BTC USD 62,978.4 Gold USD 1,753.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

10 kawasan di Semenanjung rekod gelombang haba tahap kuning - MetMalaysia

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,200
Reaction score
12,482
Points
2,376
10 kawasan di Semenanjung rekod gelombang haba tahap kuning - MetMalaysia


Tahap kuning merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut. - Gambar hiasan​


KUALA LUMPUR: Sebanyak 10 kawasan di Semenanjung Malaysia merekodkan gelombang haba tahap kuning atau berjaga-jaga setakat 4.30 petang semalam, demikian menurut data status gelombang haba Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Semakan status gelombang haba di portal rasmi MetMalaysia hari ini mendapati, kawasan terbabit melibatkan empat daerah di Perak iaitu Kuala Kangsar, Kinta, Batang Padang dan Hilir Perak, manakala tiga di Kelantan iaitu Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

Status gelombang haba yang sama turut dikesan di Tampin, Negeri Sembilan serta Tangkak dan Kluang di Johor.

Tahap kuning merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Bagi status tahap jingga atau 'heatwave' pula ialah suhu maksimum harian 38 hingga 40 darjah Celsius dan tahap merah (kecemasan) untuk suhu melebihi 40 darjah Celsius, masing-masing bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Sementara itu, seluruh kawasan di Sabah dan Sarawak merekodkan suhu maksimum harian kurang 35 darjah Celsius bagi tempoh sama.

Sebelum ini, Ketua Pengarah MetMalaysia Jailan Simon berkata negara kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan hingga pertengahan bulan ini, dengan taburan hujan agak rendah di Semenanjung Malaysia, terutamanya di negeri-negeri utara.

Bagaimanapun MetMalaysia tidak menjangkakan keadaan cuaca panas luar biasa berlaku pada tahun ini.

-- BERNAMA


 
Sponsored Post

azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
5,373
Reaction score
1,105
Points
156
Kawan saya bisnes pasang/service aircond.
Bisnes kencang sekarang.
Masa PdPR ramai cari laptop second.
Masa musim panas, aircond second pun ramai yang cari.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,200
Reaction score
12,482
Points
2,376
Kawan saya bisnes pasang/service aircond.
Bisnes kencang sekarang.
Masa PdPR ramai cari laptop second.
Masa musim panas, aircond second pun ramai yang cari.

Memang panas cuaca sekarang bang
Malam pun panas
Kena mandi dulu sebelum tidur
Maklumlah rumah takda ekon
 

azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
5,373
Reaction score
1,105
Points
156
Memang panas cuaca sekarang bang
Malam pun panas
Kena mandi dulu sebelum tidur
Maklumlah rumah takda ekon
Rumah saya pun tak de aircond.
In Sha Allah masih boleh tidur malam.
Lagi lena tidur malam kalau I-Sinar dah approved 😝
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,200
Reaction score
12,482
Points
2,376
Rumah saya pun tak de aircond.
In Sha Allah masih boleh tidur malam.
Lagi lena tidur malam kalau I-Sinar dah approved 😝

I-Lena tidur malam sebab dapat beli ekon kan bang 🤭
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
25,593
Reaction score
1,953
Points
206
den mandi 2x sblm tido, kipas siling & kipas meja letak ujung kaki pasang kuat2 sehabis laju... paneh oooo jerebu nih
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,200
Reaction score
12,482
Points
2,376
den mandi 2x sblm tido, kipas siling & kipas meja letak ujung kaki pasang kuat2 sehabis laju... paneh oooo jerebu nih

Kat tempat den ujan jap Maghrib tadi
Tapi malam samo jugak paneh
 

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
8,762
Reaction score
638
Points
126
ikut standard Met Malaysia cuaca baik ialah tiada hujan. cuaca diramalkan baik sepanjang hari. Satu bulan tiada hujan bukanlah cuaca yang baik. Takut betul Met Malaysia dengan hujan.
hujan dengan guruh petir sikit terus naik taraf amaran ribut petir dikawasan anda. Diaorang ni tau ke tak ribut itu apa ?
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register