BTC USD 50,460.8 Gold USD 1,781.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

🚴 Skuad Basikal Kebangsaan 🏆

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
325,128
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
325,128
Reaction score
16,623
Points
2,376
IMG_20210812_134348_416.jpg

Jepun memiliki sekitar 50 sekolah keirin dalam usaha melahirkan pelumba terhebat berbasikal trek.

Maka tidak hairanlah andai Jepun antara negara benua Asia yang terawal meraih pingat dalam Sukan Olimpik menerusi Tsutomu Sakamoto dalam pecut individu dalam temasya Barcelona 1988.

Antara faktor utama ialah kerana kewujudan sekolah keirin yang melahirkan pelumba berpotensi, lantas modul sama akan digunakan oleh Terengganu yang telah melahirkan perlumbaan berbakat seperti Datuk Azizulhasni Awang.

Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com

#AWANInews
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
325,128
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
325,128
Reaction score
16,623
Points
2,376
IMG_20210814_000517_012.jpg

"Perkara paling penting bagi saya adalah proses pemulihan daripada kecederaan yang dialami dan meluangkan masa bersama keluarga. Ketika ini, saya masih lagi belum membuat keputusan untuk berlumba dalam Kejohanan Dunia," kata pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom.

Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com

#WeBelangTogether
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
325,128
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
325,128
Reaction score
16,623
Points
2,376

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
325,128
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
325,128
Reaction score
16,623
Points
2,376
FB_IMG_1629037546320.jpg

National track cycling ace Datuk Mohd @azizulhasniawang today awarded with one entry in the Malaysia Book of Records (MBR) – for being the first Malaysian to win a silver medal in Olympic Games (Cycling) - MBR COO Christopher Wong

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
325,128
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
325,128
Reaction score
16,623
Points
2,376
Kejayaan jaguh berbasikal negara Datuk Azizulhasni Awang menyumbang pingat perak pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo terus dihargai apabila menerima insentif bernilai RM350,000 daripada kerajaan Terengganu hari ini.

Ganjaran itu berupa sebuah rumah teres setingkat bernilai RM300,000 di Dungun dan wang tunai RM50,000.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
325,128
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
325,128
Reaction score
16,623
Points
2,376
IMG_20210907_124559_519.jpg

Pelumba kelahiran Perak, Nyo Ci Hui, memecahkan rekod remaja kebangsaan dalam acara kejar-mengejar individu, Kejohanan Berbasikal Trek Remaja Dunia di Kaherah, Mesir semalam.

Ci Hui merekodkan catatan masa 2 minit 33.075s - hampir 1 saat lebih pantas berbanding rekod lama yang sebelum ini dipegang Anis Amira Rosidi.

Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com
#AWANInews
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
325,128
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
325,128
Reaction score
16,623
Points
2,376

Hadiah TMJ kepada Azizulhasni cetus spekulasi

September 12, 2021 @ 9:14pm

zul12_1631452422.jpg


Gambar menunjukkan Azizulhasni bersama kereta Ford GT milik TMJ yang menjadi tular, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR: Bentuk ganjaran yang dikurniakan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menjadi tanda tanya khususnya dalam kalangan peminat sukan tanah air.

Malah, ada yang cuba mencetuskan spekulasi atau andaian bahawa TMJ yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) menghadiahkan sebuah 'supercar' kepada Azizulhasni.

Andaian itu dibuat sesetengah pihak dengan hanya melihat Azizulhasni yang dikenali senagai 'The Pocket Rocketman' bergambar bersama kereta Ford GT milik TMJ, baru-baru ini.

Namun, ada juga yang bersikap lebih positif dengan menganggap agak mustahil untuk TMJ menghadiahkan koleksi kereta kesayangannya kepada Azizulhasni.

Menurut laporan beberapa portal, kereta Ford GT itu dipandu TMJ ketika menerima mengadap pelumba basikal trek profesional itu di ibu pejabat JDT.

Berdasarkan status di Facebook HRH Crown Prince of Johor, Selasa lalu juga tidak mendedahkan apa bentuk ganjaran peribadi yang dikurniakan oleh TMJ atas pencapaian Azizulhasni di Sukan Olimpik 2020 baru-baru ini.

Azizulhasni dalam hantaran di Facebook miliknya pada hari yang sama hanya berterima kasih atas kurniaan ganjaran peribadi daripada TMJ dan turut tidak mendedahkan mengenai hadiah yang diterimanya.

"Menjunjung kasih Tunku diatas hadiah peribadi daripada Tunku kepada patik. Patik akan ingat sampai bila-bila. Semoga Allah murahkan rezeki dan merahmati Tunku serta seluruh kerajaan Tunku," tulis Azizulhasni.

Usaha BH Sukan untuk mendapatkan komen daripada Azizulhasni sendiri mengenai spekulasi yang bermain di media sosial berkaitan hadiah peribadi dari TMJ itu juga tidak berjaya.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
325,128
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
325,128
Reaction score
16,623
Points
2,376

TMJ bukan hadiah Ford GT kepada Azizulhasni

Oleh Sukhairi Thani- September 13, 2021 @ 6:02pm
[email protected]

bhtmjkereta13_1631527344.jpg


TMJ bergambar bersama Ford GT miliknya. - Foto IG Tunku Ismail


KUALA LUMPUR: Bukan kereta 'supercar' Ford GT yang dikurniakan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dalam satu pertemuan antara mereka, baru-baru ini.

Sumber yang rapat dengan Azizulhasni mengesahkan TMJ ada memberi imbuhan atas kejayaan jaguh lumba basikal itu memenangi pingat perak di pentas Sukan Olimpik Tokyo 2020 tetapi ia bukan kereta seperti yang tular.

Selain itu, katanya, pemilik pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) berkenaan turut memberi cenderahati berbentuk jersi dan mafla Harimau Selatan.

"Tidak... bukan kereta. Ada imbuhan tetapi jumlahnya tidak diketahui. Beliau (Azizulhasni) turut menerima cenderahati berbentuk jersi dan mafla JDT... itu saja," kata sumber itu.

Semalam, BH Sukan melaporkan terdapat tanda tanya berkisar dalam kalangan peminat sukan tanah air dengan antaranya menganggap TMJ menghadiahkan kereta 'supercar' Ford GT kepada Azizulhasni.

Andaian itu dibuat sesetengah pihak dengan hanya melihat Azizulhasni yang dikenali senagai 'The Pocket Rocketman' bergambar bersama kereta Ford GT milik TMJ.

Berdasarkan status di Facebook HRH Crown Prince of Johor, Selasa lalu juga tidak mendedahkan apa bentuk ganjaran peribadi yang dikurniakan oleh TMJ atas pencapaian Azizulhasni pada temasya berprestij itu.

Azizulhasni dalam hantaran di Facebook miliknya pada hari yang sama hanya berterima kasih atas kurniaan ganjaran peribadi daripada TMJ dan turut tidak mendedahkan mengenai hadiah yang diterimanya.

"Menjunjung kasih Tunku diatas hadiah peribadi daripada Tunku kepada patik. Patik akan ingat sampai bila-bila. Semoga Allah murahkan rezeki dan merahmati Tunku serta seluruh kerajaan Tunku," tulis Azizulhasni.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
325,128
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
325,128
Reaction score
16,623
Points
2,376

Azizulhasni harap lebih ramai rakannya layak ke Paris 2024

September 15, 2021 @ 2:10pm

zul15.jpg_1631686239.jpg


Datuk Azizulhasni Awang ketika bersaing pada temasya Sukan Olimpik 2020 di Velodrom Izu, Tokyo, baru-baru ini. - Foto AFP.


KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mengharapkan lebih ramai rakan seperjuangannya dalam kem berbasikal trek layak ke temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Malah, Azizulhasni yang bakal berusia 36 tahun ketika itu turut tidak 'keberatan' sekiranya rakan sepasukannya yang lebih muda, Muhammad Fadhil Mohd Zonis ataupun Muhammad Shah Firdaus Sahrom mempamerkan prestasi cemerlang sekali gus menamatkan penantian pingat emas sulung negara.

"Kita ada tempoh yang tak panjang tetapi apa pun boleh berlaku," katanya ketika menjadi tetamu Webinar Edisi Khas sempena sambutan Bulan Kemerdekaan UiTM: Inspirasi Perjuangan Dari Bumi Tokyo anjuran Universiti Teknologi Mara, hari ini.

Program berkenaan yang disiarkan secara langsung menerusi Youtube itu turut disertai Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharuddin.

"Saya akan cuba sedaya upaya untuk mengekalkan prestasi dan meningkatkan lagi (kemampuan diri). Saya akan membantu Shah dan Fadhil untuk berada di tahap tertinggi yang termampu.

"Andai kata di Paris nanti Shah atau Fadhil lebih mempunyai peluang untuk menang, lebih menunjukkan prestasi dan cemerlang daripada saya, sudah tentu saya akan membantu mereka sebanyak mungkin.

"Kalau pada masa itu saya masih relevan, tentunya saya akan beraksi sepenuh keringat. Seperti mana saya kongsikan dengan media, Paris 2024 adalah kayuhan legasi saya yang terakhir, selepas itu saya akan bersara.

"Bagi saya, lebih ramai lebih baik kerana ia dapat menyuntik lebih banyak semangat dan memberikan keyakinan untuk atlet Malaysia yang lain. Jangka masa itu tidak jauh, harap dapat doakan kepada saya bukan saja untuk kem berbasikal tetapi juga seluruh kontinjen."

Pemenang pingat perak acara keirin di Tokyo 2020 itu turut menjelaskan, kem berbasikal trek kebangsaan juga menumpukan kepada Sukan Komanwel dan Sukan Asia yang dijadualkan pada tahun depan dan fokus seterusnya memburu kelayakan ke Paris 2024 dalam acara berpasukan.

"Untuk Paris, kita akan fokus kepada acara berpasukan iaitu pecut berpasukan untuk saya, Shah dan Fadhil layak. Saya tak nampak kenapa kita tak boleh layak ke sana kerana kita adalah sebuah pasukan kukuh. Saya lihat, Shah dan Fadhil sudah bersedia ke tahap seterusnya iaitu Olimpik.

"Kita hampir menang pingat emas di Sukan Asia Jakarta 2018, kita cuma tercicir sedikit saja di final. Pada masa itu, mungkin ada salah seorang daripada kami belum bersedia sepenuhnya.

"Namun sekarang, mereka sudah bersedia dan berharap pada 2023 dan 2024, mereka boleh memberikan sepenuh keringat untuk acara berpasukan ini supaya dapat melayakkan diri," katanya.


 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register