🏍 MotoGP 19' (ValenciaGP 17 Nov) - Moto3 (6PM) Moto2 (720PM) MotoGP (9PM)

CG Sponsors




notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
7,921
Reaction score
455
Points
96
Ujian Persendirian Pertama Kasma Daniel Bersama Onexox TKKR SAG Team Di Sepang
by sukanplusFebruary 13, 2020


Tahun ini di kejuaraan MotoGP dunia bagi kategori Moto2, Malaysia bakal mempunyai tiga pelumba yang akan mengibarkan Jalur Gemilang.

Selain Hafizh Syahrin, dan Khairul Idham Pawi, seorang lagi rookie, iaitu Kasma Daniel bakal menunggang jentera pasukan persendirian dari Malaysia Onexox TKKR SAG Team dalam kategori yang sama.

Ini merupakan tahun pertama Kasma Daniel Kasmayudin berlumba di kejuaraan tertinggi dunia, sebelum ini beliau pernah mengutip pengalaman berlumba di FIM CEV Repsol, di Sepanyol, dan juga berlumba di kejuaraan tertinggi Asia, iaitu Asia Road Racing Championship, ARRC.

Diharap, dengan pengalaman yang ada, disamping mendapat jentera yang padu, semoga Kasma Daniel mampu mengumpul mata sebanyak mungkin di kejuaraan MotoGP kategori Moto2. Selain merebut gelaran rookie of the year 2020.
https://sukanplus.com/ujian-persendirian-pertama-kasma-daniel-bersama-onexox-tkkr-sag-team-di-sepang
 
Sponsored Post

michael scotfield

Legendary Member
Platinum Member
Joined
May 13, 2007
Messages
19,460
Reaction score
937
Points
161
Moto2: “Masa ideal saya adalah 1: 41.6 saat” – Hafizh Syahrin

February 21, 2020 MotorTvMy angel nieto team, aron canet, Aspar Team, hafizh syahrin, Jerez Test, moto2, motogp, Team Aspar
Hari kedua ujian pra-musim sudah pun selesai, setiap pelumba telah menunjukkan peningkatan demi peningkatan dari hari pertama hingga kedua. Begitu juga pelumba negara Hafizh Syahrin yang menunjukkan peningkatan. Seperti mana yang kita tahu beliau menyatakan pada hari pertama hanya menumpukan untuk simulator perlumbaan bukan untuk mengejar catatan masa terpantas pada setiap sesi. Hafizh juga memberitahu yang beliau tidak menggunakan sebarang tayar ‘soft’ pada hari pertama, tetapi perbezaan masa beliau tidaklah begitu jauh dengan pelumba hadapan.
Pada hari kedua pula menunjukkan peningkatan yang lebih baik dari Hafizh Syahrin walaupun rakan sepasukan beliau melakukan catatan masa terpantas pada sesi ke-4 dengan 1:40.958 saat tetapi dikejar oleh Marco Bezzechi pada sesi ke-5 dengan catatan masa 1:40.448 saat. Ini menunjukkan pasukan Aspar tiada masalah untuk berada di kelompok hadapan pada sesi ujian masa satu, dua, tiga dan sesi kelayakan apabila musim perlumbaan bermula nanti.

Manakala Hafizh pula yang melakukan simulator perlumbaan berjaya meningkatkan catatan masa beliau dengan lebih konsisten dan semakin pantas dari sesi ke-4 dan ke-5. Jurang beliau bersama-sama pelumba lain yang juga mencuba simulator perlumbaan tidaklah begitu jauh. Jika dilihat pada catatan masa sesi ke-5, Lorenzo Baldassari dan Augusto Fernandez dan juga Hector Garzo telah mencuba simulator perlumbaan (penggunaan tayar ‘medium’).
Hafizh Syahrin – “Selesai untuk hari kedua, saya berasa gembira kerana ada perubahan serta bertambah baik sedikit demi sedikit. Bukan mudah untuk menyesuaikan diri dari jentera sebelum ini dan beralih ke jentera lain. Hari ini kita dapat melakukan peningkatan dari segi catatan masa dengan menggunakan tayar ‘medium’. Saya telah mencuba tayar ‘soft’ tetapi laluan trafik yang terlalu ramai, masa yang ideal saya adalah 1:41.6 saat. Kita perlu lagi untuk melakukan peningkatan pada hari esok. Saya gembira dengan tetapan pada jentera ini dan saya tidak sabar ingin untuk berlumba pada musim ini, kerana apa yang kita lakukan pada ujian pra-musim ini adalah memikirkan situasi perlumbaan.”

Jadi Hafizh ada menggunakan tayar ‘soft’ tetapi disaat-saat akhir penghujung sesi, dan ramai yang ingin melihat catatan masa beliau ketika menggunakan tayar ‘soft’. Masih ada lagi satu hari sebelum mereka berangkat ke Qatar untuk ujian pra-musim terakhir dan sebelum bermulanya musim 2020.
Photo – Aspar Team
 
Sponsored Post
Top
Log in Register