BTC USD 35,351.2 Gold USD 1,834.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 💉 Vaksinasi Kebangsaan untuk rakyat Malaysia

Adakah anda setuju untuk terima suntikan vaksin COVID19

  • Setuju

    Votes: 146 65.5%
  • Tidak Setuju

    Votes: 42 18.8%
  • Neutral

    Votes: 28 12.6%
  • Tidak Setuju, tetapi terpaksa atas faktor memenuhi tuntutan undang-undang

    Votes: 7 3.1%

  • Total voters
    223
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,935
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,935
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
Pil Covid-19 Pfizer Kurangkan Kematian & Hospitalisasi Sehingga 89%

Oktober lalu Merck mengumumkan pil Molnupiravir yang dibangunkan mereka mampu mengurangkan risiko hospitalisasi dan kematian di kalangan pesakit Covid-19 sehingga 50%. Ini ialah ubat yang diberikan selepas pesakit dijangkiti sehingga Malaysia menjadi negara terawal yang mengumumkan ingin membelinya. Minggu ini Pfizer turuht mengumumkan pil Covid-19 mereka mampu mengurangkan kematian dan hospitalisasi sehingga 89% di kalangan pesakit.

Pil Pfizer ini menggunakan rawatan antiviral PF-07321332 dengan ritonavir yang sebelum ini digunakan untuk merawat pesakit HIV. Pfizer telah mendaftarkan tanda dagang Paxlovid untuk kombinasi rawatan antiviral ini. Dalam kajian yang dilakukan melibatkan 750 pesakit berisiko dengan satu kumpulan mengambil Paxlovid dan satu lagi kumpulan menerima plasebo. Rawatan diberikan dalam masa tiga hari selepas simptom mula dikesan dengan Paxlovid diberikan setiap 12 jam selama lima hari.

Dalam kumpulan yang mengambil Paxlovid, hanya 0.8% memerlukan rawatan di hospital berbanding 7.0% pesakit dalam kumpulan plasebo. Data paling penting ialah 7 dari kumpulan plasebo kemudiannya meninggal dunia dengan tiada dari kumpulan Paxlovid. Dengan kejayaan kajian klinikal, Pfizer akan memohon dari FDA untuk rawatan ini digunakan di bawah kebenaran kecemasan.

Dengan negara seperti Malaysia sudah mula memasuki fasa endemik serta masih wujud golongan yang enggan menerima vaksin, rawatan ke atas pesakit Covid-19 ialah langkah seterusnya bagi mengelakkan kematian dari terus berlaku. Setakat lebih 5 juta pesakit Covid-19 telah meninggal dunia dengan lebih 29,000 darinya di Malaysia.

Sumber asal https://www.pfizer.com/news/press-r...l-covid-19-oral-antiviral-treatment-candidate
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,935
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,935
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
PBKD Beri Kelulusan Bersyarat Kepada AstraZeneca, Sinovac Sebagai Dos Penggalak

17.11.2021 - Kuala Lumpur, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) hari ini bersetuju memberikan kelulusan bersyarat bagi vaksin AstraZeneca dan Sinovac sebagai dos penggalak kepada individu berusia 18 tahun dan ke atas dan menerima vaksin “primary series” dari jenis yang sama, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

“Dos penggalak bagi vaksin AstraZeneca akan diberikan selepas sela masa 6 bulan daripada penerimaan dos kedua vaksin tersebut manakala bagi vaksin CoronaVac, dos penggalak akan diberikan selepas 3 hingga 6 bulan daripada dos kedua diterima.

“Pemberian dos penggalak bagi kedua-dua produk vaksin ini kepada kumpulan sasar tertentu akan diperincikan oleh Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Penggalak (CITF-B) dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Berita asal https://www.malaysianow.com/berita/...da-astrazeneca-sinovac-sebagai-dos-penggalak/
 
Last edited:

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,935
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,935
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
Malaysia Akan Beri Dos Penggalak Vaksin Covid-19 Kepada Golongan Tertentu Sahaja

Keberkesanan suntikan vaksin Covid-19 akan menurun selepas beberapa bulan ia diterima. Terdapat beberapa kajian telah dilakukan dan menunjukkan tidak semua vaksin yang telah diberikan memberikan tahap keberkesanan jangka panjang yang sama. Oleh itu pemberian dos penggalak telah dimulakan di negara seperti Israel, UK dan Amerika Syarikat. Malaysia tidak ketinggalan dengan dos penggalak diberikan kepada golongan berisiko sejak bulan lalu.

Terkini Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengatakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan hanya memberikan dos penggalak kepada kumpulan yang disarankan sahaja. Antara golongan tersebut ialah individu berusia 60 tahun ke atas, petugas kesihatan barisan hadapan, mereka yang mempunyai komorbid dan yang berusia 40 tahun ke atas.

Golongan ibu-ibu mengandung, pekerja barisan hadapan industri penting dan mereka yang ingin ke luar negara untuk umrah misalnya juga disarankan menerima dos penggalak. Tiada cadangan memberikan dos penggalak kepada individu berusia antara 18-39 tahun kerana tiada data mengatakan ia diperlukan pada waktu ini. Bagi yang layak mereka tidak perlu melakukan sebarang pendaftaran tambahan dan sekadar perlu menanti menerima notifikasi menerusi aplikasi MySejahtera.

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,935
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,935
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
95.5% Dewasa, 81.4% Remaja Lengkap Di Vaksinasi

18.11.2021 - Kuala Lumpur, Seramai 22,350,755 individu atau 95.5% daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi. Berdasarkan data kementerian kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, sejumlah 22,891,163 individu atau 97.8% bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja, 81.4% atau 2,563,344 individu telah lengkap vaksinasi manakala 87.2% atau 2,745,553 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19. Sebanyak 117,736 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 20,013 suntikan dos lengkap, 6,243 menerima dos pertama dan 91,480 pula mendapat suntikan dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 51,591,383.

Berita asal https://www.malaysianow.com/berita/2021/11/18/95-5-dewasa-81-4-remaja-lengkap-divaksinasi/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,935
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,935
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
Hospital, Klinik Swasta Akan Dibekal Dos Penggalak Sinovac Tak Lama Lagi

18.11.2021 - Kuala Lumpur, Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) akan membekalkan dos vaksin penggalak Sinovac kepada hospital dan klinik swasta terpilih tidak lama lagi, susulan kelulusan bersyarat oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (DCA) semalam. Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga, Zulkarnain Md Eusope berkata, vaksin itu boleh didapati di hospital dan klinik swasta tertentu sebagai pilihan bagi individu yang berhasrat mendapatkan dos penggalak vaksin Covid-19 jenis Sinovac untuk diri mereka.

“Kami harap dengan usaha ini kita akan dapat lihat ekonomi negara terus pulih, di samping membantu rakyat Malaysia menangani pandemik, sekali gus memastikan kesejahteraan orang ramai, kelangsungan perniagaan dan yang penting sekali menyelamatkan nyawa,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, dos penggalak vaksin Covid-19 Sinovac itu mendapat kelulusan untuk diberikan kepada individu berumur 18 tahun dan ke atas yang telah menerima vaksin jenis yang sama (homologous) tiga hingga lima bulan selepas dos kedua sebagaimana yang digariskan oleh Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Penggalak (CITF-B). Katanya, beliau difahamkan beberapa bandar raya dan wilayah di China telah mula memberikan dos penggalak vaksin Covid-19 kepada mereka yang telah menerima dos kedua sekurang-kurangnya enam bulan yang lepas.

“Di China dos penggalak itu mula diberikan selepas 80% populasi negara berkenaan divaksin untuk memberikan perlindungan optimum dalam menentang virus dan varian baharu Covid-19. Berdasarkan penyelidikan di China, dos penggalak diberikan selang enam hingga 12 bulan selepas dos kedua bagi mewujudkan respons imun yang lebih mantap, dengan “geometric mean titers” (GMTs) meningkat sehingga kira-kira 140 dalam kalangan dewasa dan lebih tinggi dalam kalangan mereka yang berumur 60 tahun ke atas,” katanya.

Beliau berkata, GMT enam bulan selepas dos ketiga adalah lebih tinggi daripada kemuncak dos kedua. Katanya, kajian juga menunjukkan kekuatan antibodi yang lebih tinggi sehingga 20 kali ganda, enam bulan selepas dos penggalak berbanding dos kedua, menunjukkan tempoh perlindungan yang lebih lama dan mampu menangani varian baharu.

“Vaksin Sinovac Covid-19 adalah selamat kerana ia dibangunkan dengan menggunakan virus tidak aktif yang merupakan teknologi mantap selama lebih daripada 40 tahun. Ia juga biasa digunakan dalam pelbagai jenis vaksin yang boleh didapati di pasaran termasuk untuk polio, Hepatitis A dan rabies,” katanya.

Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...-dibekal-dos-penggalak-sinovac-tak-lama-lagi/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,935
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,935
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
81.8% Remaja, 95.5% Dewasa Lengkap Di Vaksinasi

18.11.2021 - Kuala Lumpur, Seramai 2,575,388 individu atau 81.8% daripada populasi remaja di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi. Berdasarkan data kementerian kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, sejumlah 2,748,602 individu atau 87.3% bagi populasi remaja pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa, 95.5% atau 22,363,772 individu telah lengkap vaksinasi manakala 97.8% atau 22,898,066 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19. Sebanyak 123,210 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 20,351 suntikan dos lengkap, 7,005 menerima dos pertama dan 95,854 pula mendapat suntikan dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 51,723,584.

Berita asal https://www.malaysianow.com/berita/2021/11/19/81-8-remaja-95-5-dewasa-lengkap-divaksinasi/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,935
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,935
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
Pharmaniaga Bekal Dos Penggalak Sinovac Pada Pihak Swasta

18.11.2021 - Kuala Lumpur, Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) akan membekalkan dos vaksin penggalak Sinovac kepada hospital dan klinik swasta terpilih tidak lama lagi, susulan kelulusan bersyarat oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (DCA) semalam. Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga Datuk Zulkarnain Md Eusope berkata vaksin itu boleh didapati di hospital dan klinik swasta tertentu sebagai pilihan bagi individu yang berhasrat mendapatkan dos penggalak vaksin COVID-19 jenis Sinovac bagi diri mereka.

"Kami harap dengan usaha ini kita akan dapat lihat ekonomi negara terus pulih, di samping membantu rakyat Malaysia menangani pandemik, sekali gus memastikan kesejahteraan orang ramai, kelangsungan perniagaan, dan yang penting sekali menyelamatkan nyawa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata dos penggalak vaksin COVID-19 Sinovac itu telah mendapat kelulusan untuk diberikan kepada individu berumur 18 tahun dan keatas yang telah menerima vaksin jenis yang sama (homologous) tiga hingga lima bulan selepas dos kedua, sebagaimana yang digariskan oleh Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Penggalak (CITF-B). Katanya beliau difahamkan beberapa bandar raya dan wilayah di China telah mula memberikan dos penggalak vaksin COVID-19 kepada mereka yang telah menerima dos kedua sekurang-kurangnya enam bulan yang lepas.

"Di China dos penggalak itu mula diberikan selepas 80 peratus populasi negara berkenaan divaksin, untuk memberikan perlindungan optimum dalam menentang virus dan varian baharu. Berdasarkan penyelidikan di China, dos penggalak diberikan selang enam hingga 12 bulan selepas dos kedua bagi mewujudkan respons imun yang lebih mantap, dengan geometric mean titers (GMTs) meningkat sehingga kira-kira 140 dalam kalangan dewasa, dan lebih tinggi dalam kalangan mereka yang berumur 60 tahun keatas,” katanya.

Beliau berkata GMT enam bulan selepas dos ketiga adalah lebih tinggi daripada kemuncak dos kedua, dan menambah bahawa kajian juga menunjukkan kekuatan antibodi yang lebih tinggi sehingga 20 kali ganda, enam bulan selepas dos penggalak berbanding dos kedua, menunjukkan tempoh perlindungan yang lebih lama dan menangani varian baharu.

"Vaksin Sinovac COVID-19 adalah selamat kerana ia dibangunkan dengan menggunakan virus tidak aktif yang merupakan teknologi yang mantap selama lebih daripada 40 tahun, yang juga biasa digunakan dalam pelbagai jenis vaksin yang boleh didapati di pasaran termasuk untuk polio, Hepatitis A dan rabies,” katanya.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/599809
 

yussv

Active+ Member
Messages
4,236
Paid Membership
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,236
Reaction score
662
Points
81
Ade ape2 info atau update x berkenaan pemberian vaksin utk kanak2 di bawah usia 12thn? Aritu nmpk berita tgh bincang..
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,501
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,501
Reaction score
17,708
Points
2,536
Awards
1
Ade ape2 info atau update x berkenaan pemberian vaksin utk kanak2 di bawah usia 12thn? Aritu nmpk berita tgh bincang..

Tu kena tanya dekat thread berkenaan la bang
Lebih sesuai kan 😁
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Latest Threads General Chat

Top
Log in Register