjadi salah satu operasi paling besar, bukan sahaja di Singapura, tetapi di seluruh dunia, ulas Cik Teo. Kes tersebut turut mengundang pelbagai persoalan tentang keberkesanan langkah-langkah sedia ada pemerintah untuk mengesan dan mengatasi pengubahan wang haram. Ada juga yang membangkitkan tentang sekiranya lebih banyak tindakan diperlukan untuk menghalang kegiatan haram di sini. Cik Teo dalam kalangan tiga menteri yang menyampaikan kenyataan menteri pada Selasa (3 Okt) berhubung rejim antipengubahan wang haram Singapura.


"JARINGANNYA TERUS MELEBAR"

Anggota Parlimen (AP) Murali Pillai (Parti Tindakan Rakyat - Bukit Batok), Gan Thiam Poh (PAP-Ang Mo Kio) dan Profesor Madya Jamus Lim (Parti Pekerja-Sengkang) bertanya kepada Cik Teo jika ada sebarang perkara yang mencurigakan sebelum penangkapan dilakukan. Mereka turut bertanya jika para suspek akan disiasat bagi kesalahan jenayah dalam bidang kuasa lain. Cik Teo sedia maklum bahawa mengumpul maklumat dan merancang satu operasi besar boleh memakan masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Polis awalnya menerima "maklumat sangat berbeza" pada 2021, seperti penggunaan dokumen yang disyaki palsu untuk mengesahkan sumber-sumber dana sebilangan akaun bank di Singapura," kata beliau.

Beberapa syarikat dan institusi kewangan turut memfailkan laporan mengenai urus niaga mencurigakan. Polis kemudian menyiasat laporan-laporan itu secara berasingan.

"Pada awal 2022, polis melancarkan satu siasatan risikan menyeluruh dan diselaraskan. Siasatan itu mengenal pasti sejumlah individu yang dipercayai ada hubungan antara satu sama lain, termasuk hubungan kekeluargaan. Polis meneliti maklumat itu dan menyiasat lebih lanjut, dengan hati-hati, (Mereka) memutuskan untuk menangguhkan sebarang langkah penguatkuasaan supaya siasatan tidak ketahuan. Sedang siasatan terus dijalankan, semakin ramai yang dikenal pasti polis," kata Cik Teo.

Cik Teo menarik perhatian kepada betapa rumitnya siasatan antipengubahan wang haram yang perlu dijalankan dengan penuh bijaksana. Mendapatkan gambaran kes "lebih mudah diungkapkan daripada dilakukan", tambah beliau. Awal tahun ini, semasa polis mendapati pihaknya mempunyai maklumat yang mencukupi, mereka berunding dengan Pejabat Peguam Negara (AGC), yang kemudian memutuskan bahawa terdapat sebab mencukupi untuk mengesyaki kesalahan jenayah sudah dilakukan di Singapura. Polis selanjutnya memberkas 10 suspek di kediaman mereka di kawasan-kawasan seperti Sentosa Cove, Tanglin, Orchard, Holland dan River Valley.​

1696338307692.png
 
SG Akan Tubuh Jawatankuasa Berbilang Kementerian Untuk Perketat Rejim Antipengubahan Wang Haram

03.10.2023 - Satu Jawatankuasa Antara Kementerian akan ditubuhkan untuk memperketatkan rejim antipengubahan wang haram di Singapura. Jawatankuasa itu akan dipimpin Menteri Kedua Kewangan Indranee Rajah. Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Josephine Teo menjelaskan bahawa jawatankuasa itu dibentuk berikutan siasatan kes pengubahan wang haram terbesar di Singapura yang melibatkan S$2.8 bilion.

"Polis sedang bekerja rapat dengan pengawal selia dari pelbagai sektor dan akan mengambil tindakan terhadap syarikat-syarikat mahupun individu yang didapati melakukan kesalahan jenayah, seperti pelibatan dalam kes pengubahan wang haram," kata Cik Teo yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Inisiatif Negara Bijak dan Keselamatan Siber.

Beliau menambah bahawa pengawal selia sektor akan mengambil tindakan sekiranya ada yang lalai atau mengingkari syarat-syarat antipengubahan wang haram. Ada dalam kalangan individu yang diberkas difahamkan menyalurkan sumbangan kepada badan-badan amal di sini.

"Pesuruhjaya Pertubuhan-Pertubuhan Amal akan mengeluarkan makluman yang menggalak semua pertubuhan amal melakukan semakan ke atas rekod penderma masing-masing untuk mencari tahu sekiranya mereka menerima sumbangan daripada individu-individu yang diberkas, mahupun entiti-entiti yang terikat dengan para suspek, lalu memfailkan Laporan Transaksi yang Mencurigakan (STR)," terang Cik Teo. Makluman itu juga akan mengandungi nasihat kepada badan-badan amal tentang bagaimana untuk menguruskan wang tersebut."

Menurut Cik Teo lagi, sebilangan pertubuhan amal membuat keputusan untuk mengetepikan sumbangan ini. Ada juga yang membuat aduan polis dan merancang untuk menyerahkan wang kepada mereka. Kes pengubahan wang haram berbilion dolar di sini terbongkar pada awal 2021 semasa polis sedang menyiasat laporan-laporan lain yang melibatkan pelbagai kegiatan mencurigakan. Laporan yang diterima antara lain terkait dengan perbuatan memalsukan dokumen yang diserahkan kepada bank-bank di sini. Institusi-institusi kewangan turut mengemukakan laporan. Pada 2022, polis melancarkan satu siasatan dan meneliti maklumat yang diterima untuk mengenal pasti para individu terlibat. Awal tahun ini pula, polis berunding dengan Pejabat Peguam Negara (AGC), sebelum mengambil tindakan ke atas para suspek pada Ogos lalu.

"Menghuraikan kes ini kelihatan lebih mudah diungkapkan daripada dilakukan. Kita juga tidak mahu menimbulkan syak wasangka, dan polis bertindak dengan sangat hati-hati, dengan satu pasukan sangat kecil," kata Cik Teo.​

1696338419497.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register