10 Fakta Hari Raya yg anda perlu tahu

CG Sponsors




lutut.blogspot.com

Junior Member
Joined
Jan 2, 2009
Messages
84
Reaction score
4
Points
11
- Pada hari raya pertama, kedua dan ketiga, purata kalori harian yang diambik oleh seorang lelaki adalah 8450 kcal dan seorang wanita 6700 kcal, iaitu 5 kali ganda jumlah kalori harian maksimum yang disyorkan.

- Perpindahan bakteria yang diakibatkan oleh persalaman berlebihan antara ahli keluarga dan kenalan adalah salah satu punca peningkatan penyakit seperti influenza, bronkitis dan demam denggi pada musim perayaan.

- 3% daripada lelaki Muslim di Malaysia jatuh muflis setiap tahun kerana tidak dapat membayar wang pinjaman bank yang digunakan sebagai duit raya untuk kaum keluarga.

- Disebabkan permintaan terhadap ayam, lembu dan kambing meningkat sekitar bulan Syawal, para pengeluar terpaksa mengimport 30% bekalan dari negara-negara seperti Kemboja, Vietnam dan Sri Lanka, dan haiwan-haiwan di negara-negara tersebut biasanya tak menepati piawaian vaksin antarabangsa. Haiwan-haiwan tersebut juga berkemungkinan tidak disembelih menurut rukun Islam.

- Kes kebakaran meningkat sebanyak 54% pada musim perayaan akibat penggunaan pelita dan bunga api serta lampu lip-lap, terutama di kawasan perkampungan yang berumah kayu. Di kawasan Batu Gajah, Perak, terdapat 43 kes kebakaran dalam bulan Ramadhan tahun ini, iaitu rekod terburuk dalam tempoh 73 tahun kewujudan Briged Bomba Batu Gajah.

- Pengeluar kasut biasanya mula menambah kuota pengeluaran kasut selepas hari raya (dan bukan sebelum) kerana kes kehilangan kasut raya yang bertambah setiap tahun. Jika anda perhatikan, biasanya kasut dijual dengan harga lebih murah bermula hari kelima Syawal kerana bilangan pengeluaran yang meningkat, sejajar dengan peningkatan kadar kehilangan kasut raya.

- Kematian yang berpunca dari konsumsi ayam pencen yang terlampau tua meningkat setiap tahun. Ketika membeli ayam pencen untuk dibuat rendang, pastikan bahagian dada ayam tersebut tidak terdapat tompok-tompok hijau yang menandakan ayam tersebut terlampau tua dan memiliki darah bertoksik (akibat atropi ekstrim). Kes pendarahan usus akibat ayam pencen terlebih usia juga dilaporkan meningkat sebanyak 12% di kawasan Semenanjung Malaysia.

- Molekul remotonin yang terdapat dalam daun kelapa dan batang buluh boleh menyebabkan kemandulan di kalangan wanita, serta meningkatkan potensi menghidap Alzheimer di kalangan lelaki. Oleh itu kita digalakkan mengurangkan penggunaan bahan-bahan ini untuk membuat lemang dan ketupat.

- Pada hari raya, 60% anggota polis bercuti, sistem kawalan keselamatan di taman-taman perumahan digantung sementara dan 35% rumah di bandar dibiar kosong akibat penghuni yang pulang ke kampung halaman. Ini menyebabkan kes rompakan, kecurian kereta, pecah rumah dan rogol meningkat secara mendadak di musim perayaan kerana sistem keselamatan seluruh Malaysia menjadi lemah menjelang Syawal.

- Amalan rumah terbuka merupakan tradisi agama Jehovah dan ada pendapat mengatakan bahawa amalan ini bertentangan dengan tuntutan syariah, seperti juga amalan bersanding, berinai dan bertunang. Pun begitu, amalan ini masih diteruskan secara berleluasa di kalangan masyarakat Melayu.
 
Sponsored Post

smate

Active+ Member
Joined
Apr 21, 2007
Messages
4,795
Reaction score
19
Points
25
info jarang org tau
 

kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
setiap kali Raya Puasa, mesti cirit-birit sebab tak kontrol makan...
 

silverchair959

Legendary Member
Joined
Dec 21, 2005
Messages
17,837
Reaction score
88
Points
125
yg aku tau...kalo raya posa mesti rege ayam naik...time raya cina tak naik plak...haih
 

RizMa

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Apr 29, 2007
Messages
4,475
Reaction score
112
Points
38
info yg berguna utk masyrakat CG
 

asrul07

Active+ Member
Joined
Jul 17, 2008
Messages
3,055
Reaction score
3
Points
25
ada yg dah tau.tp buat x tau je..
 

walaukana

Active Member
Joined
Dec 7, 2007
Messages
1,132
Reaction score
3
Points
25
kita mesti control kuantiti mkanan time raya.Apa yg teruk adalah setiap x mgunjungi rumah org,kita mesti dhdngi minuman bergas yg mgndungi gula sbnyk 9 sudu teh.Huh bnyk mknan yg berlemak n dn brminyak.Extremely unhealthy.Bersederhanalah.
 

Jeb

CG Top Poster Club
Joined
Jan 2, 2007
Messages
39,505
Reaction score
124
Points
123
bersalam pun leh merebak bakteria ke??
 

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
TT ni apa kes? Baru join dah kena infraction?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register