BTC USD 57,409.0 Gold USD 1,786.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

1 pegawai, 3 anggota IPD Batu Pahat ditahan, peras RM1,000 wang tauke kilang

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,522
Reaction score
261
Points
51

Johor Bahru: Seorang pegawai kanan dan tiga anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat ditahan selepas disyaki terbabit dengan kes pemerasan terhadap pengurus kilang perabot di Batu Pahat, Khamis lalu.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Picthay berkata, siasatan mendapati, pengurus kilang berusia 50 tahun itu diugut untuk menyerahkan RM1,500 kepada suspek.

"Ia sebagai balasan kepada suspek untuk tidak mengambil tindakan terhadap pekerja warga Bangladesh di kilang perabot itu yang tidak mempunyai permit.

"Bagaimanapun, pengurus kilang itu tidak dapat menyediakan amaun diminta dan suspek bersetuju menerima hanya RM1,000," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Menurut beliau, selepas menerima RM1,000, suspek beredar dari lokasi tanpa mengambil tindakan terhadap pekerja asing terbabit.

"Susulan laporan polis yang dibuat pengurus kilang itu, pegawai dan anggota polis berusia 26 hingga 46 tahun ditahan. Mereka direman sehingga 9 April lalu bagi membantu siasatan.

"Kertas siasatan berhubung kes ini sedang dikemaskini dan kemungkinan mereka akan dituduh di mahkamah pada hujung minggu ini," katanya.

Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, keempat-empat suspek dipercayai sudah lama menjalankan kegiatan pemerasan dengan menjadikan kilang-kilang di Batu Pahat sebagai sasaran.

"Kesemua suspek ini menjalankan aktiviti mereka seperti pemungat cukai pintu yang pergi ke kilang-kilang untuk lakukan pemerasan. Namun kali ini, mangsa membuat laporan polis.

"Saya mohon masyarakat supaya terus menyalurkan maklumat kepada saya kerana saya akan ambil tindakan. Kalau tuan-tuan laporkan kepada ketua polis daerah, tetapi tidak diambil tindakan, saya akan ambil tindakan terhadap ketua polis daerah itu," katanya.

AYOB Khan ketika sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor. FOTO Nur Aisyah Mazalan



== harian metro
 
Sponsored Post

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
8,046
Reaction score
643
Points
121
Kena game dengan tauke kilang nampak gayanya.
Bertabah lah pemakan rasuah.
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Aug 2, 2007
Messages
10,827
Reaction score
1,428
Points
201
Adoi xpasai2 ja kena
 

Encik Sponge

Active+ Member
Joined
Jul 22, 2013
Messages
4,825
Reaction score
647
Points
81
Kes2 gini ada dua situasi.. samada kita g report dulu atau kita yg kena tuduh tawar rasuah

Nak tawar jgn bagi harga rendah... kalau depa tak setuju depa akan up harga... bila depa up tinggi, kita xmmpu nak bagi memang depa akan report org tu tawar.... jadi lawan la sapa report dulu hahahaha

Baik jgn tawar langsung.. xyah nak adjust pintu belakang
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
32,063
Reaction score
1,666
Points
201
Last2 majikan terlepas.. majikan leh amik permit pemutihan pekerja asing yg tiada doc.. happyending tuk tauke
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Aug 2, 2007
Messages
10,827
Reaction score
1,428
Points
201
Melayu kena lagi walaupun salah sendiri.
Klau duk kt negara China pun ayat camtu gk, China kena lg walaupun salah sendiri xgitu
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
13,941
Reaction score
2,223
Points
201
Malas nak ckp
Tgk je
Bulan pose huhu
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
21,876
Reaction score
2,730
Points
201
tuduh dan pecat dari kerja.....manusia hina..diberikan amanah dan kuasa....makan rasuah...padan muka kena tangkap
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register