BTC USD 50,562.5 Gold USD 1,784.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad S.A.W*

ajoi24

Active+ Member
Messages
3,195
Joined
Sep 25, 2009
Messages
3,195
Reaction score
4
Points
25
1. SURAH AL-FATIHAH*


Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca
Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan
aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca
surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan
lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah,
bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5
waktu.
*2. SURAH YAASIN*


Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada
hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa
yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai
sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya.. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari
Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam
kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan
pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik
dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari
setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah
kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan
Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya.. (Hadis riwayat Malik,
Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan
terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.
*
3. SURAH AT-DHUHAN*


Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di
Padang Mahsyar.


4. SURAH AL-WAQI'AH


Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca
Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai
kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh
kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap
lepas solat As ar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.
Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah
sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan
kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah :
"Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan
istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah
disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.
*
5. SURAH AL-KHAUTHAR*


Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah
s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat.
Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia
tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.
*
6. SURAH AL-KHAAFIRUUN*


Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca
seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan
syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).
Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta
membersihkan kotoran dalam diri kita.
*
7. SURAH AL-MULK*


Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan
faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut
beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah
ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang
membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..


*
8. SURAH AL-IKHLAS*


Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti
Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur,
khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya
tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar
kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu
menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia
telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah
bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian
ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali,
maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi
menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau
lepas.. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati
yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam
gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari
kiamat.."
*
9. SURAH AL-FALAQ*


Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam
apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan
Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan
keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan
syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas
sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang
siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan
malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah
An-Nas sebanyak 100 kali.
*
10. SURAH AN-NAS*


Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama
An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini
yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah.
Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada
Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun
jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati
 
Sponsored Post
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register