limahchai
Junior Member
- Joined
- Nov 2, 2010
- Messages
- 90
- Reaction score
- 0
- Points
- 6
berita selanjutnya...freemalaysiakiniPada wawancaranya dengan Bloomberg pada 16 November lalu, Mahathir berkata “BN mungkin tidak dapat dua pertiga majoriti yang membolehkan mereka memerintah negara dengan mandat yang kukuh” pada pilihan raya umum yang perlu diadakan sebelum 2013.
Namun, katanya parti pemerintah itu “mungkin mendapat satu atau dua” daripada lima negeri yang sekarang di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.
Mahathir bagaimanapun tidak menamakan negeri-negeri yang dijangkakan akan jatuh semula ke tangan BN. Namun dipercayai beliau merujuk kepada negeri asalnya, Kedah yang jatuh kepada PAS buat pertama kali pada pilihan raya 2008.
Sebuah negeri lain yang diintai oleh BN adalah Selangor, antara negeri paling kaya di Malaysia.
Jika di lihat dari tekaan Dr M pada PRU yang lepas, kebanyakaan tekaan beliau adalah tepat...contohnya BN akan kehilangan kuasa 2/3 dalam parlimen, BN akan jadi lemah dan akan kehilangan beberapa negeri dan pelbagai lagi...namun kenyataan Dr M tidak diambil peduli oleh pemegang kuasa ketika itu malah di 'diam'kan terus dari media...
Hari ini firasat Dr M melahirkan sesuatu yang akan memberi detik bagi Pakatan Rakyat untuk respon, dari masalah dalaman yang dihadapi oleh PKR dan DAP dalam perebutan kuasa hinggalah kepada Pas yang mulai kehilangan undi melayu sedikit demi sedikit....
Telahan DR M ini tidak harus diambil mudah oleh Pakatan Rakyat, inilah satu isyarat bahawa pergolakan dalaman PR telah memberi kesan kepada kepercayaan Rakyat di beberapa buah negeri...
apakah tindakan dan respon yang akan di ambil oleh Pakatan rakyat?