🏍 MotoGP 19' (ValenciaGP 17 Nov) - Moto3 (6PM) Moto2 (720PM) MotoGP (9PM)

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,179
Reaction score
8,938
Points
2,226


ALEX Marquez (kiri) bersama abangnya, Marc Marquez. - Foto AFP
Alex Marquez sertai Marc di Repsol Honda


PARIS: Juara dunia Moto2, Alex Marquez akan berlumba disamping abangnya yang juga juara dunia enam kali MotoGP, Marc bersama pasukan Repsol Honda pada musim hadapan, umum pasukan itu.

Alex, 23, yang merangkul gelaran dunia Moto2 pada tahun ini dan pernah memenangi gelaran Moto3 pada 2014, sudah menandatangani kontrak selama setahun bersama pasukan berkenaan.

“Dia akan berpindah dari kelas pertengahan untuk berpasangan dengan juara dunia lapan kali, Marc Marquez pada 2020 bagi penampilan sulungnya dalam kelas perdana,” kata Honda dalam satu kenyataan.

Alex akan menggantikan kekosongan yang ditinggalkan juara dunia tiga kali, Jorge Lorenzo, yang bersara selepas kempen musim ini berakhir pada hujung minggu lalu di Grand Prix Valencia.

Alex yang menunggang jentera Kalex dalam saingan Moto2 memenangi lima perlumbaan pada kempen 2019, menjulang kejuaraan dunia dengan perbezaan tiga mata mengatasi penunggang Afrika Selatan, Brad Binder.

Pengumuman itu bermaksud Cal Crutchlow dari Britain dan Johann Zarco dari Perancis terlepas peluang menyertai pasukan utama Honda itu.

Crutchlow, 34, yang berlumba bersama pasukan satelit Honda-LCR menamatkan saingan musim 2019 di kedudukan kesembilan.

Dia pernah memenangi tiga perlumbaan dan mengakhiri di kedudukan podium sebanyak 19 kali sepanjang kariernya di MotoGP.

Zarco yang juga juara dunia dua kali Moto2 dan menyertai MotoGP musim lalu, mula berlumba menggunakan jentera Honda pada tiga perlumbaan terakhir musim ini selepas meninggalkan KTM. - AFP


 
Sponsored Post

rasyid.ahmad

Fun Poster
Joined
Feb 15, 2017
Messages
238
Reaction score
74
Points
20
so lengkaplah line-up utk season 2020.


MotoGP 2020 - Rider line-up

Repsol Honda:
Marc Marquez (End of 2020)
Alex Marquez (Jorge Lorenzo retires at the end of 2019)*

Monster Yamaha:
Maverick Vinales (End of 2020)
Valentino Rossi (End of 2020)

Ducati Team:
Andrea Dovizioso
(End of 2020)
Danilo Petrucci (End of 2020)

Suzuki:
Alex Rins
(End of 2020)
Joan Mir (End of 2020)

Red Bull KTM:
Pol Espargaro
(End of 2020)
Brad Binder (End of 2020)*
Johann Zarco (End of 2020)

Aprilia Gresini:
Aleix Espargaro
(End of 2020)
Andrea Iannone (End of 2020)

Tech3 KTM:
Miguel Oliveira
(KTM contract, end of 2020)
Iker Lecuona (KTM contract, End of 2020)*
Hafizh Syahrin (Tech3 contract, end of 2019)

LCR Honda:
Cal Crutchlow
(HRC contract, end of 2020)
Takaaki Nakagami (HRC contract, end of 2020)

Pramac Ducati:
Francesco Bagnaia
(Ducati contract, end of 2020)
Jack Miller (Ducati contract, end of 2020)

Avintia Racing
Karel Abraham
(End of 2020)
Tito Rabat (End of 2021)

Petronas Yamaha Sepang Team:
Franco Morbidelli
(End of 2020)
Fabio Quartararo (End of 2020)

source: https://www.crash.net/motogp/feature/924710/1/motogp-2020-rider-lineup
 

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
7,921
Reaction score
455
Points
96
alex memang tak ada team mahu terima beliau kerana manager alex dan marc adalah orang yang sama
hrc bagi kontrak satu tahun saja.
curthslow mesti bengang gila tak naik factory team.

3 rookie : Alex Marquez, Brad Binder, Iker Lecuona
4 yamaha factory
4 ducati factory
3 honda factory
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,179
Reaction score
8,938
Points
2,226

From the very first to the current crop of World Champions, @marcmarquez93 joins @repsol in celebrating their 50 years in competition today in Madrid with an incredible display of race suits.

#50aniversarioRepsol
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,179
Reaction score
8,938
Points
2,226



#MM93, host of the competition race suit exhibition at @elcorteingles
The 🎱 time #MotoGP World Champion opened the race suit collection for the #Repsol50Anniversary supporting motor sports.
Enjoy some of the best pictures:
📸 https://box.repsol.info/35qzia3
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,179
Reaction score
8,938
Points
2,226

The Way to the Top 💪

@marcmarquez93 built a solid base of points in the opening rounds and exploded away with the @MotoGP Championship lead by the middle of the season - going on to set a new MotoGP points record and pot the #8ball 🎱
 

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
7,921
Reaction score
455
Points
96
Avintia Racing
Karel Abraham (End of 2020) pencen. Johan Zarco pakai kabel dorna

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,179
Reaction score
8,938
Points
2,226


JOHANN Zarco
Zarco buat 'pusingan U'


PARIS: Penunggang Perancis, Johann Zarco mengubah pandangannya terhadap Ducati-Avintia dan dijangka menyertai pasukan berpangkalan di Sepanyol itu bagi mengharungi perlumbaan MotoGP 2020, menurut sumber kepada AFP.

Bekas pelumba pasukan KTM itu dijangka menggantikan tempat pelumba Republik Czech, Karel Abraham yang disingkirkan pada minggu ini sekali pun masih memiliki kontrak selama setahun.

Jika perjanjian itu dimeterai, Zarco yang juga bekas rakan sepasukan pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah akan bergandingan dengan pelumba Sepanyol, Tito Rabat.

Ketika perlumbaan penutup tirai 2019 di Valencia awal bulan ini, Zarco menolak pandangan untuk menyertai pasukan berkenaan yang disifatkan tidak kompetitif.

"Avintia bukan pasukan terbaik,” kata Zarco. “Satu kesilapan jika pergi ke sana, lebih baik jika kembali ke perlumbaan Moto2.”

Begitupun, pelumba berusia 29 tahun itu mengubah pandangannya terutama selepas pasukan Repsol Honda mengambil keputusan untuk menggaji juara Moto2, Alex Marquez bagi menggantikan Jorge Lorenzo yang bersara.

Zarco yang menyertai MotoGP pada 2017 selepas menjulang dua gelaran dunia Moto2 berturut-turut bergelut pada musim ini dan meninggalkan KTM pada September lalu. - AFP


 
Sponsored Post
Top
Log in Register