BTC USD 63,248.6 Gold USD 4,332.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

10 Ciri Perempuan Pisau Cukur

mesyamsul

Active+ Member
Messages
3,227
Joined
Jan 17, 2009
Messages
3,227
Reaction score
15
Points
25
10 Ciri Perempuan Pisau Cukur

1. Di awal perkenalan di dia banyak memainkan peranan menggoda lelaki dengan menggunakan semua aset yang dimilikinya.

2. Perempuan pisau cukur ini kebanyakannya lemah lembut, manis dan bijak berkata-kata. Pada mulanya si dia tidak minta apa-apa tetapi lama-lama botak kepala lelaki mengadakan setiap permintaannya.

3. Perempuan pisau cukur berperwatakan seperti perempuan mewah yang memiliki segalanya. ini adalah untuk menyakinkan lagi lelaki bahawa dia tidak memerlukan harta lelaki untuk jadi senang. Namun harus diingat semua itu hanya berlakon semata-mata

4. Agak seksi dan menggoda. Maklumlah cara ini sahajalah yang boleh membuat lelaki cair.

5. Biasanya mempunyai sejarah pahit dalam kehidupan mereka. Umumnya mereka ini anti lelaki. Contohnya anak jadi mangsa rogol ayah sendiri. Apabila usianya semakin meningkat, dia merasakan semua lelaki tidak boleh diharap dan dia menanam hasrat untuk membalas dendam pada semua lelaki.

6. Mula minta itu dan ini setelah agak lama berkawan. tetapi kebiasaannya ia akan bermula sedikit demi sedikit. Mungkin di awalnya si dia akan minta topup, kemudian minta lelaki tersebut hadiahkannya telefon bimbit sahaja. tetapi selepas itu sikit demi sedikit dia mainkan peranan.

7. Tidak ada perasaan cemburu ataupun mahu mengakhiri hubungan dengan perkahwinan. tidak kisah walaupun tahu lelaki itu sudah berkahwin asalkan banyak harta perempuan pisau cukur tetap akan goda sampai dapat.

8. Mudah untuk di bawa ke mana-mana sahaja tanpa ada sebarang sekatan. Apa yang penting tempat yang dituju boleh memberi banyak manfaat padanya contohnya bershopping.

9. Akan merahsiakan latar belakang keluarganya. Walaupun kamu sudah berkawan dengannya hampir 2 bulan. tetapi kamu masih tidak tahu dari mana asalnya dan siapa ibu bapanya. Apabila di tanya dia lebih suka mengelak.

10. Apabila lelaki yang dikikisnya sudah tidak boleh beri apa-apa manfaat padanya lagi. dengan mudah dia mencari kesalahan lelaki tersebut. Biarpun apa yang dikatakannya tidak masuk akal. tetapi alasan-alasan yang di ciptanya memang sukar untuk dibidas.
 
nasib baik aku bukan jenis cam tu...
cuma aku tak bagi laki aku pegang duit jer..
n duit aku simpan...
 
betul tu..
kalau la sesiapa pernah jd mangsa pompuan mcm tu...
kongsi² la...
 
Nasib baik la isteri aku xda langsung sifat2 pencukur...
 
dia cukur kita..kita cukur dia balik..apa susah
 
dia cukur kita..kita cukur dia balik..apa susah

Kalau awek awak Farah Fauzana kira awak boleh buat macam awak kata how about this one..sure I follow lah tul tak..:))

AZE22.jpg
 
Back
Top
Log in Register