BTC USD 61,536.5 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

1,665 Jawatan Bomba Akan Diisi Segera - Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,629
Reaction score
15,631
Points
2,376

1,665 jawatan bomba akan diisi segera

Oleh Mary Victoria Dass- September 19, 2021 @ 1:35pm
[email protected]
15



JOHOR BAHRU: Sebanyak 1,665 kekosongan membabitkan pelbagai jawatan dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di seluruh negara akan diisi dalam tempoh terdekat.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib, berkata jabatan berkenaan masih kekurangan anggota kerana proses pengambilan agak perlahan ketika ini akibat pandemik COVID-19.

Pengisian kekosongan itu adalah penting dalam usaha memastikan perkhidmatan jabatan itu berada pada tahap optimum. Kekosongan jawatan itu membabitkan pengurusan tertinggi dan profesional serta kumpulan pelaksana.

"Setakat ini, terdapat 55 kekosongan daripada 490 perjawatan bagi pengurusan tertinggi dan profesional, manakala 1,610 kekosongan daripada 14,026 perjawatan membabitkan kumpulan pelaksana.

"Kita akan mencari jalan bagi mengisi kekosongan kerana tidak mahu perkhidmatan tergendala atau terencat kerana kekurangan kakitangan," katanya ketika melakukan lawatan kerja di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor hari ini. Hadir sama, Pengarah JBPM Johor, Datuk Yahaya Madis.

abang_bomba_19_1632034406.jpg


Ismail melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor, Jalan Kangkar Tebrau, Johor hari ini. - Foto NSTP/Nur Aisyah Mazalan


Ismail berkata, pihaknya berharap pengisian kekosongan jawatan di JBPM mampu meningkatkan tempoh masa bertindak ke tahap antarabangsa.

Kerajaan juga menyasarkan kira-kira 30 peratus perjawatan di JBPM diisi wanita kerana terdapat bidang kerja yang memerlukan kelebihan mereka.

"Misalnya apabila berlaku kejadian yang menyebabkan mangsa berdepan tekanan psikologi, keperibadian dan personaliti anggota wanita boleh membantu menenangkan mangsa.

"Kita akan lihat di mana tempat kelebihan mereka itu diperlukan dan mereka akan bertugas di samping anggota lelaki. Namun buat masa ini sasaran itu masih belum dicapai," katanya.
Sementara itu, Yahaya berkata, terdapat 174 kekosongan membabitkan pelbagai jawatan di peringkat negeri.

"Kekosongan ini turut membabitkan anggota yang memikul tanggungjawab selaku ketua balai dan penolong ketua balai," katanya.

abang_bomba_19A_1632034411.jpg


Ismail (dua kanan) menyerahkan Kad Harta Modal Bot Fiber kepada 3 balai disaksikan Yahaya (kanan). - Foto NSTP/Nur Aisyah Mazalan


 

CG Sponsors




Top
Log in Register