๐Ÿ MotoGP 20' (SepangGP 22 Mac) - Moto3 (6PM) Moto2 (720PM) MotoGP (9PM)

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,891
Reaction score
11,173
Points
2,376
Hoho itu sebab takde poin HS55 xmau perform. angel nitto dah bg chance.

U have to take it seriously or u can sing lagu bye bye by nsync sebelum end season yg 8 race tue... :LOL:

p/s: Harap2 HS55 ada letak pelekat doa naik kenderaan kat helmet dier...nak letak kat moto nnti kena sound penaja plak.. Inilah tangkal ajaib yg boleh disandarkan... :)cgrock
Tgk badan dah fit
Lbh kurang je dgn rider spain tu
Tinggal nak upgradr skil dan keringkan lagi hati je
 
Sponsored Post

MrDisc

Active Member
Joined
Dec 22, 2016
Messages
1,309
Reaction score
105
Points
38
HS55 dengan adik marquez tue dah sama jek body size.

Rempit jiwa dah sama...kering & kena gila nak naik podium kena pasak dalam hati.

Kalo kering jek balik2 jatuh kat Mugello Circuit pon payah gak... :p

Tgk badan dah fit
Lbh kurang je dgn rider spain tu
Tinggal nak upgradr skil dan keringkan lagi hati je
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,100
Reaction score
1,883
Points
206
Valentino Rossi tunda hasrat bersara

EWj-xc1WsAAKdcI.jpg


PELUMBA terkenal, Valentino Rossi menunda hasrat untuk bersara dalam dunia MotoGP tahun ini.

Sebaliknya, beliau akan meneruskan setahun lagi, gara-gara wabak koronavirus (Covid-19), lapor Daily Star.

Menurut Rossi, beliau tiada masalah dengan perlumbaan namun penularan Covid-19 memaksa semuanya ditunda dan dia berharap segalanya dapat diteruskan menjelang perlawanan pertama pada 9 Ogos mahupun September ini.

"Saya dalam situasi sukar, namun pilihan pertama saya adalah untuk meneruskannya.

"Saya memiliki motivasi yang cukup untuk saya teruskan perkara ini. Ianya penting untuk memahami peringkat pertandingan.

"Dalam fikiran, saya ada satu tahun lagi bersama kumpulan dan saya perlukan masa untuk buat keputusan," katanya.

Difahamkan, pembatalan perlumbaan pada Mac lalu susulan wabak Covid-19 turut menyebabkan Rossi gagal melengkapkan saingan sekali gus memanjangkan lagi tempoh kerjayanya.

 

MrDisc

Active Member
Joined
Dec 22, 2016
Messages
1,309
Reaction score
105
Points
38
Joined
May 13, 2007
Messages
20,378
Reaction score
1,336
Points
201
MotoGP:Update

โ–ชPetronas Yamaha Sepang :
Franco Morbidelli (akhir 2020)
(Valentino Rossi telah ditawarkan dari Yamaha dalam pasukan satelit untuk tahun 2021)

โ–ช Monster Yamaha:
Maverick Vinales (akhir 2022)
Fabio Quartararo (2022)

โ–ช Suzuki:
Alex rins (hujung 2022)
Joan Mir (akhir tahun 2022)

โ–ช Repsol Honda:
Marc Marquez (penghujung 2024)
Alex Marquez (hujung 2020) (baru)

โ–ช Ducati:
Jack Miller (akhir 2021, pilihan 2022)
Andrea Dovizioso (penghujung 2020)
Danilo Petrucci (hujung 2020)

โ–ช Avintia Racing:
Johann Zarco (Kontrak Ducati, akhir tahun 2020)
Tito Rabat (akhir 2021)

โ–ช Red Bull KTM:
Pol Espargaro (hujung 2020)
Brad Binder (hujung tahun 2020) (baru)

โ–ช Aprilia Gresini:
Aleix Espargaro (hujung 2020)
Andrea Iannone (hujung 2020)

โ–ช Tech3 KTM:
Miguel Oliveira (kontrak KTM, akhir tahun 2020)
Iker Lecuona (Kontrak KTM, akhir 2020) (Rookie)

โ–ช LCR Honda:
Cal Crutchlow (kontrak HRC, tamat 2020)
Takaaki Nakagami (kontrak HRC, tamat 2020)

โ–ช Pramac Ducati:
Francesco Bagnaia (kontrak Ducati, akhir tahun 2020)

#MGPM๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ #MGPFCM๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ #TW #TwoWheels #MotoGP20 #MotoGP
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,891
Reaction score
11,173
Points
2,376
1590773741537.png


Aksi pelumba PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo pada aksi pusingan kelayakan MotoGP di Silverstone, tahun lalu

GP Britain, Australia dibatalkan


KUALA LUMPUR: Perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Britain dan Australia 2020 yang dijadualkan pada Ogos dan Oktober, dibatalkan berikutan kebimbangan terhadap pandemik global COVID-19.

Dorna Sports, pemegang hak eksklusif komersial dan televisyen MotoGP, dalam kenyataan hari ini berkata keputusan itu dicapai dengan persetujuan Persatuan Pasukan Perlumbaan Jalan Raya Antarabangsa (IRTA) dan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) berikutan kebimbangan terhadap pandemik itu.

Mengikut jadual asal, GP Britain akan berlangsung pada 28-30 Ogos di Litar Silverstone, sementara GP Australia pula dijadualkan pada 23-25 Okt di Litar Phillip Island.

Ketua Pegawai Eksekutif Dorna Sports, Carmelo Ezpeleta berkata amat menyedihkan bagi pihaknya untuk membatalkan kedua-dua perlumbaan ikonik itu, sambil menambah masalah logistik dan operasi yang timbul akibat daripada pandemik serta penyusunan semula jadual perlumbaan menjadi antara sebab utama pembatalan tersebut.

"Setiap musim, Silverstone dan Phillip Island selalu menjadi dua perlumbaan hujung minggu yang paling mendebarkan, dengan kedua-dua litar tidak pernah gagal mempersembahkan saingan sengit dalam kejuaraan MotoGP.

"Bagi pihak Dorna, saya ingin sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada para peminat kerana memahami dan bersabar ketika pihak kami menunggu keadaan kembali pulih. Kami berharap dapat kembali ke Silverstone dan Phillip Island tahun depan untuk persaingan yang lebih mencabar," tambah Ezpeleta.

Berkongsi pandangan yang sama adalah Pengarah Urusan Silverstone Circuit Ltd, Stuart Pringle, yang sangat kecewa dengan pembatalan itu, tetapi menyokong keputusan itu kerana menghadapi masa-masa sukar ini.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat Britain yang tabah atas kesabaran dan sokongan mereka. Kita pasti menantikan tahun 2021 ketika Silverstone sekali lagi akan menjadi tuan rumah perlumbaan terpantas dan paling bersejarah dalam kalendar MotoGP, dan kami perlu bekerja keras untuk menjadikannya acara yang benar-benar luar biasa untuk dinikmati oleh semua," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Australian Grand Prix Corporation Paul Little AO berharap perlumbaan MotoGP akan kembali ke litar legenda di Phillip Island tahun depan.

"Kami sangat kecewa kerana peminat MotoGP di seluruh Victoria, Australia, dan antarabangsa tidak akan berpeluang berkunjung ke sini untuk menyaksikan pelumba-pelumba terbaik dunia bersaing di salah satu litar terbaik dunia, bagaimanapun keputusan yang tepat telah dibuat," katanya. - BERNAMA


 
Sponsored Post
Top
Log in Register