- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,652
- Reaction score
- 1,894
- Points
- 591
KLANG 10 Jan. - Kira-kira 10,000 individu dikesan menjadi anggota rahsia lapan kumpulan yang terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah dan gangsterisme di Selangor dengan tujuh daripadanya berpusat di daerah Klang.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, kumpulan itu dikesan terbabit dalam aktiviti haram termasuk meminta wang perlindungan, peras ugut, rompakan, samun dan pengedaran dadah.
Beliau berkata, pihaknya telah melancarkan operasi khas dikenali Ops Cantas untuk menangkap ketua-ketua kumpulan itu.
''Seramai 16 anggota geng jenayah itu yang dipercayai antara pemimpin utama berjaya ditangkap sejak dua bulan lalu dan dikenakan tahanan mengikut Ordinan Darurat.
''Kita juga mengenal pasti identiti kebanyakan ahli rahsia geng ini. Kita ada dokumen kira-kira 10,000 mereka ini dan kita tahu siapa yang perlu dicari jika berlaku jenayah,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Balai Polis Bukit Tinggi di sini hari ini.
Khalid memberitahu, pihaknya akan menggandakan usaha menjejaki ahli kumpulan itu dengan fokus diberikan kepada daerah Klang.
Pasukan khas yang menjalankan Ops Cantas itu ditubuhkan selepas berlaku beberapa insiden jenayah kejam di Selangor baru-baru ini.
Antaranya, kejadian lapan lelaki bersenjatakan parang menyerang dan menyamun mangsa secara rambang di tepi jalan di Taman Sentosa di sini menyebabkan dua mati dan lima lagi cedera.
Khalid menambah, walaupun banyak kejadian jenayah yang dilaporkan di Selangor, statistik menunjukkan penurunan kepada 57,752 kes atau 1.43 peratus sepanjang tahun lalu berbanding tahun sebelumnya.
Kata beliau, kes kecurian motosikal paling tinggi dicatatkan diikuti samun dan pecah rumah
Buru sampai habis...lepas tu semua hukum gantung dengan segera..tak nak aku bayaq cukai untuk kasi depa nie makan senang senang..