BTC USD 56,882.7 Gold USD 1,765.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

10 bulan, PGA Sarawak rampas RM47.39 juta

stealthmovic

Active+ Member
Messages
2,610
Top Poster #3
Joined
Oct 16, 2011
Messages
2,610
Reaction score
69
Points
40
1635405942913.png



Kuching: Sebanyak RM47.39 juta nilai rampasan hasil daripada 359 serbuan dilakukan Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi tempoh Januari hingga semalam.


Komander PGA Briged Sarawak, Senior Asisten Komisioner Saini Bongkek berkata, bagi tempoh sama, seramai 1,217 tangkapan dan pengusiran pendatang tanpa izin (Pati) dilakukan pihaknya.

"Seramai 211 warga tempatan, 265 warga asing ditahan manakala 741 warga asing termasuk kanak-kanak diusir ketika cuba menyusup masuk ke negara ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, semua tangkapan dan pengusiran warga asing membabitkan rakyat Indonesia dan Filipina.


Memperincikan jumlah rampasan dilakukan pihaknya, Saini berkata, rokok seludup adalah rampasan tertinggi iaitu sebanyak RM24.9 juta manakala kenderaan yang disita kerana terbabit dalam kegiatan itu berjumlah RM15.8 juta.

"Selain itu, rampasan membabitkan dadah, arak dan minuman keras seludup masing-masing bernilai RM1.7 juta, minyak diesel RM653,927, kayu balak RM87,985, hidupan dan tumbuhan dilindungi RM267,600, mercun RM148,772, wang rasuah RM5,000 dan lain-lain rampasan RM2.8 juta," katanya.

Katanya, semua tangkapan dan rampasan disiasat mengikut Akta Imigresen 1963, Akta Kastam 1967, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran, (ATIPSOM) 2007, Ordinan Hutan Sarawak 2015, Ordinan Perlindungan Hidupan Liar Sarawak 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan.

 
Top
Log in Register