BTC USD 38,538.7 Gold USD 1,813.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

10 Pro & Kontra Melanggan Disney+ Hotstar Di Malaysia

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
30,265
Reaction score
4,104
Points
236
Akhirnya selepas dua tahun, Disney+ tiba ke Malaysia secara rasmi. Bermula 1 Jun ini, sesiapa yang berminat boleh melanggan Disney+ pada harga RM54.90 untuk tiga bulan. Bagi yang tidak tahu, Disney+ adalah platform penstriman video tersendiri bersaing dengan Netlfix, Prime Video, Apple TV+, dan banyak lagi.

Disney-Hotstar-Logo-950x534.jpg.webp

Tetapi di Malaysia, perkhidmatan ini tiba melalui Hotstar yang sama dengan di India dan di Indonesia. Khusus untuk pengguna di Malaysia juga, Disney turut bekerjasama dengan Astro untuk langganan lebih mudah, dan pelbagai kandungan tempatan turut akan disiarkan di platform ini. Sayang sekali, Disney+ Hotstar bukanlah Disney+ sebenar kerana ada banyak kekurangannya. Dalam artikel ini, saya senaraikan Pro dan Kontra Disney+ Hotstar Malaysia.

1. PRO – Akses Lebih Mudah, Tidak Perlu VPN​

DisneyHotstar-Malaysia-950x535.jpg.webp

Sejak 2019, saya yang meminati kandungan Marvel di Disney+ dan juga Star Wars perlu mengakses dengan membayar harga langganan Amerika Syarikat dan kemudian melanggan VPN untuk mengakses perkhidmatan ini secara “sah” tanpa muat turun kandungan secara cetak rompak. Kaedah ini menjadikan harga langganan sebulan lebih mahal daripada Netflix dan pengalaman adalah tidak begitu bagus kerana pelayan VPN yang tidak begitu stabil serta menjadikan penggunaan data lebih tinggi dan akses Internet yang perlahan.

Dengan harga RM54.90 untuk tiga bulan, iaitu sekitar RM18.30 sebulan – harga langganan Disney+ Hotstar di Malaysia boleh dikatakan murah dan berbaloi. Jika dibandingkan dengan Netflix, harga adalah paling murah adalah RM17 dan terhad kepada satu peranti dan satu profil sahaja. Melalui kehadiran rasmi platform ini di Malaysia, semua kandungan boleh diakses serentak dengan tarikh dan masa siaran di Amerika Syarikat.

2. KONTRA – Tiada Pilihan Pelan Langganan Lain​

Astro-Disney-Hotstar-950x535.jpg.webp

Di Malaysia, hanya satu langganan sahaja ditawarkan iaitu pelan RM54.90 untuk tiga bulan. Mungkin buat masa ini sahaja. Tetapi penawaran ini tidak begitu menarik berbanding Hotstar di India atau Indonesia di mana India ada pelan percuma, VIP pada harga sekitar RM22 setahun untuk kandungan tempatan dan Disney+ asli, premium pada harga sekitar RM17 sebulan dan RM83 setahun untuk akses semua.

Di Indonesia terdapat pelan bulanan dan tahunan pada harga sekitar RM11 dan RM57. Disney+ sebenar di Amerika Syarikat jua ada pelan bulanan, pelan tahunan dan pelan berkas bersama Hulu dan ESPN+ pada harga sekitar RM33/RM58/RM389.

3. PRO – Pelanggan Astro Tidak Perlu Bayar Harga Langganan Penuh​

Astro-Disney-Hotstar-950x535.jpg.webp

Walaupun begitu, jika anda adalah pelanggan Astro anda tidak perlu bayar harga penuh RM54.90. Kerana anda hanya perlu bayar RM5 sahaja tambahan kepada pelan Movie Pack sedia ada.

4. KONTRA – Harga Bil Astro Meningkat​

Tetapi, sesiapa yang sudah ada pelan Movie Pack anda tidak boleh pilih untuk tidak langgan Disney+. Ini kerana harga langganan akan menjadi mahal RM5 secara automatik. HBO GO percuma, Disney+ kena bayar, kelak kalau ada pelan Sooka adalah pengguna Astro wajib bayar harga berganda mahal?

5. KONTRA – Resolusi Terhad Kepada HD Sahaja​

HD-Disney-Bahasa-malaysia-950x534.jpg.webp

Sayang sekali, kerana ini adalah platform Hotstar dan bukannya Disney+ sebenar – penstriman akan terhad kepada resolusi HD sahaja. Tidak dijelaskan HD ini adalah 720p ataupun 1080p. Hotstar di India sudah mula menerima sokongan 4K, tetapi terhad kepada kandungan terpilih sahaja.

Disney+ di Amerila Syarikat pula, tidak kira apa pelan semua resolusi boleh diakses. Dengan kelajuan Internet 5Mbps terhad kepada resolusi HD, manakala 25Mbps untuk 4K.

6. PRO – Banyak Kandungan Tempatan​

Zombitopia-J2-Ada-Hantu-950x468.jpg.webp

Jika anda rasa RM54.90 mahal, jangan risau. Ia berbaloi kerana Disney+ Hotstar di Malaysia bukan sahaja mempunyai kandungan asli Disney, Marvel, Fox – tetapi turut pelbagai kandungan asli tempatan. Kandungan filem dan siri TV klasik turut disertakan.

Jika anda ingin tonton sekuel J Revolusi, ini adalah peluang anda kerana J2: J Retribusi ataupun Zombitopia eksklusif di Disney+.

7. PRO – Drama Tonton Awal Berbanding TV3 Dan TV9​

Single-Terlalu-Lama-Disney-950x396.jpg.webp

Jika anda adalah pembeber untuk kongsi jalan cerita awal di media sosial, drama seperti WiFi Sebelah Rumah, Single Terlalu Lama atau Kekasih Hati Mr. Bodyguard yang disiarkan di TV3 dan TV9 akan dapat distrim di Disney+ Hotstar awal 15 jam. Anda kini tidak lagi ketinggalan.

8. PRO – Menyokong Sarikata Dan Alih-Suara Bahasa Malaysia​

Lebih menarik khusus untuk pengguna Malaysia, kebanyakan kandungan akan ada sari kata dan juga alih-suara Bahasa Malaysia. Ia adalah seperti yang ditawarkan pada saluran Disney di Astro sebelum ini. Jadi jika anda mahu menonton Beku, Cerita Permainan, dan Mencari Dory anda boleh menikmati kesemua filem klasik ini dalam bahasa kebangsaan yang dicintai.

9. KONTRA – Hanya Boleh Strim Pada Dua Peranti Serentak​

Untuk Hotstar, hanya boleh akses dua peranti serentak sahaja. Berbeza dengan Disney+ sebenar, Netflix adalah empat peranti. Apple TV+ pula adalah 6 peranti.Ini akan menyukarkan perkongsian akaun dengan ahli keluarga yang besar dan menghalang taktik mengurangkan bayaran bulanan dengan membahaginya dengan rakan-rakan di pejabat. Disney berjaya mencari penyelesaian kepada masalah perkongsian kata laluan yang dihadapi Netflix pada waktu ini.

10. KONTRA – Tiada Akses Filem​

Berbeza dengan Disney+ di Amerika, mereka menawarkan akses awal filem yang berada di pawagam serentak di platform penstriman melalui Premiere Access. Di Malaysia, tiada pilihan ini dan perlu tunggu sahaja kandungan mula disertakan.

DisneyHotstar-Malaysia-B-950x535.jpg.webp

Bonus – PRO – 800 Filem 18,000 Episod Siri TV Pada Hari Pertama​

Apa-apa pun, Disney+ Hotstar masih menawarkan banyak kandungan menarik. Terdapat 800 filem dan 18,000 episod siri TV boleh diakses pada 1 Jun kelak dan akan ada banyak lagi menanti. Berbanding dengan Apple TV+ yang sehingga hari ini masih terhad, Disney+ pasti berbaloi untuk dilanggan.


Jadi, apa kata anda? Adakah anda akan melanggan Disney+ Hotstar Malaysia atau anda akan tambah RM5 dalam bil Astro? Adakah anda akan tambah lagi langganan penstriman atau akan buang yang lain dan pilih yang ini?
 

CG Sponsors




Top
Log in Register