BTC USD 35,992.7 Gold USD 1,815.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 💉 Vaksinasi Kebangsaan untuk rakyat Malaysia

Adakah anda setuju untuk terima suntikan vaksin COVID19

  • Setuju

    Votes: 148 65.8%
  • Tidak Setuju

    Votes: 42 18.7%
  • Neutral

    Votes: 28 12.4%
  • Tidak Setuju, tetapi terpaksa atas faktor memenuhi tuntutan undang-undang

    Votes: 7 3.1%

  • Total voters
    225

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,140
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,140
Reaction score
4,390
Points
296
Awards
1
82.5% Remaja, 95.7% Dewasa Lengkap Di Vaksinasi

23.11.2021 - Kuala Lumpur, Sebanyak 2,597,622 individu atau 82.5% daripada populasi remaja di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi. Berdasarkan data kementerian kesihatan (KKM) di laman CovidNow, sebanyak 2,758,317 individu atau 87.6% bagi populasi remaja pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa, 95.7% atau 22,413,570 individu telah lengkap vaksinasi manakala 97.9% atau 22,930,251 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19. Sebanyak 109,016 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 11,912 suntikan dos lengkap, 4,941 menerima dos pertama dan 92,163 pula mendapat suntikan dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 52,082,943.

Berita asal https://www.malaysianow.com/berita/2021/11/23/82-5-remaja-95-7-dewasa-lengkap-divaksinasi/
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,140
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,140
Reaction score
4,390
Points
296
Awards
1
82.7% Remaja, 95.8% Dewasa Lengkap Di Vaksinasi

24.11.2021 - Kuala Lumpur, Sebanyak 2,603,148 individu atau 82.7% daripada populasi remaja di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi. Berdasarkan data kementerian kesihatan menerusi laman CovidNow, sebanyak 2,760,656 individu atau 87.7% bagi golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula, 22,425,264 individu atau 95.8% telah lengkap vaksinasi manakala 98% atau 22,936,203 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19. Sebanyak 135,631 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 10,473 suntikan dos lengkap, 5,233 menerima dos pertama dan 119,925 mendapat suntikan dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 52,232,576.

Berita asal https://www.malaysianow.com/berita/2021/11/24/82-7-remaja-95-8-dewasa-lengkap-divaksinasi/
 

yussv

Active+ Member
Messages
4,236
Paid Membership
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,236
Reaction score
662
Points
81
Sikit hari lg malaysia benarkan bwh 12thn pulak vaksin..baru bole cecah populasi keseluruhan 80%
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,140
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,140
Reaction score
4,390
Points
296
Awards
1
COVID-19 di Malaysia
Laman web rasmi kerajaan Malaysia untuk data dan analisa tentang COVID-19
Dikemaskini 28 Nov 2021, 4:32 pm

1638095859043.png
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,140
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,140
Reaction score
4,390
Points
296
Awards
1
Kerajaan Belum Putuskan Dos Penggalak Syarat Lengkap Vaksinasi

29.11.2021 - Kuala Lumpur, Kerajaan belum memutuskan dos penggalak sebagai syarat untuk seseorang individu itu dikategorikan telah lengkap menerima vaksinasi, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata ketika ini kementerian kesihatan (KKM) sedang membuat kajian berdasarkan pengalaman negara lain yang telah menetapkan dos penggalak sebagai syarat lengkap vaksinasi.

“Pakar-pakar juga sedang mengkaji keberkesanannya dan mereka akan membuat syor kepada Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Penggalak (CITF-B). Kalau kita dapati kes meningkat, kemasukan ke hospital dan kematian juga meningkat disebabkan keengganan orang untuk terima dos penggalak dan sudah menjadi norma antarabangsa untuk mereka mensyaratkan vaksinasi lengkap ialah penerima series primer dan juga dos penggalak, maka kita akan membuat keputusan sama…tetapi (sekarang) belum lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Agenda Awani bertajuk “Dos Penggalak Jadi Perisai” yang disiarkan menerusi Astro Awani, malam tadi. Khairy berkata buat masa ini kerajaan mengiktiraf vaksinasi lengkap bagi individu penerima dua dos vaksin AstraZeneca, Sinovac dan Pfizer yang tiada masalah kesihatan. Beliau berkata Malaysia mungkin berdepan dengan gelombang baru Covid-19 sekiranya liputan pemberian dos penggalak itu tidak disegerakan.

“Kalau liputan dos penggalak tidak tinggi macam liputan (pemberian vaksinasi) dos pertama, kedua yang (menjadi) antara terbaik di dunia…kes, kadar kemasukan ke hospital dan kematian akan meningkat,” katanya.

Beliau berkata Israel pernah berdepan dengan gelombang ketiga meskipun telah menyelesaikan vaksinasi dalam tempoh yang pantas.

“Israel, mereka mungkin negara terpantas selesaikan vaksinasi, apabila selesai vaksinasi dos pertama dan kedua kes dan kematian menurun, ini menunjukkan keberkesanan vaksinasi. Namun, selepas melihat terdapatnya kumpulan yang tidak mengambil vaksin dan melihat kepada penurunan keberkesanan vaksinasi hingga tercetusnya gelombang ketiga, mereka (Israel) percepatkan pemberian dos penggalak dan hari ini (kes) menurun balik…jadi negara awal ini menjadi ‘leading indicator’ tentang apa perkembangan yang perlu kita sediakan di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata daripada lebih 1.7 juta dos penggalak jenis Pfizer yang telah diberikan di negara ini, sebahagian besar kesan sampingan ringan dilaporkan adalah seperti lenguh, sakit di lengan serta demam dan data berkenaan didapati sama dengan kesan sampingan yang dialami penerima vaksin dos pertama dan kedua.

“Daripada jumlah ini (1.7 juta), hanya 11 kes boleh dikategorikan agak serius macam alahan dan sebagainya, tetapi ia tidak menyebabkan kemasukan ke hospital yang serius setakat ini,” katanya.

Khairy berkata strategi kesihatan awam yang diguna pakai KKM dalam pemberian vaksinasi dos penggalak adalah mendidik dan memberi penerangan kepada rakyat terlebih dahulu dan bukannya dengan cara memaksa, iaitu sama seperti pendekatan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Selepas itu, barulah kita beralih strategi yang mungkin lebih agresif, misalnya mengatakan bahawa hanya individu yang lengkap vaksinasi boleh diberikan kebebasan tertentu,” katanya.

Berita asal https://www.malaysianow.com/berita/...nggalak-syarat-lengkap-vaksinasi-kata-khairy/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,140
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,140
Reaction score
4,390
Points
296
Awards
1
85.9% Remaja, 96.8% Dewasa Lengkap Di Vaksinasi

29.11.2021 - Kuala Lumpur, Seramai 2,702,748 atau 85.9% daripada populasi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi. Berdasarkan data kementerian kesihatan menerusi laman CovidNow, seramai 2,818,165 individu atau 89.6% golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula, seramai 22,659,382 individu atau 96.8% telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,006,300 atau 98.3% lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19. Sementara itu, bagi vaksinasi harian sebanyak 42,010 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 2,030 dos pertama, 3,214 dos lengkap serta 36,766 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 53,231,117 dos.

Berita asal https://www.malaysianow.com/berita/...nggalak-syarat-lengkap-vaksinasi-kata-khairy/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,140
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,140
Reaction score
4,390
Points
296
Awards
1
96.8% Dewasa, 85.9% Remaja Lengkap Di Vaksinasi

30.11.2021 - Kuala Lumpur, Seramai 22,665,493 individu atau 96.8% daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi. Berdasarkan data kementerian kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, sejumlah 23,010,447 individu atau 98.3% bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi. Sementara itu 2,705,253 atau 85.9% individu bagi populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah lengkap vaksinasi manakala 2,819,774 atau 89.5% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu 109,139 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 6,711 suntikan dos lengkap, 4,538 dos pertama dan 97,890 pula suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 53,345,233 dos. Selain itu jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 2,332,750.

Berita asal https://www.malaysianow.com/berita/2021/11/30/96-8-dewasa-85-9-remaja-lengkap-divaksinasi/
 

yussv

Active+ Member
Messages
4,236
Paid Membership
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,236
Reaction score
662
Points
81
Lepas ni kanak2 pulak vaksin..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register