akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 53,971
Top Poster #2
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 53,971
- Reaction score
- 6,425
- Points
- 881
- Awards
- 1
10,364 pemohon dapat geran tanah di Gua Musang
AZMI YUSOFAugust 9, 2024
Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan
GUA MUSANG: Sejak tahun 1990 kerajaan negeri meluluskan seluas 179,783 ekar tanah membabitkan seramai 10,364 pemohon bagi memperolehi geran hak milik tanah di jajahan Gua Musang.
Timbalan Menteri Besar, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, jumlah tanah yang diberi hak milik pada 1990 sehingga 2022 di bawah kerajaan PAS.
Katanya sehingga sekarang kerajaan negeri sudah memberi geran hak milik melibatkan kawasan seluas 528,424 ekar yang diberi kepada rakyat di seluruh Kelantan.
“Ia membabitkan sebanyak 81,000 permohonan tanah telah dluluskan kerajaan negeri dan sampai sekarang terdapat 85,000 permohonan atau lebih daripada itu,” katanya pada Soal Jawab Set Kito Pertahan Nenggiri disiarkan Kelantan TV malam tadi.
Beliau juga berkata, sebagai sebuah negeri yang mengutamakan kebajikan banyak tanah kerajaan diberi hak milik kepada rakyat.
Selain itu kata beliau kerajaan negeri melulus tanah secara pajakan tanah kepada syarikat perladangan untuk menjana pendapatan negeri.
“Jadi kalau orang kata, kita bagi kepada syarikat, kita tak bagi (hak milik) kepada syarikat, ia diberi dalam bentuk pajakan dan akan kembali semula kepada kerajaan selepas tamat tempohnya,” kata beliau. – HARAKAHDAILY 9/8/2024