🏍 MotoGP 20' (SepangGP 22 Mac) - Moto3 (6PM) Moto2 (720PM) MotoGP (9PM)

CG Sponsors




azham

Active+ Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
4,622
Reaction score
792
Points
86
Peluang Hafizh sertai PETRONAS SRT masih terbuka

View attachment 262553

KUALA LUMPUR: Peluang untuk Hafizh Syahrin Abdullah menyertai PETRONAS Sepang Racing Team (PETRONAS SRT) masih terbuka meskipun spekulasi mengenai penyertaan legenda dua roda dunia, Valentino Rossi ke kem MotoGP pasukan semakin hangat diperkatakan.


Ketika ini, pasukan mempunyai dua alternatif pilihan dengan Hafizh terlebih dulu perlu melengkapkan kriteria ditetapkan iaitu menamatkan saingan Moto2 2020 dalam kelompok lima terbaik keseluruhan.

"Jika Hafizh dapat menunaikan sasaran ditetapkan, pilihan pertama adalah dia mungkin boleh diserapkan dalam pasukan Moto2 SRT. Jika kita tak ada pengganti Fabio (Quartararo) untuk kelas MotoGP ataupun jika ada masalah bersama Valentino yang tak dapat diselesaikan dan ada faktor yang mengubah situasi... mungkin dia akan ke MotoGP.

"Begitupun, untuk setakat ini dengan keadaan tahun ini yang berbeza (disebabkan COVID-19), kita tak dapat buat apa-apa keputusan lagi tetapi minimumnya dia boleh menyertai pasukan di Moto2.

"Peluang itu ada... itu yang kita usahakan buat pelumba Malaysia yang berkaliber dan berpotensi untuk kita masukkan dulu ke Moto2. Daripada situ, kita akan kembangkan lagi prestasi pelumba itu dan seterusnya boleh ke MotoGP," kata prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali dalam satu sidang video, kelmarin.

Hafizh yang pada tahun ini kembali menyertai kelas pertengahan Moto2 bersama pasukan Inde Aspar Team Moto2 mempamerkan tunggangan memberangsangkan di Grand Prix (GP) Sepanyol minggu lalu dengan menemui garisan penamat di tempat keenam.

Keputusan diraihnya di Litar Jerez itu lebih baik berbanding perlumbaan pusingan pembuka tirai musim 2020 di GP Qatar, Mac lalu yang menyaksikan Hafizh berada di luar kelompok 15 terbaik dengan berada di tempat ke-19.

Kem Moto2 PETRONAS SRT ketika ini diwakili pelumba Sepanyol, Xavi Vierge dan Jake Dixon (Great Britain) dengan masing-masing menemui garisan penamat di tempat ke-10 dan ke-18.

Mengulas mengenai bilakah keputusan mengenai penyertaan Rossi bakal dimuktamadkan, Razlan berkata:"Setakat ini, susah untuk kita buat keputusan sama ada dia menyertai pasukan pada tahun depan.

"Bagi kami, banyak perkara yang belum diselesaikan. Mungkin bukan daripada pihaknya tetapi mungkin daripada pihak Yamaha yang belum kita selesaikan kerana terdapat persetujuan antara Yamaha, VR46 dan SIC sendiri. Daripada segi itulah yang masih belum dimuktamadkan.

"Apapun, kita tak akan terburu-buru untuk menandatangani beliau. Sekiranya ada masa, kita akan cuba lanjutkan lagi sehingga 100 peratus pasti sama ada sesuai ataupun tidak. Kita mahu memberikan beliau lebih banyak perlumbaan untuk dirinya melakukan sesuatu.

"Jadi mungkin di Austria, kita berikan dua atau tiga perlumbaan lagi dan lihat bagaimana nanti."

Litar Red Bull Ring-Spielberg, Austria dijadual menjadi pusingan kelima dan keenam bagi musim 2020 pada 16 dan 23 Ogos ini sebelum saingan ke Litar Misano, Itali pada 13 September.

Masa race tadi saya dengar sebaliknya dari commentator.
Dia kata untuk Hafiz dapat semula slot ke Motogp adalah tipis walaupun ada Petronas.
Tapi untuk bertukar team yang lebih power di Moto2 itu lebih realistik.
 
Sponsored Post

a b c d e f

Super Active Member
Joined
Oct 28, 2010
Messages
7,430
Reaction score
671
Points
121
hafizh syahrin bru kemalangan teruk di moto2 sebentar tadi. Doakan dia selamat.

Edit: Alhamdulillah beliau sedar dan scan awal tunjuk kecederaan di sekitar pelvis


 
Last edited:

g-man

Active+ Member
Joined
Jan 16, 2011
Messages
4,615
Reaction score
592
Points
81
Harap² HS cepat sembuh..

Last week dia ada tulis something like

Tahun 2020 mcm last dan dh 13 thun dlm motorsport.
 

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
8,362
Reaction score
553
Points
126
race lamputinggi hightlight dari seberang
 

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
8,362
Reaction score
553
Points
126
zarco mesti menyesal cabut lari dari KTM. KTM bukan lagi jenama cap ayam. moto3 moto2 motogp KTM sudah no 1
 
Sponsored Post
Top
Log in Register