BTC USD 64,924.7 Gold USD 2,326.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

1,000 penyokong Selangor batal ke KB

jebatz

Active+ Member
Messages
4,002
Joined
Jun 15, 2009
Messages
4,002
Reaction score
10
Points
25
1,000 penyokong Selangor batal ke KB​

KUALA LUMPUR - Memikirkan keselamatan diri lebih penting daripada segalanya, Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor (SSFC) rela mengorbankan hasrat mereka bertandang ke Kota Bharu bagi menemani perjuangan skuad Merah Kuning dalam suku akhir kedua Piala Malaysia, malam ini.

Bukan kerana gentar atau gerunkan lautan Wira Merah yang mengelilingi Stadium Sultan Muhammed IV nanti, Presiden SSFC, Nasir Yunus berkata, mereka mahu mengambil kira keprihatinan dengan imej bola sepak negara biarpun hampir 1,000 penyokong Selangor meluap-luap mahu ke sana dengan menaiki 20 bas.

"Kami dengan perasaan sedih, kecewa bercampur terkilan, terpaksa membatalkan hajat ke Kota Bharu. Biarlah kami berkorban demi keselamatan penyokong sendiri kerana bayangkan jika di tempat sendiri pun diserang (Stadium Shah Alam pada suku akhir pertama, Selasa lalu), bagaimana pula jadinya bila kami di tempat lawan.

"Ramai yang tetap mahu ke sana dan kami tidak gentar dengan sesiapa pun tetapi siapa yang dapat beri jaminan keselamatan kepada kami, jadi ada baiknya untuk tidak mengeruhkan suasana dan demi kebaikan bola sepak negara, kunjungan itu kami batalkan," katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada suku akhir pertama yang dicemari dengan insiden perang lempar-melempar botol air, membakar mercun sehingga mencederakan seorang petugas perubatan dan saling menyerang penyokong di dalam dan luar stadium.

Nasir turut kesal dengan sikap kebanyakan penyokong Kelantan yang terlibat dengan insiden Selasa lalu, merupakan pemastautin tetap dan sudah berkeluarga malah mencari rezeki di Lembah Klang tetapi masih tidak mendukung pepatah, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

"Kalaupun mereka tidak mahu menjadikan kami kawan, janganlah pula kami dibuat lawan untuk bertempur kerana ini gelanggang bola sepak dan tiada siapa pun untung dengan insiden ini," katanya yang mengadakan mesyuarat SSFC di Kota Damansara, Petaling Jaya bagi membincangkan hasrat ke Kota Bharu itu, kelmarin.

Nasir turut menggesa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menimbangkan cadangan SSFC supaya mengembalikan Kelantan bermain di gelanggang berkecuali seperti ke Stadium Nasional, Bukit Jalil musim lalu sekiranya insiden kekacauan penyokongnya berterusan termasuk perlawanan menentang pasukan lain.

apa pandangan anda pula?..
 
Sponsored Post

Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register